BAB 33

5.6K 163 4
                                    

Kini genap 2 tahun Ezzarul dan Intan tinggal bersama Eryka. Dengan adanya adik –adik angkatnya, rutin harian Eryka penuh dengan warna warni. Telatah Intan yang manja sentiasa mencuit hati Eryka.

Dalam tempoh tersebut, Eryka telah kahwinkan Ezzarul dengan Intan. Well dua-dua dah jatuh cinta, so kahwinkan je. Pada mulanya Eryka bantah. Tapi bila Mia dan Juliana pujuk baru lah Eryka setuju.

****

"Ery, kita kahwinkan diorang tu lah. Tak elok si teruna dengan si dara asik kehulur ke hilir tanpa ikatan." Kata Mia. "Haah betul tu. Kita kahwinkan diorang ya. Diorang pun dah suka sama suka." Kata Juliana pula.

"No. Diorang masih muda. Aku nak diorang habis belajar lah. Nanti ganggu masa depan diorang pulak." Kata Eryka. "Beb, Ezz dah nak habis belajar lah. Intan pun sama. Tak salahkan kita kahwinkan diorang." Kata Juliana.

"Haah. Tolong lah Ery, kita kahwinkan diorang ya. Elok tau kahwin muda. Dapat elak maksiat tau." Kata Mia. Eryka mengeluh. "OK."

Juliana dan Mia bersorak kerana berjaya memujuk sahabat mereka.

****

"Balik lah Ezzarul. Papa kamu nak jumpa kamu." Seorang wanita tua bersuara dengan adik angkat Eryka. Eryka yang baru pulang dari kerja luar terdengar suara sedang memujuk cucunya. Eryka mengarahkan semua pembantu rumah senyap. Eryka berdiri disebalik pintu.

"Miss, wanita tua itu nenek Ezzarul. Intan dengan Ezzarul yang izinkan neneknya masuk." Tegur Betty. Eryka anggukan kepala.

Dia masih mendengar perbualan Ezzarul dan neneknya. Intan masih setia di sisi suaminya. "Kenapa baru sekarang cari Ezzarul. Kenapa tak cari Ezzarul 5 tahun lalu. Kenapa baru sekarang nenek." Tanya Ezzarul.

"Pulang lah cu. Papa kamu rindukan kamu. Lupakan semua salah faham tu. Papa dengan mama kamu bukan sengaja nak pisahkan kamu dengan arwah Sarah." Kata wanita tua tersebut.

"Ezzarul bukan lari disebabkan arwah Sarah nenek, tapi Ezzarul kecewa sebab papa dengan mama langsung tak bagi tahu Ezzarul yang arwah sakit. Ezzarul terkilan nenek, hingga nafas yang terakhir Ezzarul tak tahu dia sakit. Tup-tup arwah meninggal.

Bila Ezzarul balik rumah, ibu bapa Sarah bagi tahu Ezzarul yang arwah dah tak ada. Paling Ezzarul terkilan, arwah nak jumpa Ezzarul buat kali terakhir nenek. Tapi papa dengan mama tak bagi tahu Ezzarul pasal permintaan arwah. Mereka diamkan, Ezzarul kecewa nenek.

Sebabakan diorang miskin, mama dengan papa halang persahabatn kami. Nenek kami berkawan dari sekolah rendah. Bila dia pergi Ezzarul tak ada disis dia, mesti dia kecewa sebab ada sahabat macam Ezzarul ni kan.

Nenek tak akan faham perasaan Ezzarul. Dialah sahabat yang sentiasa bersama Ezzarul. Dia lah pendengar lauahan hati Ezzarul, bermain dengan Ezzarul. Abang, asik dengan dunia dia, mama dan papa asik sibuk dengan client lah, kawan diorang lah. Sampai tak ada masa dengan Ezzarul.

Nenek pulak masih menetap kat Amsterdem. Sampai tak tahu apa yang berlaku dengan kehidupan Ezzarul. Nenek, Ezzarul nak keluarga macam kawan Ezzarul yang lain. Sekarang Ezzarul dah dapat kasih sayang yang Ezzarul cari." Ezzarul menangis disisi Isterinya.

Intan menggosok belakang Ezzarul bagi menenang kan suaminya. "Nek, Ezzarul bukan adik kandung Kak Ery, bukan juga adik kepada Kak Mia dan Kak Juliana. Tapi mereka semua, bagi Ezzarul kasih sayang yang cukup. Penghuni rumah ni tidak kira apa jawatan mereka. Mereka semua saling sayang menyayangi antara satu sama lain.

Kini Ezzarul dah kahwin, Ezzarul sangat bahagia. Ada isteri yang menjaga Ezzarul. Menjadi pendengar luahan hati Ezzarul. So, perlu ke Ezzarul balik." Kata Ezzarul.

Neneknya sudah menitiskan airmatanya. Tidak sangka cucunya selama ini menderita disebabkan kelalaian ahli keluarganya. "Ezz tetap perlu pulang sayang." Eryka menghampiri keluarga tersebut. Wajahnya masih lengkap bertopeng.

"Kakak, bila kakak balik." Tanya Intan yang sudah pucat lesi mukanya. Dia tahu yang kakaknya tidak suka orang luar masuk kerumahnya. "Dah lama lah jugak. Sempat makan popcorn tadi." Jawab Eryka selamba. Eryka melabuhkan duduknya dia sofa empuknya. "Apa khabar Dato Robiah." Tegur Eryka. Dato Robiah nenek Ezzarul terdiam seribu kata. Tidak sangka ini rumah wanita yang menjadi khabar angin dalam dunia koprat di Amsterdem ini.

"Saya sihat, ES." Eryka tersenyum sinis. "Tak sangka Dato Robiah boleh jejak kaki ke rumah ini ya." Kata Eryka dengan sinisnya. "Saya tidak tahu ini rumah kamu. Saya cuma tahu ini rumah orang kenamaan. Tapi tak sangka pemiliknya kamu, ES." Jawab Dato Robiah.

Eryka berasa lega kerana foto yang memaparkan wajahnya tanpa topeng telah dipindahkan ke bilik gambar utama. Bilik yang dikhaskan untuk gambar mereka sebagai tanda kenangan mereka.

"Ezzarul akak tak kisah kalau kamu nak pulang. Pulanglah keluarga kamu perlukan kamu." Eryka bangun dari duduknya. "Saya mintak diri dulu." Eryka berlalu dan meninggalkan keluarga tersebut.

"Nenek balik dulu. Kamu fikirkan lah kata-kata nenek ya." Dato Robiah bangkit dari duduknya. Dia menuju keluar ke pintu utama. Terdapat kereta mewah terpakir dihadapan rumah Eryka.

Dato Robiah menuju ke arah kereta tersebut. Ezzarul dan Intan mengekori langkah neneknya. "Fikirkan lah cu." Kata Dato Robiah. Seorang wanita muda membuka pintu penumpang untuk memberi laluan kepada Dato Robiah memasuki kereta.

Eryka yang berada di biliknya memerhati langkah Dato Robiah di sebalik tingkap kaca biliknya. Dato Robiah sedar dirinya diperhatikan menoleh kearah bilik Eryka. Eryka hanya mengakat tangannya tanda jumpa lagi. Langsir bilik Eryka ditarik bagi menutup pandangan wanita tua tersebut.

"Mari kita pulang." Orang kanan Dato Robiah anggukan kepalanya. 'Kita akan jumpa lagi.' Bisik hati tua itu.

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now