BAB 4

6.9K 229 4
                                    

"Aku nikahkan dikau dengan Eryka Sandra binti Firdaus Arash dengan mas kawinnya RM 300 tunai."

"Aku terima nikahnya Eryka Sandra binti Firdaus Arash dengan mas kahwin nya RM 300 tunai."

Sah

Sah

Sah

Kini sah lah Eryka dengan Ezril menjadi suami isteri. Sebaik menunaikan solat sunat nikah, Ezril menghampiri isterinya bagi pembatalan wuduk. Eryka hanya mampu terketar ketar menghulurkan tangan. Sebaik menyarung cincin, Ezril terus bangun menyalam semua orang tuanya.

Sebaik sahaja menjamu selera dan bersalam salaman, Eryka menuju ke bilik untuk membersihkan diri. Ezril menoleh sebaik sahaja terdengar pintu bilik itu ditutup. Muka dingin yang menyeramkan pandangan mata membuatkan Eryka menundukkan kepalanya.

"Awak nak mandi, saya siapkan tuala ya." Suasana masih sepi. Eryka menyerahkan tuala pada suaminya.

"Aku nak kau kemas baju kau sekarang. Aku nak balik KL, lepas aku mandi semuanya dah siap." Suara dingin Ezril membuatkan Eryka tergamam seketika.

"Kenapa mesti balik hari ni, kenapa tak balik esok." Soal Eryka bingung. "Kau jangan nak banyak songeh. Kalau aku kata kemas, Kemas ! Jangan banyak bunyi. Faham." Eryka mengangguk kepala.

'Lebih baik ikut je kata dia. Eryka jangan bantah suami tu.' Bisik hati kecilnya. Eryka mengemaskan apa yang patut.

****

Selepas Ezril mandi dan bersiap, Eryka menghampiri Mak Jah. Sebab apa, mestilah sebab nak habaq yang dia kene ikut suami tercinta tu balik. Aihlahh apa nasib dapat suami muka dingin. Ish tak baik kutuk suami. "Mak, Sandra kena balik KL. Laki Sandra ada hal esok kat pejabat dia."

"Awalnya balik, mak baru nak berbual-bual dengan kamu. Tak pelah mak faham. Nanti kat sana jaga diri tu berbaik. Ingat kamu tu isteri, syurga bawah tapak kaki suami. Ingat tu." Eryka mengangguk kepala dan memeluk tubuh badan Mak Jah.

"Mak rasa lega sangat kamu dah kahwin. Mak tak akan rasa terkilan pun kalau mak pergi buat selamanya." Kata Mak Jah membuatkan Eryka melepaskan pelukkannnya.

"Mak, Sandra tak suka mak kata camtu." Eryka mencebikkan bibirnya. Mak Jah tergelak. "Mak cakap je." Eryka gelengkan kepala. Mak Jah dan Eryka berjalan menuju ke kereta Ezril.

Ezril dah tunggu kat kereta. Hanya memerhati gerak geri isteri dan mak mentuanya. "Ril, mak serahkan Sandra pada kamu. Jagalah dia, kalau dia ada buat salah kamu tegurlah dia. Mak doakan kamu bahagia hingga ke anak cucu."

"Baik lah mak." Kata Ezril dengan senyuman palsunya. Tangan tua disalamnya. Ezril dan Eryka terus memasuki kereta. Destinasi seterusnya ditujui. Kemana lagi kalau bukan rumah keluarga Ezril.

"Mak orang pergi dulu." Eryka melambai mak Jah dari dalam kereta."Kau ingat buat macam kita ni tengah bahagia depan nenek aku. Faham tak. Aku tak hingin nak kahwin dengan kau, dah lah miskin, kampung lak tu." Eryka hanya mendiamkan dirinya sahaja.

'Ada yang aku bunuh jap lagi ni. Sabar Eryka sabar. Ingat dia suami kau.' Eryka menghembus nafas bagi meredakan kemarahannya. Ezril hanya fokus pada pemanduannya.

****

Sampai sahaja di kediaman Ezril. "Oiii, bangun dah sampai. Ingat apa aku cakap tadi." Eryka terus keluar dari dalam keretanya, malas nak dengar suaminya bercakap.

'Aih minah ni selamba je keluar.' Bisik hati kecil Ezril. Eryka terus memeluk Dato Robiah lalu tubuh tua itu dipeluknya. Huluran salam aku dihulur ke mama Ezril, tapi tak disambutnya.

"Kenapa tak bermalam kat sana Ril. Aih.. kamu ni. Eryka mesti kamu dah penat kan, Ril bawak bini kamu ke bilik untuk rehat. Nanti kita makan malam bersama." Kata Dato Robiah.

Ezril mengenggam tangan Eryka dan menarik tangan tersebut utuk membunti langkahnya. Eryka membunti langkah suaminya. Dato Robiah hanya mampu mengelengkan kepala sahaja. Tidak tahu mahu katakan apa lagi. Tak pernah buat dek orang balik rumah lepas majlis nikah.

"Ni bilik aku, so aku taknak kau tidur kat katil tu, kau tidur kat sofa tu. Faham tak perempuan."

Eryka angguk je. Sofa pon sofa lah asal aku tido. Setelah meletakkan baranganya, Eryka turun kebawah untuk membantu sediakan makan malam. "Cik puan, takpe biar saya yang buat."

Eryka hanya senyum je apabila ditegur dengan pembantu rumah tersebut. "Takpe saya tolong ya mak Nab. Kan." Mak Nab anggukan kepalanya sebaik cucu menantu majikannya menyebut namanya.

****

"Nenek nak cakap sesuatu." Semua mata tertumpu pada Dato Robiah. "Nenek akan ke Australia minggu ni. So, Ezril jaga isteri kamu dengan keluarga ni. Ingat pesan nenek, nenek harap kamu akan bahagia hingga akhir nafas kamu. Kalau nenek takde, tolong uruskan syarikat dengan sebaik-baiknya ya, Ril. Hanya kamu je yang nenek boleh harapkan."

Kata Dato Robiah membuatkan penghuni meja tersebut memandang muka Dato Robiah dengan wajah meminta kepastian dan tidak puas hati dengan kata yang disampaikan tersebut.

"Asal nek cakap camtu. Nek pergi sana kejap je kan." Dato Robiah tersenyum. "Mana tahu ajal maut kita. Bila-bila masa nenek akan pergi kan. Tu nenek cakap awal-awal.

Eryka pon sama, ingat ya apa yang nenek pesan dekat kamu tadi." Eryka mengangguk kepala. Ezril memandang wajah Eryka cuba untuk mengetahui apa yang telah disampaikan Dato Robiah kepada isterinya.

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now