Vila yang serba mewah, tetapi penghuni yang menghuninya sedang berduka. Penghuninya menangis tanpa henti. Tiada yang mampu bersuara. Kekesalan tersemat di hati. Setiap orang menangis pemergiannya. "Abang, anak kita bang. Ery bang.. Saya nak Ery abang." Tangisan Datin Suraya membuat yang lain menangis kembali. "Sabar lah Su. Kita kena terima ketentuan Allah." Kata suaminya.
'Maafkan kami Ery.' Bisik hati mereka semua. Adrian berdiri dan meninggalkan ruang tamu tersebut. Dia lah orang pertama yang mendapat panggilan. Laman rumah ditenung. Air mata jantannya yang ditahan akhirnya melimpah dari empangannya. "Menangislah bang. Tapi jangan ratapi pemergiannya." Liyana memujuk suaminya.
"Abang gagal jadi abang mereka. Abang tak mampu nak bawak Eryka pulang." Katanya dalam tangisan. "Redha lah abang. Biarlah dia tenang di sana. Kita doakan semoga rohnya tenang dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman." Liyana memeluk suaminya.
"Bie, kakak I bie." Erlyana menangis disisi suaminya, Airil. "Sudah lah sayang." Airil memujuk isterinya.
****
"Hello siapa ni." Adrian menyambut panggilan telefonnya. "Maaf menganggu, ini keluarga Puan Eryka Sandra bin Firdaus Arash ke." Adrian terdiam seketika. "Ya saya. Boleh tahu ini siapa." Tanya Adrian. Lalu pemanggil tersebut mengenalkan diri.
"Kami dari balai polis. Kami nak maklumkan bahawa Puan Eryka terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal di tempat kejadian....." Pegangan telefon Adrian terlepas.
****
"Bro bertabah lah." Imran menenangkan Zafran yang menangis dari tadi. Zafran mendapat maklumat dari orang suruhannya mengenai Eryka. "Im, aku baru jumpa dia Im. Tak sampai beberapa jam Im. Aku rindu dia Im. Dah lama aku cari dia. Aku nak peluk dia, aku nak manjakan dia Im...." Zafran menangis di bahu sahabatnya.
"Kita tidak boleh menidakkan ketentuan Allah bro. Terima lah pemergianya." Semakin kuat tangisan Zafran. 'Umi, Walid, bang long. Maafkan aku. Aku tak dapat jaga Sunshine.' Bisik hatinya yang lara. Zafran akhirnya pengsan kerana penat menangis.
Imram mengarahkan anak buahnya memanggil doktor peribadi mereka. Zafran seorang lelaki yang kuat di luaran sahaja, tetapi dalam hatinya bertapa deritanya kehilangan insan-insan tersayangnya.
****
"Awak.. Ery... Ery dah takde." Mia menangis di bahu Danial. "Sabarlah. Jangan lah nangis lagi. Biarlah dia tenang." Mia menangis di bahu Danial. Tidak di sangka mereka itu kali terakhir untuk mereka bertemu Eryka.
"Bie... I tak boleh terima semua ni. Dia kawan I. I dah anggap dia macam kakak I..." Juliana menangis disisi Megat. Megat memeluk Juliana. "Tabahlah sayang. Biarkanlah dia tenang di sana."
Megat memujuk teman wanitanya. Danial dan Megat berpandang satu sama lain. Mereka sedar yang mereka turut merasa kehilangan orang yang disayangi.
****
"Ery maafkan aku.. Nek... Ril tak lindungi Ery nek. Ril gagal nek. Ery.. maafkan aku. Maafkan aku" Ezril menangis didalam biliknya. Dia terkejut mendapat panggilan dari balai polis.
Datin Nadia turut menangis di dalam biliknya. Menangis penuh kekesalan. Dia sedar dia dah musnahakan satu-satunya permata diahadapnnya. "Maafkan mama Eryka. Maafkan mama." Datin Nadia terimbas kenanagan lamanya. Dia tahu dia bersalah, mendera menantunya dan sebagainya.
Mak Nab yang mengetahui kejadian tersebut turut menangis. "Robiah dia dah takde. Aku sedar apa yang kau cuba sampaikan. Kini dia dah laksanakan amanah nya." Mak Nab menangis di dalam biliknya.
"Keluarga ini dah dapat keadilannya. Dia turut telah mencari keadilan untuk dirinya. Tapi, dia pergi... pergi buat selamanya Robiah." Tangis Mak Nab mengenangkan pemergian sahabatanya serta cucu menantu sahabatnya.
****
"Aku akan jagakan syarikat ni. Jangan risau Eryka. Aku akan jaganya bersama yang lain." Rasyid meluahkan rasa hatinya dihadapan sahabatnya. Rasyid, Lee dan James hanya mampu besedih atas pemergian Eryka. 'Aku akan jagakan syarikat ni. Aku janji.' Bisik hati Rasyid.
****
"My bos. How? Semua dah musnah. Kita dah hapuskan mereka semua." Kata seorang lelaki pada ketuanya. "Kita akan balik nanti. Kita kena ke sana uruskan apa yang patut. Kat sini biar orang lain yang uruskan." Kata ketuanya.
Senyuman sinis di pamerkan. "Aku akan balik. Tunggu kepulangan ku." Mereka memasuki kereta mereka. "Jom gerak sekarang." Ketuanya bersuara. "Baik bos." Sambut orang suruhannya.
"Hazfan, kau tak rindu kembar kau ke." Hazfan tersengih. "Kita akan balik kan bos. Nanti bos bawak lah aku jumpa kembar aku." Ketuanya tergelak besar. "Kau dengan kembar kau sama je gila. Haziq aku akan pulanglan kembar kau."
Hazfan hanya mampu memandang vila mewah tersebut. Kereta yang dinaiki ketuanya serta anak buah mereka meninggalkan perkarangan rumah tersebut. "Bos, ermm" Ketuanya memandang wajah Hazfan.
"Yes, kau nak kata apa." Tanyanya. "Kesian mereka bos. Terutamanya kembar aku, aku tahu mesti dah tak boleh terima pemergian si...." Kata Hazfan. "Mereka kena terima dengan hati yang redha." Kata ketuannya. Pandangan dilempar keluar kereta.
Langit ditenungnya. "Malam ni pasti hujan kan." kata ketuanya. Hazfan anggukan kepalanya. Akhirnya, hujan memabasahi bumi. Ketuanya tersenyum sinis. "Dah hujan lah bos." Kata anak buahnya yang lain.
Ketuanya anggukan kepala. "Hujan... kan bagus aku menitiskan air mata atas kesakitan kehilangan sesuatu yang bermakna dalam hidup aku. Seperti kau menitiskan air hujan kebumi ini. Hahaha." Tawanya. Meraka yang mendengar kata ketuanya hanya mendiamkan diri.
Pemanduan dan perjalanan mereka hanya ditemani hujan. Hazfan melihat wajah ketuannya. 'Pasti suatu hari nanti kau akan ketemu kebahagian kau.' Bisik hatinya.
'Aku akan pulang, tunggu aku pulang.' Desis hatinya. Hujan yang membasahi bumi hanya menjadi pengiring untuk kepergiannya. Senyuman sinis terlakar diwajahnya.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
AcţiuneEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...