BAB 27

6.1K 192 3
                                    

Sebaik sampai ke rumah, Ezril mendengar suara Datin Nadia terpekik terlolong memarahi seseorang. "Kau memang tak sedar diuntung. Eh perempuan jalang macam kau ni patutnya mampus." Datin Nadia terus memukul Eryka. "Tak Datin. Tu bukan saya. Sumpah tu bukan saya." Eryka menahan kesakitan.

"Mama apa yang berlaku ni." Ezril bertanya sebaik masuk kedalam rumah tersebut. "Perempuan ni. Dia buat pasal. Kamu tahu tak dia canang kat semua orang yang Suzana rampas kamu dari dia. Kesian Suzana kena hina tadi." Eryka mengeleng kepala.

"Awak, tu bukan saya. Saya tak buat apa pun. Saya tak cakap apa-apa pun." Eryka pertahankan diri dia. Ezril memandang bengis ke arah Eryka. "Kau memang nak kena kan. Kau tak ada hak nak kata apa-apa pun." Muka Eryka di cengkam kuat.

"Aw..awak sa..kit." Mukanya ditampar Ezril. "Sakit. Aku peduli apa. Lagi sekali kau buat camtu. Kau tahu nasib kau nanti." Ezril meninggalkan bini dia. Datin Nadia terseyum sinis. "Lihat laki kau pun tak suka kau. Hahahaha."

Eryka meneruskan tangisan palsunya. Dalam hati Eryka semakin membara api kemarahan. Manakala matanya sudah berubah merah. 'Aku akan pastikan setiap orang yang aniaya aku, fitnah aku akan menderita. Tunggu dan lihat.' Senyuman sinis diukir diwajahnya sebaik sahaja Datin Nadia meninggalkan Eryka.

Mak Nab terpandang senyuman sinis Eryka dan warna mata Eryka. Mak Nab terkejut melihat perubahan drastik Eryka. "Robiah, kenapa aku tiba-tiba tak sedap hati tengok rupa dia ni. Kenapa aku rasa ada aura gelap keliling dia. Kenapa aku rasa Eryka sebenarnya bukan lemah orangnya. Aku tak sedap hati. Ya Allah lindungilah keluarga ini dan gadis ini Ya Allah. Amin." Katanya hanya untuk dirinya sahaja.

Eryka bangkit dari duduknya. Bilik rehat ditujunya. Eryka berhenti berjalan dan memusingkan badannya menghadap muka Mak Nab. "Mak Nab, Ery ok. Jangan risau pasal Ery ya. Eryka ok. Jangan takut ya Mak Nab."

Mak Nab tergamam mendengar kata Eryka. Muka Eryka yang mengukir senyuman sinis membuatkan hati tuanya memberontak untuk mengetahui siapa wanita di hadapannya. Mata merah Eryka di tenung dengan takutnya.

Eryka memusingkan badannya kembali. Bilik beradunya ditujui. "Robiah, siapa yang kau amik sebagai cucu menantu kau. Kenapa dia lain sekarang, perangai dia, aura dia tidak sama macam Eryka yang pertama kali menjejakkan kakinya di rumah ini. Siapakah dia Robiah." Pertuturan Mak Nab hanya untuk pendengaran dirinya sahaja.

Eryka masih dengan senyuman sinisnya, dia terdengar butir bicara Mak Nab. Walaupun butir bicara yang ditutur Mak Nab perlahan, tapi dia mampu untuk mendengarinya.

"Masa tu akan tiba Mak Nab. Masa tu Mak Nab sendiri tidak akan mampu berbicara apabila mengetahui diri ku yang sebenarnya." Eryka tersenyum penuh makna.

****

"Apa yang kau nak ceritakan. Cepatlah." Muka Megat dipandang tajam. "Camni, kawan awek aku punya kawan." Ezril mendengus. "Apa punya banyak kawan lah." Cerita Danial dipotong Megat. "Diam lah babi." Ezril menyahut.

"Ish... Ada kawan perempuan dia ni kahwin atas pilihan keluaraga. Nenek pihak laki tu lah pinang dia. So dia kahwin lah. Laki tu pulak tak tahu langsung latar belakang perempuan tu. Then satu hari perempuan tu jatuh cinta dengan laki dia, sama lah cam laki dia. Tapi laki dia bakal kawin baru. Dah lah hidup perempuan asik kena dera je. Laki tu pulak ego. Sebab fikir perempuan tu miskin." Danial menarik nafas seketika.

"Then satu hari,perempuan tu betul-betul kecewa. Akhirnya dia cuba buat orang yang aniaya dia, sakiti dia merana dihadapan mata dia. Yang aku terkejut bila awek aku cerita, perempuan tu lagi kaya dari laki dia dan dia tu seorang yang sangat berbahaya. Tu yang buat aku terkejut tu dan mengeluh dari tadi." Megat dan Ezril diam je.

"Tu je. Ingat apa lah." Kata Megat. "Memang tu lah. Tapi aku tak sangka seseorang akan berubah sedrastik camtu." Megat angguk kepala menanda dia mengiyakan pendapat Danial. Ezril hanya mendiamkan diri sahaja. Mungkin terasa kut. 'Asal cerita Danial ni cam kene mengena dengan Ezril.' Persoalan bermain diminda Megat.

****

"Asal aku rasa cerita Danial tadi cam ada kaitan dengan aku. Arghh abaikan lah, mungkin memang betul tu kisah kawan awek dia kut." Perkara tersebut terus bermain dalam fikiran Ezril.

****

"Robiah, aku rasa tak sedap hati dengan cucu menantu kau. Ada sesuatu yang kau tak bagi tahu aku kan. Apa yang kau sembunyikan. Asal kata-kata terakhir kau, kau suruh aku percayakan dia." Mak Nab meluahkan rasa hatinya sambil memegang gambar sahabatnya Dato Robiah.

Mak Nab merupakan kawan lama Dato Robiah sehingga lah mereka terpisah. Setelah sekian lama terpisah, Dato Robiah menjumpai kembali sahabatnya yang memerlukan pekerjaan. Sejak itu, Dato Robiah mengambilnya berkerja dengannya.

"Nab kalau aku tak ada nanti, aku nak kau terus percaya dengan Eryka walau apa-apa pun terjadi. Dia akan lakukan sesuatu yang menegakkan kebenaran serta melindungi keluarga ni. Tolong jaga Eryka bagi pihak aku ya." Itulah kata-kata akhir Dato Robiah kepada Mak Nab.

Mak Nab menatap gambar sahabatnya sehingga dia dibuai mimpi. Pintu bilik Mak Nab dibuka oleh seseorang.

****

Eryka memasuki bilik Mak Nab. Mak Nab yang sudah dibuai mimpi ditenungnya. 'Mak Nab, Ery akan tegakkan keadilan terhadap nenek Robiah. Ery akan pastikan orang yang bersalah dapat balasannya.' Bisik Hati Eryka sambil mengambil gambar yang di peluk Mak Nab.

"Aku akan pastikan orang yang aniaya Dato Robiah kena balasannya." Mata Eryka telah berubah merah. Kemarahannya semakin memuncak. Pembunuh keluarga tersebut bakal mendapat balasannya. Eryka meninggalkan bilik Mak Nab.

'Masa penentuan akan tiba Mak Nab. Aku akan pastikan dia melutut dihadapan ku.' Bisik sisi gelap Eryka.

Tanpa Eryka sedar, Ezril telah memerhati Eryka dari tadi. 'Ada sesuatu yang memuskilkan aku terhadap dia ni.' Bisik hati Ezril.

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now