BAB 74

7.7K 183 3
                                    

Tembakan yang dilepaskan oleh Hazfan tersasar kearah lain. Mereka disitu terkejut dengan tindakan Hazfan. Eryka membuka matanya. Senyuman sinis dipamerkan. "Ery, kau lah satu-satunya keluarga kami. Kami semua tak ada sesiapa. Kami tiada keluarga. Kami anak yatim piatu. Hidup sebatang kara.

Ery, kau dah macam kakak kami, abang kami, ayah kami dan mak kami. Tanpa kau mungkin kitorang hidup sebagai pengemis, penjenayah, ataupun mati. Kami nak Ery kami. Pulanglah. Kami sanggup kena pukul hari-hari." Kepala Hazfan diketuk Haziq.

"Aku tak nak kena pukul hari-hari bodoh." Ali menangguk bagi mengiakan kata Haziq. Eryka yang lihat perbalahan tersebut terus menghampiri mereka. "Korang ni comel lah." Eryka bersuara sambil mengusap kepala mereka bertiga. Matanya sudah kembali kepada asal. Mereka semua terkejut dengan perubahan Eryka.

"Aku penat lah." Eryka menghampiri Zafran. "Gege, Ery sakit. Kat sini." Dadanya disentuh. "Ery sakit gege. Sakit." Eryka memeluk Zafran. Pelukan dilepaskan. Eryka menghampiri Ezril. "Ril, aku sakit kat sini. Aku Sakit..." Tubuh Ezril yang melutut terus dipeluknya.

Eryka menangis di bahu Ezril. "Ril aku sakit" Tangisan terus berlagu. Ezril yang terkejut dengan tindakan Eryka membuatkan dia memandang setiap wajah di sisi Eryka. Mereka semua menganggukkan kepala mereka. "Ery, aku mintak maaf. Aku mintak maaf." Tu yang terluah dari mulut Ezril.

"Anak kita dah tak ada. Anak kita dah tak ada. Sayang maafkan mummy... maafkan mummy...." Eryka terus menangis. Mereka yang mendengar tangisan Eryka turut menitiskan air mata mereka. "Syhhh. Jangan menangis sayang. Dia pasti tengah tunggu kita dekat syurga. Redha kan pemergiannya sayang." Ezril memujuk isterinya.

Eryka yang berada di bahunya pengsan. "Ery.. Eryka Eryka bangun saying....Ery..." Ezril yang perasan Eryka yang pengsan terus melepaskan pelukannya dan menampar lembut muka Eryka. Dia ingin mengejutkan Eryka. "Bro bawak dia masuk bilik."

Rasyid, Lee dan James yang baru sampai terus bersuara. Mereka semua terkejut dengan suara yang menyapa mereka. "Haah bro. Bawak dia masuk bilik. Biarkan dia rehat." Lee bersuara bagi menyokong kata Rasyid. "Dia letih tu. Dari pejabat selesaikan itu ini. Then balik ngadap ni lagi. So dia penat lah. Ketahanan metal, emosi dan fizikal dia pun lemah. Tu dia pengsan sebab penat." James bersuara.

Tubuh badan Eryka dicempung Ezril dan di bawa kebilik Eryka. Tubuh badan Eryka diletakkan di atas katil. "Eryka, aku akan jaga kau hingga nafas aku yang terakhir. Baby, maafkan daddy. Daddy akan jaga mummy kamu sayang." Perut Eryka diusapnya. Bagaikan ada si kecil didalamnya.

Wajah lena Eryka ditatap dengan penuh sayunya. "Sayang, nak tahu tak. I pernah termimpi ada seorang budak kecik ni dia panggil I daddy. Dia selalu cakap mummy dia sakit. Dia mintak I rawatkan mummy dia.

Sekarang I dah faham kata dia. Mulai sekarang I akan rawat setiap kesakitan yang sayang alami. Izinkan I rawat hati you." Kata Ezril sambil mencium tangan isterinya.

****

"Abang, kita akan dapat anak kita balik kan." Kata Datin Suraya. Seluruh ahli keluarga ada di ruang tamu. "Kita doakan sahaja hatinya lembut." Kata Dato Firdaus. "Suraya, I mintak maaf. I salah sebab selalu dera Eryka, maafkan I Suraya.... maafkan I..." Tangis Datin Nadia.

"Benda dah lepas kita buka buku baru." Kata Puan Sri Maisarah. Semua hanya menundukkan kepala sahaja.

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now