"Dah puas shopping." Mereka bertiga anggukan kepala sebaik sahaja memasuki kereta. "Jom balik, akak dah penat ni." Kata Eryka.
"Let go home." Bergema kereta dengan suara Intan. Sepanjang perjalan hanya mulut Intan dari tadi berceloteh itu dan ini. Suka Eryka mendengar celoteh adiknya itu.
"Beb, look ada orang pengsan." Eryka memperlahankan keretanya. Akhirnya dia memberhentikan kereta di persimpangan jalan tersebut. Mia yang sudah bersiap sedia untuk melihat orang itu terus keluar dari kereta. Eryka turut keluar. Mia memegang pengelangan tangan lelaki tersebut. Dia memeriksa nadi lelaki itu.
"Akak kenapa." Tegur Intan sebaik sahaja melihat kedua akaknya keluar dari kereta. "Beb kita kena bawak dia pergi hospital ni." Kata Mia. Eryka memeriksa pakaian lelaki tersebut. Terdapat wallet dalam kut bajunya.
"Dia dari Malaysia. Jom bantu aku angkat dia." Kata Eryka. Dengan penuh tenaga, mereka berdua mengangkat lelaki tersebut. menyesal tak bawak bodyguardnya. Pintu belakang dibuka. "Intan sana sikit." Intan berganjak ke arah Juliana.
Lelaki tersebut didudukan di sebelah Intan. Eryka dan Mia masuk kedalam kereta. Eryka menekan pedal minyak kereta. Kereta di pandu laju. Mia yang memerhati hadapan bingung tiba-tiba. "Ni bukan jalan balik ke."
Eryka anggukan kepala. "Kita kena cepat, ada orang follow kita." Intan menoleh ke belakang. Dia tahu itu pasti musuh akaknya. Sebaik sampai di rumah mewahnya. Cermin kereta dibuka. "Selesaikan."
Anak buah Eryka menganggukan kepala mereka. Maka bermula tembak menembak. Eryka tersenyum sinis sebaik sahaja melihat kereta tersebut meletup tidak jauh dari kawasan perumahannya.
****
"Ali tolong aku angkat budak ni. Jap lagi Mia nak rawatnya." Ali dan beberapa anak buahya mengikut arahan ketuanya. "Dari mana kau dapat Budak ni,Ry." Tanya Ali sambal memapah Budak lelaki itu. "Tepi jalan." Ali terus mengangkat keningnya sebaik mendengar kata Eryka.
Mia terus menyediakan peralatannya. "Akak, hensemnya." Juliana sudah tergeleng kepalanya. Dari tadi dia mendengar adik kesayanganya duk memuji ketampanan lelaki itu.
"Amboi gatalnya." Juliana menyubit pipi Intan. Eryka menggelengkan kepalanya. Mia yang merawat lelaki itu turut menggelengkan kepalanya. "Mia, keadaan dia macam mana." Tanya Juliana.
"Dia pengsan sebab penat dan tak cukup makan je. Bila-bila masa dia sedar." Eryka anggukan kepalanya. "Ry, ini maklumat budak laki tu." Kata Ali.
"Amboi, belum mintak lagi dah sampai dah maklumat yang aku nak." Ali tersenyum mendengar kata Eryka. "Nice name." Eryka tersenyum sinis membacanya. "Thank buddy." Ali anggukan kepalanya.
"Tak nak bacakan ke." Tegur Juliana. "Malas. Nanti kau tahu jugak." Balas Eryka. Eryka meninggalkan bilik lelaki tersebut. "Kak Mia, dia ok kan." Tanya Intan. Mia anggukan kepala. "Ada orang tu tersuka mamat ni." Kata Juliana menyidir si Intan. Mia tersenyum manis. Dia bangkit dari tempat duduknya.
"Kalau dia jodoh kamu, akak redha dik. Akak doakan kebahagian untuk kamu." Kata Mia sambil membelai kepala adik angkatnya. Juliana menganggukan kepalanya. Intan terharu dengan kata lantas memeluk tubuh Mia dan Juliana yang berada disebelahnya.
"Jom kita keluar, kita pun nak rehat jugak." Kata Juliana. Mia dan Intan menganggukan kepala. Bilik menempatkan lelaki tersebut ditanggalakan oleh mereka bertiga.
****
"Morning semua." Teguran Eryka membuat si penghuni di makan menganggkat kepala mereka. "Amboi kebulur ke apa ni." Tegur Eryka apabila semua penghuni meja makan tidak bersuara dan hanya fokus pada makanan mereka sahaja.
Peraturan rumah Eryka, bila waktu makan semua kena makan tidak kira apa jawatan mereka di rumah tersebut. "Ermmm" Tergelak Eryka bila Intan membuat Hmm nya.
Eryka mencapai segelas susu yang dikhaskan untuknya. Eryka sudah biasa tidak sarapan pagi dengan makanan berat. Dia hanya mampu menelan susu sahaja setiap kali sarapan pagi. Dari kecil lagi dia memang sukar untuk sarapan pagi. Disebabkan itu, ibu bapa Eryka melatihkan Eryka minum susu setiap pagi.
"Miss, budak lelaki tu dah sedar." Panggilan pembantu rumah membuatkan lamunan Eryka melayang begitu sahaja. "Ya ke. Kak Mia jom kita tengok dia." Intan yang terlebih teruja terus bangun dan menarik tangan Mia yang leka dengan suapannya.
"Sabar lah dik oi." Kata Juliana yang sudah berlari sambil menarik tangan Mia. Juliana dan Eryka hanya mampu menggelengkan kepalanya. Eryka dan Juliana bangkit dari duduknya dan menuju kebilik lelaki itu.
"Where I am now." Tanya lelaki tersebut sebaik sahaja dia sedar dari mamainya. Intan sudah tersenyum malu dari tadi. Maklumlah crush depan mata katakan. Crush baru sehari.
Eryka senyum. "You in my house." Eryka membalas persoalan lelaki tersebut. "Macam mana aku boleh kat sini." Eryka dan yang lain memandang wajah lelaki tersebut. "Sory, I mean how.."
"Kau pengsan semalam. So kitorang bawak kau datang rumah ni." Eryka potong percakapan Ezzarul. "Kau boleh bercakap Melayu." Eryka angguk apabila lelaki itu mengutarakan soalan yang memerlukan kepastiannya.
"Maaf. Aku ingat kau orang sini." Eryka masih dengan wajah dinginnya. Ya muka Eryka mix sebenarnya. Orang akan ingat dia orang sini sedangkan orang Malaysia.
"Hai saya Intan." Kata Intan memecah kesunyian bilik lelaki itu. Lelaki tersebut memandang wajah Intan yang menegurnya. Wajah Intan di tenung lama. Terpana seketika.
"Huii anak dara orang tu." Tegur Juliana. Merah sudah muka Lelaki itu dan Intan. Mia sedaya upaya kawal tawanya. Eryka masih dengan muka dinginnya.
"Siapa nama awak ya." Tanya Intan.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
AksiEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...