"Evil Girl, tiger dah muncul tapi sekarang dia tengah cuba bunuh suami kau." Panggilan Ali terus menyentak Eryka. "Sediakan orang kita. Kita bantu diorang. Masa untuk bermain Tiger." Panggilan telefon dimatikan. Pakaian formal Eryka capai. Bilik dikunci.
Well, orang dalam rumah ni semua takde. Semua keluar. So senang lah Eryka nak keluar. Rumah banglo Juliana ditujui. Jarak rumah dia hanya selang beberapa buah rumah je. Kawasan Eryka tinggal ni semua style rumah banglo yang mewah. Sampai sahaja di rumah Juliana.
"Ni kunci kereta kau. Aku taknak kau naik superbike kau." Kata Juliana
"Aishh minah ni tahu je." Eryka mencebik bibirnya.
Eryka mencapai kunci kereta dan masuk kereta. "Nak ikut tak." Apa lagi laju jelah Juliana masuk kereta. "Tu yang aku tunggu. Jom. Oh ya senjata kau semua aku letak kat bonet belakang." Kereta Ferari Eryka membelah jalan raya dengan pecutnya.
****
"Bos, boleh kita serang sekarang." Eryka memandang orang suruhannya. "Juliana, kau duduk dalam ni. Pakai topeng kau." Juliana menurut arahan. Eryka memakai topengnya. Ali menghampiri ketuanya. "Evil Girl, let plays."
Hanya dia sorang je panggil Eryka camtu. Ahli Dangerous Evil terus bergerak. "Aduhh mata bos dah merah. Habis lah semua orang." Kata anak buahnya.
Warna mata Eryka telah bertukar dari perang ke merah. Mata tu melambangkan dia akan membunuh tanpa belas kasihan.
Bang
Bang
Bang
Tembakan dari kumpulan Eryka telah menumpaskan semua ahli Chin dalam masa 3 minit. Laju tak. "Sape lak ni. Apa lagi serang lah!" Semua ahli kumpulan Tiger menyerang Dangerous evil. Seorang demi seorang tumpas dalam tangan kumpulan Dangerous Evil.
"Korang sape! Apa yang korang nak." Pertanyaan Chin bagaikan angin yang lalu sahaja. Eryka menampilkan diri dengan pemakainnya yang menyeramkan. Berpakai jaket kulit hitam,kasut tumit 4 inci dan memakai topeng khasnya.
Penampilan itu hanya menampakan mata merahnya, bibir merahnya dan hidung mancungnnya sahaja. "Hai Tiger. Lama tak jumpa kan baby." Kata Eryka sambil mengikat rambutnya yang terlepas dari ikatannya tadi.
"Evil Red Eyes!" Tiger menyebut nama samaran Eryka. "Hahaha. Ingat lagi ya. So sebelah kau mesti Chin kan." Chin tersentak. Ya dia tahu Evil Red Eyes merupakan mafia yang paling kejam.
Kalau ikut ranting Mafia. Kumpulan tersebut adalah top 5 dalam senarai top 10 mafia terkejam di luar negara ataupun dalam negara.
"Kau kenapa kacau kawasan sini. Aku tak cari pasal dengan kau." Slang bahasa Melayu sangat jelas dipendengaran Eryka. "Memang lu tak cari pasal sama gua, tapi partner lu yang cari pasal sama gua. Gua ingat nak bunuh dia je. Tapi gua tak sangka, lu jadi partner dia dan serang Black devil lorhhh. So let play. SERANG! Aku tak nak sorang pon hidup kecuali Tiger dan Chin."
****
Ezril leka memerhati wanita yang digeler sebagai ERE. 'Asal aku rasa macam dah biasa aku dengar suara dia ya.' Bahu Ezril tepuk lembut. Lamunannya tadi berterabur.
"Bro, apa lagi jom lah. Karang kau lak yang kena bunuh dengan minah ni. Tak yah tenung lelama minah ni." Megat turut menyerang musuh. Setelah 15 minit bertarung. Semuanya tumpas. Ahli Dangerous Evil hanya cedera ringan manakala Black devils cedera parah. Ahli Chin dan Tiger semua mati kecuali ketua diorang.
"Ahli kau semua cedera, kau nak aku panggil pasukan medic untuk rawat diorang tak. Aku rasa kalau kau bawak balik diorang ke mansion kau atau hospital tak sempat rasanya." Eryka menanya dengan lagaknya. Bukan selalu nak jadi bengis depan suami tercintakan.
"Boleh jugak." Sambut Danial entah dari mana. Ezril hanya jeling je. Bukan dia tak mampu panggil doktor peribadi dia. Tapi ramai ahli dia tercedera parah, takut tak cukup tangan nak rawat ahli dia. "Baiklah." Eryka tersenyum sinis. "Korang bawak dua monyet tu balik markas aku. Yang korang lak follow aku dari belakang sekarang."
Semua ahli Black devil mengikut Eryka. "Hello Shadow, datang tempat aku hantar tadi. Buat cam biasa. No satu jejak pon. Faham! Dan pasukan medic pastikan dah sampai mansion aku." Panggilan diputuskan.
"Juliana, jangan buka topeng kau kat mansion nanti. Kalau diorang tanya, jawab kau Rose, Faham."
Juliana angguk kepala dan kereta meninggalkan tempat kejadian. "Bro, sape yang nak bereskan ni." Danial bertanya pada Ali. "Evil girl kata biarkan je. Sebab ada lagi satu kumpulan nak mayat diorang." Kata Ali menyentak mereka semua. 'Bro janganlah tanya aku. Aku pun tak tahu.' Bisik hati kecil Ali. Mereka semua turut meninggalkan tempat tersebut.
****
Akhirnya mereka semua sampai di markas mewah Eryka ditengah hutan. Jauh dari pandangan masyarakat luar. Ia mengambil masa 10 minit untuk kesana dari tempat kejadian. "Bawak diorang masuk." Semua mengikut arahan Eryka.
Mata Eryka masih kekal merah. "Rawat mereka semua." Semua pasukan medic merawat mereka. Pasukan medic ni semua bekerja untuk Eryka sahaja. Well mereka dibekalkan klinik sendiri bagi penyamaran mereka pada masyarakat luar.
"Evil Girl. Nak letak mana monyet ni." Eryka berpikir seketika. "Kau, Kau nak buat apa dengan Chin ni." Jari Eryka menunjuk kepada Ezril. Ezril tersentak. "Aku nak bunuh dia." Eryka mengangguk je. "Bawak monyet dua ekor ke taman permainan aku. Hahahahaha." Taman permainan Eryka adalah bilik seksaan mangsa.
Ezril dan Eryka menuju ke taman permainan yang dikhaskan untuk mangsa Eryka. "Wow, bilik ni seram dorh." Kata Danial yang entah dari mana. Megat turut anggukan kepala sahaja.
"Kau start lu." Kata Eryka. Ezril mengambil pistol kesayangannya dan menembak kaki Chin. "Ada kata-kata akhir." Chin ketakutan. "Lepaskan aku. Lepaskan aku!" Bang. Tembakan Ezril tepat pada dahi Chin. "Tak ada kata-kata dulu ke bro. Ni tak terus tembak je." Kata Danial. "Malas nak dengar suara dia." Kata Ezril.
"Tiger sayang. Nape you ni hodoh sangat ya." Eryka membelai wajah Tiger Yang dah nyawa-nyawa ikan. Ezril dan rakan-rakannya terasa meremang bulu roma bila mendengar apa yang diperkatakan oleh Eryka.
Wajah Tiger yang penuh dengan darah dipandang gerun oleh Ezril dan sahabatnya. "Huuuu, boleh tahan teruk wajah dia. Bila dia belasah Tiger eh." Bisik Danial hanya untuk pendengaran mereka bertiga sahaja. Megat angkat bahu tanda tidak tahu. Ezril turut buat benda yang sama.
Tiger yang sudah dibelasah teruk oleh Eryka semasa Ezril melaksanakan tusganya tadi. Wajah lesu Tiger dipandang sinis. Eryka menghalakan pistol kearah Tiger. "Kau akan mati perempuan. Kau tahu kan kau ada banyak musuh, aku dengar kau ada musuh baru. Hahahaha.
Aku tahu kau sekarang jadi sasaran diorang. Aku dengar mereka sama saing cam kau. Hahahah. Kau akan mampus." Eryka tersenyum sinis. "Ok. Aku tunggu diorang nanti. Bye." Picu ditarik dan BANG! Darah memercik di wajah Eryka.
"Kau dah takde kena mengena dengan aku lepas ni. Berambus lepas ni." Eryka meninggalkan Ezril dan ahlinya yang lain.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
AcciónEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...