BAB 50

6.6K 160 0
                                    

"Umi mana abang Zafrul dengan abang Zafran. Sunshine rindu diorang." Puan Kirana mengusap rambut anak susuannya. Sejak Eryka dilahirkan Puan Kirana menyusunya secara sembunyi. Bila Eryka berusia 12 tahun keluarga Puan Kirana menampilkan diri dan memperkenalkan dirinya sebagai ibu susuan dan keluarga susuannya.

"Nanti diorang balik lah. Diorang semua mesti tengah main bola dengan kawan-kawan diorang." Masam muka Eryka . Tersenyum Puan Kirana melihat wajah anak daranya. Disebabkan salah faham antara Puan Sri Maisara, Datin Suraya dan Puan Kirana yang dulu, telah menyebabkan persahabatn mereka terputus.

Tetapi disebabkan janji mereka terdahulu, Puan Kirana mengambil keputusan menyusu Eryka sercara senyap. Tu pun semasa Eryka dilahirkan di hospital. Dia mengatakan bahawa dia ibu susuannya. Tetapi perlu dirahsiakan pada Datin Suraya. Nurse kat situ angguk saja.

Semasa kelahiran Erlyana, Puan Kirana hampir tertangkap dengan sahabatnya semasa menyusukan Erlyana. Tetapi terlepas. Erlyana turut menjadi anak susuan Puan Kirana. Walaupun hanya sekejap menyususukan si kecik tersebut.

Apabila Puan Kirana mendedahkan siapa dirinya kepada Eryka, anak susuannya itu menerima seadanya pada usia 12 tahun. Sejak itu, Eryka akan berjumpa dengan mereka sebulan sekali itu pun Eryka menipu keluarganya nak lepak atau tidur rumah kawannya. Disebabkan kesibukan keluarga Dato Firdaus dan Tan Sri Effendi menyebabkan mereka tidak kisah anaknya Eryka tidur dirumah kawannya.

Pada usia itulah adik bongsunya lahir, Ezzad. Apabila Ezzad dilahirkan, Eryka yang membawa uminya secara senyap kehospital yang menempatkan mamanya. Pada masa itu, dia membawa uminya kebilik meletakkan adiknya.

"Nurse yang cantik, boleh tak jangan bagi tahu mama yang kawan mama datang sini. Please... saya janji akan jaga adik saya. Alah umi hanya nak susukan adik. Boleb tak." Kata Eryka dengan petahnya. Nurse tersebut hanya menganggukan kepala.

Mahu tak cair, Eryka pandai membuatkan mana-mana hati cair bila mendengar celotehnya. Di situlah, dia dapat menyusukan anak susuannya yang bongsu dengan bantuan Eryka.

Kini sudah 3 tahun mereka bersama walaupun secara bersembunyi. Kini Eryka sudah berusia 15 tahun. "Assalamualaikum." Salam diberi oleh Zafrul Dan Zafran. Eryka berlari menerpa abang-abang susuannya. Lamunan Puan Kirana terhenti bila mendengar anak-anaknya pulang.

"Hai my lovely Sunshine, I miss you so much." Zafran memeluk Eryka sambil mengusap belakang adiknya. Mereka terlalu menyayangi adik perempuan mereka.

"I miss you too." Eryka tersenyum manis. "Miss abang Zafran je, Bang long tak miss." Eryka melepaskan pelukan Zafran dan memeluk Zafrul. "Ofcus I miss you too. Tuan Zaki yang baru memasuki rumah terus diterpa anak-anaknya. Walid, Sunshine rindu Walid." Tubuh Tuan Zaki dipeluk.

"Walid pun rindu anak dara walid ni." Mereka meluangkan masa bersama pada waktu malam. Pelbagai cerita yang dikongsikan Eryka pada keluarga susuannya. Selepas meluangkan masa selama satu malam bersama keluarga Tuan Zaki, Eryka pulang ke rumah keluarganya.

Pada bulan seterusnya, Eryka baru pulang dari sekolah. Dia melihat mom dan mummynya menangis. Eryka tidak mengetahui apa-apa pun. Sehinggalah mereka semua sampai kerumah keluaraga Tuan Zaki.

"Kirana" Datin Suraya dan Puan Sri Maisarah menyebut nama kawannya dalam tangisan. Baru lah Eryka sedar dari khayalan dia. Kini tubuh Umi,Walid dan Abang Zafrul dipandang sayu. Eryka tidak mampu menitiskan air matanya. Dia terkejut. Kalau ikutkan besok mereka akan meluangkan masa bersama.

Pihak polis memberi tahu kami punca kemalangan tersebut. Dengan itu Eryka dapat mengetahui bahawa abang Zafrannya hilang. "Aku akan cari abang Zafran. Sunshine janji Umi,Walid dan Abang Zafrul. Sunshine janji."

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now