"Mama nak percepatkan perkhawinan kamu berdua." Ezril terkejut dengan keputusan mamanya. "Mama, kenapa nak percepatkan. Kan ada lagi dua bulan. Sabarlah mama." Datin Nadia tetap dengan pendiriannya. "Nope, keputusan mama muktamad. Dua minggu lagi, kamu berdua kahwin."
"Ok mama. Ril ikut je cakap mama." Eryka yang terdengar perbualan dua beranak tu membuat hatinya semakin sedih dan sakit. Eryka menuju kedalam biliknya. Perutnya diusap. "Baby, sory kamu kena dengar semua tu. Mummy akan tabah untuk baby ya." Mak Nab yang menuju kebilik Eryka. Dia perasan riak wajah Eryka sebentar tadi.
"Ery, tabah lah sayang. Mak Nab yakin kamu kuat." Mak Nab bersuara sebaik sahaja memasuki bilik Eryka. Eryka hanya mengukir senyuman pada Mak Nab. Pintu bilik Eryka dibuka dengan kasar. "Eh pompuan. Kau dah dengar kan apa yang aku cakap tadi. Kau jangan nak mengada-ngada nak goda anak aku. Dua minggu lagi dia akan kahwin dengan Suzana. Kau goda anak aku. Tahu lah nasib kau."
Eryka mengangguk kepalanya sahaja. Datin Nadia keluar dari bilik Eryka dengan senyuman sinis. Mak Nab mengeleng kepala melihat kerenah anak kawannya itu. 'Kau yang akan menyesal Datin Nadia. Kau tak kenal sape aku. Ini ERYKA SANDRA.' Eryka bisik dalam hati dan mempamerkan senyuman sinisnya dan memapamerkan mata merahnya.
Mak Nab terkejut melihat senyuman sinis Eryka. 'Aku semakin rasa tak sedap hati. Seperti akan berlaku sesuatu.' Desis hati tuanya. "Mak Nab, Ery nak rehat." Mak Nab mengangguk kepala. "Rehat lah. Mak Nab keluar dulu ya." Eryka mengangguk kepala.
****
Suasana kelab malam yang membingit kan telinga. Menjadi tumpuan semua masyarakat yang mahukan keseronokan duniawi. Ramai menari dalam keadaan mabuk. "Yahoooo. Tak lama lagi aku akan kahwin. Hahahaha. Baby you tahu tak, keluarga Ezril tu bodoh. Sampai sekarang dia tak tahu sape I ni." Suzana bersuara dengan pasangannya dalam keadaan yang mabuk.
"Hahahaha. You ni memang kejam lah. Sampai hati you kata diorang bodoh." Suzana memeluk leher lelaki tersebut. "Memang diorang bodoh. Sampai sekarang diorang masih tak jumpa dalang pembunuh nenek dia. HAHAHA." Gelak tawa nya disambut dengan beberapa orang lelaki yang duduk berhampiran dengannya.
Suzana merupakan ketua mereka. Pengganti ayah dan abangnya. Ketua kongsi gelap. Kumpulan mereka hanya membunuh, mengedar dadah, menyeludup senjata api dan memerdagangkan orang. Tulah yang dilakukan oleh mereka.
"I nak diorang semua mampus. Tapikan baby, I sayangkan Ezril. Camne ni." Lelaki tersebut membelai muka Suzana. "I kan ada. Biar I yang buang kan rasa suka You pada lelaki tu." Ketawa mereka tidak dipedulikan orang dalam kelab malam. Tetapi terdapat seseorang yang memerhatikan tindak tanduk Suzana tanpa disedari mereka semua.
****
Suasana bingit hanya membuatkan hati yang tengah panas memerhati dari tadi. Lelaki tersebut hanya memerhati suasana di dalam kelab malam tersebut. "Bro, tulah bakal bini si Ezril."
Zafran menoleh kearah pentas tari dimana orang ramai leka menari dengan pasangan sendiri. Senyuman sinis terlakar di wajahnya. "Bodoh, tak kan jantan tu tak tahu siapa perempuan tu." Imran tergelak.
"Cinta itu buta bro. Hahahahahaha." Kata Imran. Seorang wanita seksi menghampiri Zafran. "Hai baby, can I join you." Kata wanita tersebut yang sudah mabuk.
Muka Zafran asik dibelainya. Zafran memandang sinis pada wanita tersebut. "What your name darling." Tanya Zafran. Wanita tersebut tergelak. "Oh, I Suzana." Kata Suzana.
Zafran tersenyum sinis. 'Ezril, perempuan ni jugak kau nak.' Desis hatinya. Pangilan telefon mematikan pergerakan Zafran. "Sorry." Panggilan diangkat. Zafran bangun dari duduknya. Wajah tegang terpamer dari wajahnya. Panggilan dimatikan. "Imran jom." Katanya tegas.
Suzana tersentak apabila Zafran cuba meninggalkannya. "You nak pergi mana." Katanya. "Aku nak blah. Kau perempuan pergi berambus." Kata Zafran. Tubuh Suzana ditolaknya. Suzana tergamam.
Dalam keadaan yang mabuk Suzana hanya memerhati pemergian Zafran dengan hati yang panas. Seorang lelaki menghampiri Suzana. "Can I join you." Kata lelaki tersebut. Suzana sudah melelapkan matanya.
Tubuh Suzana diangkat, hotel berdekataan dicarinya. Siapa tak nak ikan depan mata kan. Sepasang mata yang leka memerhati tingkah laku wanita tersebut hanya tersenyum sinis dari tadi.
****
"Awak jom. Penat lah asik memerhati dia je." Lelaki tersebut tersenyum mendengar celoteh teman wanitanya. "Danial, jom lah." Kata Mia. Danial anggukan kepala. Kelab malam ditinggalkannya.
Panggilan telefon dibuat. "Semua aku dah hantarkan." Kata Mia. Terdengar ilaian tawa si pemanggil. Panggilan dimatikan.
****
"Bodoh punya perempuan." Eryka tergelak apabila Mia mengatakan maklumat yang dikehendakinya sampai di tangannya. Fail yang dihantarkan melalui email dibukanya. Senyuman sinis teralakar diwajahnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/217779530-288-k551778.jpg)
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
ActionEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...