BAB 75

7.7K 169 1
                                    

"Bie betul ke apa yang you cakap. Eryka dah ok dengan family dia, dengan Ezril." Megat mengangguk kepala bagi mengiakan kata Juliana. "Syukurlah." Juliana bersuara lagi. Megat memeluk Juliana. "Kita doakan mereka semoga jodoh mereka berpanjangan." Juliana anggukan kepalanya.

****

"Aw..awak betul ke apa yang awak cakap ni." Mia mengongcangkan tangan Danial. "Yes my baby. Diorang semua dah berbaik." Mia tersengih. "Yahooo!!!!!!" Mia menjerit tetiba. "Ishhh kau ni. Malam ni." Agak-agaklah lah nak menjerit. Danial mula membebel. Mia apa lagi. Buat derk je. Hahahahaha.

****

"Sunshine, are you ok." Kata Zafran apabila mengahampiri Eryka. Eryka anggukan kepalanya. "Gege, Sunshine feel calm when all is back to normal. Sunshine can come back with family, meet gege and be with Sunshine's husband again." Luah Eryka dengan hati yang cukup bahagia.

Zafran yang mendengar luahan hati adiknya tersenyum bahagia. 'Akhirnya, gege dapat jumpa Sunshine walaupun lambat, dan dalam keadaan yang mengejutkan. Tapi gege happy sangat dapat jumpa Sunshine gege yang seorang happy go lucky.'

Hanya mampu terluah di dalam hatinya sahaja. Tubuh Eryka dipeluknya. Eryka turut membalas pelukan abangnya.

****

"Ery, mama nak mintak maaf nak. Mama menyesal sangat. Mama bodoh, mama tak pandai langsung nak menilaikan mana permata mana kaca. Mama mintak maaf sangat sayang." Datin Nadia menangis sambil tangannya mengenggam erat tangan Eryka. Eryka tersenyum sahaja.

"Mama, Ery dah lama maafkan mama. Mama, Ery yang patut mintak maaf. Ery gagal nak lindungi nenek dengan Ezzarul serta Intan. Maafkan Ery."

Datin Nadia memeluk "Eryka. Tak sayang, tu semua dah ketentuan Allah. Mama tak salahkan kamu langsung. Mama dah redha dengan pemergian mereka semua." Datin Nadia yang berada dalam pelukan Eryka menangis teresak-esak.

"Betul tu sayang, kami tak pernah marahkan kamu. Sepatutnya I yang melindungi keluarga I. Bukan you sayang." Ezril yang dari tadi mendengar bualan isteri dan mamanya menyampuk. Datin Nadia meleraikan pelukkannya.

"You, I mintak maaf sangat. I banyak buat salah dengan you. I hampir bunuh you, I gagal lindungi you. I..." Ezril meletakkan jari telunjuknya pada bibir Eryka. "Syhh, semua tu bukan salah you. Sepatutnya I yang bersalah. I sebagai ketua keluarga langsung tak dapat nak lindungi keluarga I sendiri.

I.. I juga gagal lindungi anak kita. Maafkan I." Akhirnya air mata Ezril menitis membasahi pipinya. Eryka menghampiri suaminya. Eryka melutut di hadapan suaminya.

"You, I yakin anak kita tunggu kita di syurga sana. I dah redha pemergiannya. Kita doakan kita akan berjumpa nanti dengan anak kita." Tubuh badan Eryka dipeluk Ezril.

Akhirnya mereka menyelesaiakan apa yang menyesak hati mereka. Eryka sedar bahawa dendam tak dapat memberi kebahagian pada dirinya.

****

"Kakak, kalau akan diberi pilihan antara cinta dengan dendam. Akak akan pilih yang mana." Pertanyaan Intan menyentak Eryka. Ezzarul turut mengangguk kata Intan.

"Haah lah kak, akak akan pilih yang mana. Akak, Ezz bukan apa. Kalau akak masih pilih nak balas dendam. Akak akan bahagia ke. Akak happy ke." Pertanyaan Ezzarul turut membuatkan Eryka diam.

"Entah, akak tak tahu. Biar masa yang menentukan. Akak tak tahu nak pilih apa Ezz, Intan. Hati akak sakit sangat. Dikhianati, di hina di caci, dan macam-macam lagi. Musuh menghampiri, keluarga yang akak lindungi khianat akak. Akak tak tahu. Akak tak tahu nak pilih mana." Eryka meluahkan isi hatinya.

Ezzarul dan Intan hanya memandang muka Eryka yang muram. Walaupun Eryka tidak pernah menangis dihadapan mereka, tapi mereka tahu Eryka pernah menangis dahulu.

Pernah sekali sewaktu tengah malam, Intan mahu minum air. Lalu dia turun kedapur. Masa dia sampai di hujun tangga, Intan terdengar Eryka menangis semahu-mahunya.

Intan amat menyayangi akaknya. Dia selalu berdoa agar akaknya mengecapi kebahagian. Pada masa yang sama Ezzarul turut mendengar tangisan Eryka di sebalik pintu yang menghubung dapur dan bilik latihan menembak.

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now