BAB 34

5.7K 171 3
                                    

Di meja makan begitu sunyi. Masing-masing melayan perasaan. "Lepas makan, Ezzarul dengan Intan pergi bilik kerja akak. Faham." Kata Eryka dan bangkit dari kerusinya. Bilik kerja ditujunya.

Ezzarul dan Intan saling berpandangan. "Lebih baik kamu ikut cakap akak kamu tu. Karang ada yang kena telan hidup-hidup." Kata Juliana. Mia hanya anggukan kepalanya.

****

Eryka memerhati wajah Ezzarul dan Intan. "Dah tiba masanya kamu pulang. Keluarga Ezz tengah rindukan Ezz tu. Balik lah." Kata Eryka. "Betul tu Ezz, kami bukan nak halau kamu. Tapi kamu masih ada keluarga. So pulang lah ke pangkuan keluarga kamu." Kata Mia.

"Diorang dah menyesal dengan apa yang diorang dah lakukan. Jadi tak akan kita nak berdendam dengan mereka sampai bila-bila. Baliklah." Kata Juliana.

"Ezz, apa yang akak boleh kata. Kami sangat sayangkan kamu. Ezz kamu kena ingat, kalau tiada diorang tu, tak adanya kamu lahir di dunia ini. Tak adanya kamu jumapa kami dan Intan.

Jadi sebagai anak, kamu baliklah." Kata Mia. Eryka masih dengan mendiamkan dirinya. "Biy, kita balik jumpa keluarga you ya. Papa you tengah sakit tu. Dia nak jumpa you sangat. Kita balik ya." Pujuk Intan.

"Akak setuju kata Intan itu. Baliklah, kenalkan Intan pada ahli keluarga kamu semua. Intan perlu juga jumpa keluarga suaminya. Bolehkan Ezz." Kata Juliana.

"Tapi kak." Percakapanya dipotong sebaik Eryka menganggkat tangannya tanda diam. "Akak tak nak cakap banyak. Ezz kamu balik jumpa keluarga kamu. Jangan kamu menyesal di kemudian hari. Papa kamu tengah nazak. Dia rindukan kamu, tak salah rasanya kalau kamu pulang.

Bukan akak nak halau kamu, kalau ikutkan hati akak nak kamu duduk sini sampai bila-bila. Tapi akak tak ada hak tu, sebab kamu masih ada keluarga. So, I think kamu balik." Kata Eryka.

Ezzarul mendiamkan dirinya. Eryka bangkit dari duduknya. Dia menghampiri Ezzarul. Bahu Ezzarul dipegangnya. Ibarat menyalurkan kekuatan kepada Ezzarul. Intan yang berada di sebelah menundukkan kepalanya. Eryka mengusap kepala Intan.

"Akak sayang korang tau." Kata Eryka. Tanpa memikirkan apa-apa Ezzarul terus memeluk tubuh kakak angkatnya. Ezzarul seorang yang amat mementingkan batas pergaulan akhirnya tumpas kerana terharu dengan kata akaknya itu.

Eryka terdiam seketika. "Pulanglah sayang." Belakang Ezzarul diusap lembut. "Pulang lah, mereka semua rindu kamu Ezzarul. Baliklah. Kamu pun dah habis belajar Ezzarul. Baliklah, dia papa kamu. Nanti kamu menyesal sayang. Baliklah. Bawak Intan sekali. Tampilkan Intan sebagai isteri kamu. Jaga dia disana. Nanti akak menyusul." Kata Eryka lagi.

Mia dan Juliana sudah menitiskan air matanya. Mereka turut menghampiri Eryka dan adik-adik angkat mereka. Tubuh Intan dipeluk Mia dan Juliana bagi meredakan tangisan Intan.

"Akak betul ni. Akak janji akan balik cari kami." Pertanyaan Intan membuat Eryka tersenyum. "Yes my lovely. Akak akan balik jumpa kamu. Ezzarul ikut nenek kamu esok. Akak akan hantar ke airport esok ya." Ezzarul melepaskan pelukannya. Eryka mempamerkan senyuman manis untuk adik-adiknya.

"Maaf kak, hari ni Ezz langgar batas. Ezz harap sangat akak ni akak kandung Ezz. Terima kasih jaga Ezz, bantu bayar pembelajaran Ezz. Jasa akak 2 tahun ni sukar Ezz nak balas. Ezz doakan akan kecapi kebahagian akak."

Eryka mengangguk kepalanya. Intan dan Ezzarul terus memeluk akak-akanya buat kali terakhir. Mia dan Juliana sudah menitiskan air mata. "Kami akan menyusul nanti." Kata Juliana. Mia anggukan kepalanya. Pelukan dilepaskan.

"Intan ingat syurga berada di bawah tapak kaki suami kamu ya. Ezz, sekarang akak serah kan Intan pada kamu ya." Mereka berdua menganggukan kepala mereka. Ezzarul dan Intan naik ke bilik mereka. Eryka hanya mendiamkan diri.

"Sudah tiba masanya." Akhirnya mereka bertiga mendiamkan diri dan memerhati suasana malam melalui tingakap kaca yang telah direkakan khas untuk bilik kerja Eryka.

****

Eryka hanya memerhati keluaraga yang berada di hadapanya. Dia masih dengan topengnya. Maklumlah identiti perlu dijaga. "Akak, kitorang dah nak pergi. Akak janji akak akan datang Malaysia kan." Eryka mengangguk. Hari ini, Juliana dan Mia tidak dapat menghatar mereka ke airport. Cukuplah mereka menghatar dari rumah sahaja.

"Akak janji." Orang suruhan Eryka mengahampiri mereka. Berpelukan semuanya. Rindu kut. Nak berpisah jauh katakan.

"Nak, terima kasih jagakan cucu saya. Jasa kamu tak dapat saya nak balas." Eryka tersenyum. Eryka kini berada di hadapan nenek Ezzarul. "Dato, saya dah anggap Ezzarul ni adik saya. Kini saya pulangkan kembali kepada keluarga Dato. Maaf Dato, saya pinjam Ezzarul lama sangat."

"Kamu tak pinjam dia pun. Tapi yang Maha Esa pinjam kan dia untuk kita semua." Eryka tersenyum mendengar luahan Dato Robiah. "Ya. Betul kata Dato. Disebabkan itu, saya dapat merasa kembali kasih sayang berkeluarga." Eryka tersenyum manis.

Intan menghampiri Eryka. Lalu tubuh Eryka dipeluknya. "Akak, Intan akan rindu akak. Intan janji. Intan akan call akak tiap-tiap hari." Eryka angguk kepala. Lantas dahi adiknya dicium penuh lembut. Eryka menoleh ke arah Ezzarul.

"Ezz, betul ni kamu tak nak akak tinggalkan kamu dua atau tiga orang bodyguard untuk kamu." Ezzarul tersenyum. "Alah kak, kat Malaysia je pun. No hal lah." Eryka geleng kepala. "Ingat material art yang akak ajar kat kamu berdua, jangan salah gunakan. Faham." Kata Eryka dengan suara tegas.

"Faham Bos." Tergelak mereka bersama.

Dato Robiah tersenyum melihat adik-beradik dihadapan matanya. 'Nenek akan cari kamu balik. Walau sekarang kamu bertopeng. Nenek akan tetap dapat lihat wajah kamu nanti.' Bisik hati tuanya.

"Dato, kita dah kena gerak sekarang." Dato Robiah mengangguk. "Baiklah kami pergi dulu." Eryka tersenyum dah memerhati langkah mereka masuk kebalai pelepasan.

****

Sejak dari itu, setiap hari Intan dan Ezzarul akan menghubungi Eryka untuk bertanya khabar. Seminggu mereka menjejak kaki di Malaysia, mereka mengkhabarkan pemergian Dato Ezzudin Hans. Eryka hanya mampu mengucap takziah. Kini Sudah 3 bulan mereka di Malaysia.

"Asalamualaikum akak, akak sihat tak." Salamnya Eryka sambut. Tersenyum dia dengar persoalan dia. "Waalaikumussalam. Akak sihat. Kamu berdua sihat." Eryka menjawab. "Kami sihat." Sahut mereka berdua. Eryka tahu Ezzarul ada dengan Intan.

"Akak, bila nak balik sini. Kak Mia dengan Kak Juliana mana." Persoalan pertama yang dikemukakan oleh Ezzarul. "Sory minggu ni akak tak dapat lah. Akak ada kat Itali sekarang ni. Doakan akak dapat tender kat sini. Tender ni besar tau nilai dia. Akak nak buat resort ni atas nama kamu berdua. Harap dapat lah. Lagi satu kakak kamu semua tu ada kat Amsterdem sekarang. Diorang tak nak ikut."

Intan mengeluh. Dia kecewa dengan kata akaknya. Eryka dapat tangkap wajah kecewa adiknya. "Jangan lah mengajuk sayang. Akak janji lepas ni akak balik Malaysia." Kata Eryka.

"Alahh. Baru nak buat suprise kalau akak balik minggu ni. Intan tak sabar nak cakap." Eryka tergelak mendengar luahan adiknya. "What it is. Tell me my dear." Ezzarul dengan Intan bertelagah nak cakap siapa dulu. "Ehh all of you. Stop say biy dulu, sayang dulu. Just say it." Terdiam mereka berdua.

2 tahun tinggal bersama dengan Eryka, mereka dah tahu kalau suara camtu apa maksudnya. "Hihihi. Sory sis." Ezzarul meminta maaf. "Akak, Intan dengan Ezz tak lama lagi nak jadi mama dan papa. Kakak akan jadi aunty." Jerit mereka berdua.

Eryka mengucap syukur. "Tahniah adik-adik akak." Eryka, Ezzarul dan Intan berbual sampai lah satu soalan yang menyetakkan Eryka. "Kak, kalau Ezzarul dengan Intan takde nanti. Akak rindu kita orang tak, dan akan kekal sayang kitorang tak." Eryka tersentak mendengar persoalan adik angkatnya. "Apa yang Ezzarul dengan Intan cakap ni. Akak akan sentiasa sayang dan rindukan kamu berdua."

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now