BAB 65

7.5K 180 17
                                    

"ERE,kau ok." Pertanyaan Haziq menyentak lamunan Eryka. Ali yang berada di sebelah Haziq turut memandang ketua mereka. Eryka satu kereta dengan Ali dan Haziq. "Hantar aku balik vila aku. Aku nak amik kereta aku." Haziq memandang cermin pandang belakang untuk melihat wajah Eryka.

"Ok." Sampai di vila milik Eryka, garaj kereta miliknya dibuka. Kereta Lamborgininya di ambil. "Jangan sesiapa ikut aku. Kalau tak, semua mampus." Ali dan Haziq angguk kepala sahaja. Kereta dipandu dengan pecut meninggalkan perkarangan vila.

"Ziq, Ry nak pergi mana." Haziq angkat bahu. "Dekat dua minggu nanti baru kita tahu mana dia pergi. Kereta yang dia bawak takde GPS detect, Phone mesti dia matikan." Ali memandang wajah Haziq bagi minta kepastian.

"Kau tak cuba tanya sesiapa ke." Haziq tersenyum. "Pernah lah juga aku tanya Juliana dan Mia. Tapi diorang tak tahu." Ali mengangguk kepala tanda dia tahu Eryka pasti taknak sesiapa cari dia. "Aku rasa tak sedap hati lah wei." Ali bersuara. "Aku pun." Haziq bersuara.

****

"Korang, Ery rindu korang. Ery sayang korang semua. Tapi semua benci Ery. Korang dah ranapkan hati Ery. Sakit sangat. Gege, Ery nak peluk gege. Nak cium gege... Ril I sayang you sangat." Eryka meluahkan isi hatinya. Panggilan telefon tidak berhenti melalak.

"Im sory. Ery rindu korang semua!" Eryka menjerit semahunya. Eryka melihat cermin pandang belakang untuk mengetahui siapa yang mengikutinya. Kereta tersebut tidak sudah-sudah bermain dengan lampu keretanya. Eryka memecutkan keretanya.

Kereta tersebut cuba memotong kereta Lamborghini Eryka. "Siapa diorang ni. Jap ni kan LION. OH SHIT!" Eryka memecutkan keretanya. Dia sedar musuh lamanya mencari dia.

****

"Bos kami dah jumpa perempuan tu. Bos kat mana sekarang." Soal ahli LION pada bosnya. "Aku kat depan dia. Nasib jalan lenggang. Masa untuk bunuh dia." LION bersuara. 'Akhirnya kau akan mati Eryka.' Bisiknya.

****

"Aku terpaksa berlawan sendiri lah nampaknya. Nak tunggu orang aku lambat. Dah lah aku kat luar kawasan nak hubungi diorang tak dapat. Nampaknya ni pertempuran aku sendiri lah." Eryka meluahkan isi hatinya. "Sorry, Eryka tak dapat jumpa korang." Eryke gelak tetiba.

Keretanya diberhentikan disebabkan sekatan kereta musuh. "Well ERE. Akhirnya, aku boleh bunuh kau. Dah lama aku nak bunuh kau. Kau punca bapak aku mati. Mafia yang terkuat tumpas dalam tangan kau masa umur 15 tahun. Sekarang masa untuk kau mati." Eryka tersenyum sinis mata merahnya masih kekal merah.

Tiada topeng pada wajahnya. LION merupakan kumpulan yang sudah lama berdendam dengannya setelah kematian bapanya. Kini anaknya menuntut keadilan.

"Let Fight." Eryka menumpaskan satu persatu orang suruhan LION. "Lion orang kau semua lembik lah. Apa kata kau lawan dengan aku pulak." Lion Tersenyum sinis. "Berlagak sungguh kau ni kan. Baik." Lion mengahampiri Eryka. Satu tumbukan terkena muka Eryka. Eryka mengerang kesakitan

"Masa untuk kau mati." Lion melepaskan tembakan pada Eryka. Peluru mengenai perut Eryka. Eryka tumpas. Eryka rebah. Darah terus membasahi jalan tar. "Hahahahah. Akhirnya kau akan mati." Eryka tersenyum sinis. Tembakan dilepaskan lagi. Kini Lion yang rebah. "Apa kata ki..ta mati bersama." Eryka tersenyum sinis.

Peluru yang menembusi tubuh Lion merupakan peluru beracun. Ahlinya yang lain turut tumpas disebabkan senjata Eryka yang sudah disaluti racun. Setiap kali musuh terluka, racun akan bertindak dengan segera membuatkan pihak musuh tumpas .

Eryka mengagahkan dirinya memasuki kereta. Satu panggilan dibuat sebaik dia keluar dari kawasan tersebut. Eryka meletakkan panggilan telefon. Kereta terus dipandu. "Im sorry guys." Kereta yang dipandunya hilang kawalan.

"Arghhhh!!!!" BUM. Kereta Eryka masuk gaung. Tidak lama kemudian BOMM!!!!!! Satu letupan berlaku. Orang ramai yang melihat kejadian tersebut menghubungi pihak berkuasa mengenai kemalangan tersebut.

****

"Shadow." Seorang lelaki menjerit nama samaran Haziq. "Kau apasal Shawn. Kau baru habis lari keliling padang ke. Termengah-mengah aku tengok." Ali mengeleng kepala. "Tak de orang lari tengah malam ni Haziq oi..." Haziq menjeling pada Ali.

"Sha...Shadow. A..aku nak...." Ali sudah bengang dengan Shawn yang tergagap-gagap dari tadi. Kusyen dibaling pada Shawn. "Kau nak apa!" Ali bersuara bengang. "ERE dia dah takde." Ali dan Haziq bangun dari duduknya. "APA KAU CAKAP!!!" Kata mereka serentak.

"ERE kena serang dengan LION. Ahli LION semua dah tumpas, tapi ERE terlibat dalam kemalangan semasa dia balik. Kereta dia masuk gaung dan." Shawn tidak mampu habiskan katanya. "Dan apa bodoh." Ali semakin berang. "Kereta ERE meletup." Terduduk Ali dan Haziq dengar kata Shawn.

'Tak mungkin. Tolong lah kata ni mimpi!' Jerit Ali dalam hati. Haziq sudah terdiam seribu bahasa. "Tak mungkin ketua kita dah takde.." Haziq menangis.

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now