Sebaik Eryka membukak matanya dia dah dalam biliknya sendiri. "Aduh sakit badan aku. Ingat nak berdrama menangis bagai semalam. Tup-tup aku boleh lak kene serang. Boleh lak diorang serang aku tengah malam buta. Habis lebam badan aku, baju aku apa lagi koyak lah. Apa yang aku tahu, tu bukan musuh aku. Tapi musuh laki aku. Nak bunuh laki aku, tapi sentuh aku lu. Tak pasal-pasal lunyai aku kerjakan." Bebel Eryka yang mengimbas kembali kejadian semalam.
****
"Woi datang perumahan laki aku ni. Ade beberapa mangsa ni aku belasah. Nyawa-nyawa ikan ni. Lepas tu kau hapuskan apa yang patut ya. Aku nak balik ni." Panggilan telefon dimatikan. "Bagus. Ni baru betul nak berlakon. Ermm, hah. Aku berlakon lah aku hampir kena rogol. Hihihi. Risau tak laki aku."
Eryka melangkah pulang dengan pelbagai idea di kepalanya. Semuanya tersusun rapi. Senyuman sinis terlakar dibibirnya.
****
Kenangan malan semalam berlegar dalam minda Eryka. Tersenyum puas dia. Tok tok tok. "Ery, Mak Nab masuk ya." Eryka mengemas apa yang patut. "Masuklah Mak Nab." Mak Nab masuk kebilik Eryka. Kamu ok. Eryka angguk je.
"Hari ni kamu kerja juga ke." Eryka angguk. "Saya kena kerja Mak Nab, nanti bos saya marah saya. Walaupun bos saya perempuan, kalau dia mengamuk. Semua takut. Tambahan pulak Mak Nab, saya kena lah kerja. Kumpul duit untuk masa depan Mak Nab. Kita tak tahu apa bakal berlaku di masa hadapan Mak Nab." Kata Eryka dengan sayunya.
Mak Nab angguk sahaja kepalanya. "Suka hati kamu lah nak. Jaga kesihatan kamu juga ya. kerja-kerja juga, kesihatan diri tu pun kena jaga." Eryka mengangguk tanda dia mendengar nasihat yang diberi oleh wanita tua itu.
Ezril mendengar setiap bait bicara bininya dengan Mak Nab. Hajat dia terbantut nak melawat Eryka sebaik sahaja Mak Nab yang masuk bilik tadi.
"Mak Nab. Ezril ada tengok saya tak semalam. Dia tahu tak apa yang berlaku kat saya semalam. Saya takut dia salah faham. Saya tak sengaja balik lambat. Saya..." Mak Nab geleng kan kepala. "Ezril tahu apa yang berlaku semalam. Jangan risau. Dia yang angkat kamu semalam masuk bilik." Eryka senyum je.
"Oh ya ke Mak Nab. Tak pe lah. Nanti saya ucapkan terima kasih kat dia. Saya nak mandi. Nak tunaikan solat subuh. Saya siap dulu ya Mak Nab." Mak Nab angguk. Mak Nab bangun dan keluar dari bilik, nak masak sarapan. Dia kebilik Eryka nak mengejutkan Eryka solat Subuh sebenarnya.
"Eh, Ezril. Kenapa kamu kat sini." Ezril terus tarik tangan Mak Nab. "Mak Nab jangan bagi tahu Ery saya berada depan bilik dia ya." Mak Nab angguk. 'Ego sungguh kamu ni Ril.'
Eryka sedar yang suami dia berada depan pintu bilik dia. Well Eryka amat sensitif bila waktu pagi. Hidung dia boleh cam bau suami dia. Eryka tersenyum. "Sikit lagi. Sory guna cara kotor." Katanya sendirian.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
AcciónEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...