"Ry, aku dah dapat semua maklumat yang kau nak." Kata seorang lelaki sebaik sahaja terlihat wajah ketuanya.
'Aihh manusia ni, tak reti ke aku baru sampai rumah terus diterpanya.' Bisik hati wanita yang ditegur oleh lelaki tersebut.
"Letak atas meja tu. Nanti aku semak. Plus camne semalam, kau buat tak apa yang aku suruh."
"Beres bos, seperti yang kita tahu memang Scorpion yang serang kita. Alasan mereka sahaja, so kami pun kata sahaja bakar kilang dadah mereka. Berasap lah ketua mereka. Hahaha"
Wanita tersebut hanya mampu geleng tengok gelagat orang suruhannya. "Ingat identiti aku hapuskan. Pastikan takde sesiapa tahu siapa aku yang sebenarnya. Aku nak diorang tahu aku hanya budak miskin. Dah aku nak balik rumah aku. Faham Ali."
Lelaki yang mengurnya tadi akhirnya menganggukan sebaik sahaja namanya disebut. "OK bos ku sayang, Eryka." Kata Ali. Eryka menjeling melihat senyuman sinis Ali.
"Baiklah, aku nak balik dulu. Apa-apa maklum kat aku." Kata Eryka. Eryka meninggalkan kereta Honda sportnya dan menuju ke kereta Myvinya. Demi menyembunyikan identitinya, dia sanggup mengguna kereta biasa bukan kereta mewahnya. Eryka juga tinggal di rumah biasa sahaja. Bukannya banglo atau seakannya.
****
"Ezril, nenek nak kamu kahwin dengan pilihan nenek. Nenek tak peduli, kalau tak nenek tarik jawatan CEO kamu serta saham kamu."
Ezril terlopong 'serius nenek memang tak sayang aku.' Mama hanya memasamkan muka. "Nape nek, apa salah saya pulak kali ni. Saya nak kahwin dengan teman wanita saya nek."
"Ahhh, aku nak kau kahwin dengan pilihan aku. Kalau tak tahu lah nasib kamu. Kata neneknya. Baik nek."
****
"Mama tolong lah Ril, Ril tak nak kawin dengan pilihan nenek tu." Mama hanya mampu menggeleng kepala. "Lebih baik kamu ikut cakap nenek. Lepas kamu kahwin, kamu nak buat apa kat bini kamu terpulang janji jawatan dengan saham kamu terselamat. Ingat kata mama ni. Ikut je."
Ezril apa lagi menganggukan kepala dan merancang apa yang perlu dilakukan lepas ni. Telefon berbunyi membuatkan Ezril makin bengang. 'Apa mangkuk ni nak.'
"Mama Ril nak angkat panggilan dari Megat ni jap. Nanti kita berbual lagi." Mama mengangguk je.
"Hah nak apa call aku memalam buta ni." Tengking Ezril. "Bro, kawasan kita kena serang. Group Scorpion serang tempat kita. Then, maklumat perempuan tu dah ada ni."
Aihh Scorpion ni aku dengar hari tu kau kene serang hari ni kau serang kawasan aku lak. "Hapuskan. Selebihnya kita buat lain kali. Esok aku datang tengok maklumat tu."
****
Apa aku nak buat ni. Boleh pulak aku kena pinang dekat kampung masa aku balik sini. Boleh pulak tu mak aku jawab ya. Aihhlah mak. "Sandra semalam rombongan dari keluarga Dato Robiah pinang kamu untuk cucu dia. Dia datang sebaik sahaja kamu balik. Dia kata, dia berkenan dengan kamu." Jawab Mak Jah sebaik sahaja Eryka menjawab panggilannya.
"Mak jawab apa. Jangan kata mak ya kan." Mak Jah ketawa. "Mak mengiyakan Sandra. Mak tak tahu bila mak boleh tengok kamu kahwin. Ya mak tahu kamu bukan anak mak, tapi mak nak jugak tengok kamu kahwin." Keluh Eryka. "Mak cakap tak siapa Sandra ni." Tolonglah Mak tak cakap apa-apa.
"Tak Sandra. Mak tahu kamu ni jenis tak suka orang tahu identiti kamu. Jadi mak tak cakap pon. Jangan risau. Dato Robiah terima kamu dengan seadanya." Lega hati Eryka apabila Mak Jah kata begitu.
"Ok mak, Sandra terima."
"Bagus lah." Kedengaran Mak Jah kelegaan. 'Maaf mak, ade lagi rahsia yang mak tak tahu. Suatu hari mak akan tahu, bahawa aku adalah mafia yang kejam.' Bisik hati kecilnya
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
ActionEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...