"Betul ke tuan. Pastikah itu mak saya." Datin Nadia yang mendengar khabar terus meratap hiba. Ya mereka sudah tahu bahawa Dato Robiah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang ke rumah dari KLIA.
"Mama, bertenang ya ma. Kita gi hospital. Pak Abu, siapkan kereta, kita pergi hospital sekarang." Arahan Ezril terus dituruti. Eryka mengahampiri suaminya. Eryka menundukkan kepalanya lalu berkata.
"Awak, mak saya dah meninggal. Saya nak balik tengok mak. Dah sebulan lebih kita kahwin, saya tak pernah jenguk mak. Mak juga terlibat dalam kemalangan jalan raya. Mak pun telah meninggal dunia." Kata-kata Eryka dipandang dingin.
"Hehh pompuan, aku peduli apa dengan mak kau. Dia mampus ke, dia hidup ke, aku tak pernah suka dia pon." Tersentak Eryka. "Tuan Ezril, kereta dah siap."
Ezril memapah mama nya. "Kau pompuan jangan tampilkan diri depan keluarga aku sampai mak aku dikebumikan. Kalau tak tahu lah nasib kau. Aku tak nak perempuan jalang macam kau ada depan seluruh keluarga aku. Malu aku nanti."
Apa lagi,tengkingan Datin Nadia membuatkan Eryka semakin sakit hati. "Baik." Mereka terus menuju ke hospital. Eryka mengemas baju dan menuju hospital yang menempatkan mak angkatnya.
Sebelum ke hospital yang menempatkan Mak Jah, Eryka menuju ke hospital yang menempatkan jenazah Dato Robiah. Pakaian hoodie di dalam kereta sportnya diambil. Topeng dipakai.
Pejabat doktor ditujuinya. Pintu diketuk. "Masuk." Kata seoarang lelaki di dalam pejabat tersebut. "ES, boleh saya bantu." Kata lelaki tersebut sebaik tahu siapa yang masuk kedalam biliknya.
"Kau ke doktor yang uruskan jenazah yang bernama Dato Robiah." Lelaki itu menganggukan kepala. "Aku nak jumpa jenazah sebelum aku balik. Macam biasa, tolong ahlikan perhatian keluarga dia."
"Saya akan lakukan." Doktor Ridhwan bangun dari kerusinya. "Thank sebab bantu aku lagi Rid." Doktor Ridhwan tersenyum manis. "No hal. Aku pergi dulu." Eryka memerhati Ezril dan Datin Nadia dibawa oleh Doktor Ridhwan ke suatu tempat.
Bilik mayat ditujui Eryka. Kain yang menutupi wajah Dato Robiah dibuka. "Nenek, Eryka akan tuntut keadilan bagi pihak nenek dan mereka yang tak bersalah. Nenek, pergi lah dengan aman, Eryka akan jaga keluarga ni."
Eryka menutup kembali wajah tua tersebut. "Ya Allah kau tempatkan lah nenek ku di tempat orang yang beriman. Amin." Eryka meniggalkan bilik tersebut. Eryka menganggukan kepalanya.
Nurse yang menguruskan turut menganggukan kepala. Nurse tersebut telah menunggu diluar bilik bagi menjaga keadaan. "Thank Lis." Kata Eryka. "Welcome ES. I yakin you kuat. Yakinlah, Ezz, Intan dan Dato Robiah akan ada di sini."
Nurse Lis menyentuh dada Eryka. Eryka tersenyum manis. "I pergi dulu." Nurse Lis anggukan kepala.
"Nek, Ery janji. Ery akan jaga keluarga ni dan takkan tinggalkan keluarga ni. Ery akan cari pembunuh nenek. Ery janji." Eryka berkata sambil menuju ke arah lif.
"Nek, sebenarnya Ery dah jumpa pembunuh Ezzarul dan Intan. Dia dah dapat balasan. Sekarang tibalah orang yang seterusnya. Ery akan cari mereka." Eryka meninggalkan perkarangan hospital. Eryka menuju ke hospital yang menempatkan Mak Jah di kampung halamannya.
Eryka mencapai telefon dan mendail nombor Ali, panggilan dibuat. "Cari jantan tu. Aku nak dia dah ada kat rumah tu." Ali yang mendengar arahan tersebut menurut arahan.
Sesampai sahaja Eryka di hospital yang menempatkan Mak Jah. Orang suruhannya terus membawa ketua mereka ke bilik mayat yang menempatkan jenazah Mak Jah. Ternyata anggota polis masih menunggu keluarga mangsa. "Tuan, boleh saya lihat jenazah mak saya." Polis yang berada disitu terus menyoal ku. "Boleh saya tahu cik siapa ya."
'Aihh aku dah cakap kan aku anak peremuan Mak Jah. Sabar Ery.' Desisnya. "Saya Eryka Sandra, saya anak angkat Puan Azijah. Anak kandung Puan Azijah akan datang tapi lambat. Jadi saya datang nak tuntut jenazah mak saya. Boleh tuan."
"Jumpa doktor yang uruskannya Cik." Eryka mencari dan berjumpa doktor yang dinyatakan oleh pihak polis tersebut. "Ry, kami dah bawak lelaki tu dengan keluarganya. Mereka ada kat rumah." Kata Ali sebaik sahaja panggilan telefon tersebut Eryka sambut. "Baik, kami dalam perjalanan." Kata Eryka.
Sampai di rumah, tangisan seorang lelaki bergema. Tidak sudah-sudah melaung kan perkataan mak. Bacaan yassin dialunkan. "Mak, ampunkan Lan mak. Mak bangunlah. Mak!!" Itu lah dia Azlan anak lelaki Mak Jah meraung melihat jenazah ibunya dibawa kedalam rumah tersebut.
"Sudah lah meratap, kita bacakan yassin dan solat jenazah. Kita kebumikan dia lepas Zohor. Ayuhlah Lan, tak guna meratap yang dah pergi. Mari kita buat apa yang wajib ya." Bahu Azlan ditepuk oleh Imam utama yang akan menguruskan jenazah Mak Jah.
"Azlan, mak dah lama maafkan kau. Kita cepatkan proses pengembumian ya." Kata Eryka sambil menepuk bahu Azlan. Azlan memandang muka Eryka dengan sayunya. Eryka senyum untuk memberi sedikit kekuatan padanya. Eryka sedar senyumnya mesti tidak manis, malah ia sangat hambar. Azlan mengangguk.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
AcciónEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...