BAB 59

6.3K 159 3
                                    

Hari yang dinantikan tiba. Semua mempunyai agenda tersendiri. Eryka memakai dress labuh yang elegen dari atas hingga bawah berwarna biru muda. Pistol kesayangannya diselitkan ditempat yang sepatutnya. 'Aku takkan lepaskan korang semua. ' Desisnya.

"How I look?" Pertanyaan Eryka ditujukan kepada tiga jejaka yang dari tadi ralit main telefonnya. "You look so good baby." Sahut Rasyid. "Yup, you buat I cair lah baby." Lee menambah perisa. "Not bad." Kata-kata James buat Eryka bengang. "Ok good." Sahaja suruh mereka memberi komen.

Bukan diorang tak tahu yang BABY diorang tu akan buat benda gila nanti. Well diorang pun tahu sisi gelap Si BABY diorang tu. "Senjata korang, korang letak mana." Mereka bertiga tersengih dan meletakkan tangan didada mereka. "DI HATI KAMI." Sahut mereka serentak. Eryka buat muka menyampah.

****

"Aku nak korang buat cara macam rompakan. Ingat tu. Oh ya pastikan semua lancar, kalau tak siap korang aku kerjakan. Aku tak nak kita semua gagal. Selebihnya aku selesaikan." Panggilan telefon dimatikan. 'Masa dah tiba. Aku akan pastikan korang semua mampus orang tua tu. Hahahaha.' Bisik hatinya.

"Sayang you dah siap." Ezril menyapa isterinya. Sehingga kini Ezril masih tidak sedar bahawa Suzana adalah pembunuh. Nak tahu kenapa. Ia disebabakan Eryka sekat maklumat tu sampai kat Ezril. Hanya Megat dan Danial je tahu. Sebab tu mereka sentiasa mengawasi pergerakan Ezril secara senyap.

Ezril juga dah lama tidak menyertai mereka menguruskan kumpulan mereka. Katanya dia yakin musuhnya semua dah terhapus. Mana tak nya, musuhnya semua Eryka yang hapuskan. Untung dapat bini camtu. Untung ke. Macam tak je.

****

"Pastikan semua siap sedia. Aku bagi isyarat, korang semua bertindak seperti yang dirancang." Orang suruhan Dragon mengangguk menandakan mereka faham apa yang disampaikan oleh ketua mereka. 'Korang semua akan tahu siapa aku nanti.' Bisik Zafran dalam hatinya.

****

"Abang ok tak. Liyana tengok muka abang macam ada masalah je." Pertanyaan isterinya dipandang sipi. Liyana pelik dengan sikap Adrian. "Abang rasa tak sedap hatilah." Liyana mengusap muka Adrian. "Tak ade pape lah abang. Jangan risau. Dah tolong saya siapakan Aqira dengan Adam." Adrian membantu isterinya.

****

"Asal hati aku rasa tak sedap je ni." Kata Puan Sri Maisara. "Mai ada kata pape ke, abang tak dengar lah." Tan Sri Effendi memandang wajah gelisah isterinya. "Tak ada pape lah bang." Tan Sri Effendi mengangguk kepala sahaja.

"Cantik lah isteri abang ni." Kata Tan Sri Effendi. Puan Sri Maisara hanya menjeling manja pada suaminya. "Ada-ada sahaja abang ni." Tersenyum suaminya mendengar celoteh dirinya.

****

"Abang, saya rasa tak sedap hati lah." Kata Datin Suraya. "Kenapa ni, Su tak sihat ke." Tanya Dato Firdaus Datin Suraya menggelengkan kepalanya. "Saya tak sedap hati je." Katanya.

Dato Firdaus menghampiri isterinya. Tubuh Isterinya dipeluk. "Tak ada pape lah, mainan perasaan je tu." Tutur Dato Firdaus. Datin Suraya melentokkan kepalanya dia atas bahu suaminya.

Kepala isterinya diusap lembut. "Mari kita bertolak sekarang. Nanti lambat pulak sampainya." Kata Dato Firdaus. Datin Suraya anggukan kepalanya. Mereka meninggalkan bilik beradu mereka.

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now