"Bro nak join tak. Kita orang nak pergi reunion pelajar Amsterdem ni." Pertanyaan Megat diangguk Danial. "Boleh aku join ke. Weii aku ni bukan belajar kat Amsterdem. Aku ni belajar kat London." Keluh Megat dengan Danial. "Alah join je lah. Lagipun Mama kau dengan tunang kau kan takde. Lepak lah."
Ezril berfikir. Memang mama dia dengan tunang dia takde. 'Diorang ke Hong Kong 2 minggu. Kalau aku duduk rumah aku kena menghadap muka perempuan tu. Ermmmm.' Fikirnya.
"Aku join lah." Bersorak mereka berdua. 'Aku rasa aku tak sedap hati lak tetiba.' Bisik hati Danial.
****
"Awak nak makan. Saya siapakan." Ezril terkejut apabila ditegur bininya. "Tak, aku nak keluar. Mana Mak Nab?"
'Aihh laki aku ni nyanyok ke.' Bisik hati Eryka. "Mak Nab balik kampungkan. Awak yang izinkan." Ezril tepuk dahi. 'Camne lah aku boleh lupa. Dah lah kau makan jelah aku nak keluar.' Tangan Ezril di capai Eryka. Tersentak Ezril.
"Awak, kawan saya masuk hospital. Saya nak lawat dia jap lagi boleh tak." Ezril blur seketika. "Awak boleh tak." Siap dengan suara goda dia. Takpakan goda laki sendiri. Ezril terkelu. 'Kuatkan lah iman ku.' Ezril angguk. "Thank you awak. Hati-hati bawak kereta." Ezril tersentak dengan perilaku Eryka. Eryka menyalam tangannya dan mencium pipinya.
Eryka terus kebilik dia. 'Oh ho. Mohon suami aku cair. Hahaha. Sorry my hubby, I tertipu you pulak.' Ezril meninggalkan rumah dengan senyuman tak lekang di pipi.
****
"Lambat bro. Ingat tak datang." Tegur Megat. "Jom duduk sana." Danial membawa mereka duduk dimeja yang ada nama mereka. Danial siap bagi tahu kawannya yang menguruskan reunion ni yang dia bawak kawan.
Meja yang memiliki tanda nama mereka diduduki. Danial sebelah Mia, Megat sebelah Juliana dan akhir sekali Ezril sebelah ES a.k.a Eryka. Memang sengaja Danial aturkan. Dia dapat tahu Mia berjaya memujuk Eryka untuk sertai bersama.
Ezril memandang tanda nama sebelah dia ES. 'Sape sebelah aku ni.' Desisnya. "Bro kau ok tak." Danial bertanya. "Sape sebelah aku ni. Pelik nama. ES. Takkan ES si pemilik ES DIAMOND HOLDING tu kut." Meja yang duduki mereka dimuatkan hanya untuk lapan orang .
"Ya, ni nama salah seorang ahli koprat yang ternama. Dia wanita yang digeruni dalam dunia koprat dan wanita termuda menguruskan busnies sejak umur 20 tahun. Kami gelar dia ES. Dalam U kami, takde sorang berani sebut nama dia. Dan mesti korang terkejut nanti. Sebab takde sape pernah lihat wajah dia. Dia akan pakai topeng je." Sahut Diana yang berada di meja mereka duduki.
Cerita Diana membuatkan Ezril terdiam seketika. Tidak sangka wanita ini merupakan wanita yang menjadi bualan orang tidak kira lah ahli koprat mahupun orang biasa. Ia disebabkan ES yang mempunyai watak tersendiri iaitu topeng muka dengan dia tidak dapat dipisahkan.
"Bro serius lah aku duduk sebelah dia." Danial angguk kepala. Megat apa lagi wow je mampu dia ucap. "Aku tak sangka dia pelajar Amsterdem." Danial senyum je.
****
"Sampai pun kau, ES." Juliana menyapa Eryka. Mia tergelak je. Well dia tahu Juliana tengah bengang. Lama kut kena berdiri kat sini. "Jomlah masuk, ke nak jadi mak guard kat sini." Mia mengekek dengan jawapan Eryka.
"Dah lah lambat. Suka hati kata aku mak guard. Eii geramnya aku. Nak je aku sepak muka kau ni." Jawab Julian bengang. "Dah lah membebelnya." Kata Mia pula. Apa-apa jelah makcik. Jawab Eryka.
****
"Hai baby, dah lama sampai ke." Tegur Mia pada Danial. Danial, Megat dan Ezril tersentak melihat siapa yang menegur sahabatnya. "Nak kematu jugalah bontot aku duduk sini." Tu dia mulut puaka Danial. Tiada ayat romatik dari mulut dia bila bersama Mia.
'Asal aku kena duduk sebelah Megat ni.' Bisik hati Juliana. 'Wow cantik jugak minah ni.' Megat memerhati Juliana. Ezril masih memerhatikan wanita bertopeng dihadapanya.
"Gentleman kenalkan ni awek aku, tu Juliana dan yang pakai topeng tu..." Eryka memandang muka Danial. Danial terdiam. "ES kan." Ezril menegur. Eryka angguk kepalanya, malas nak bersuara. Tiada senyuman yang dipamerkannya. Eryka memakai topeng yang dikhaskan untuk identitinya. Topeng yang hanya mempamerkan mulut dan hidungnya sahaja.
Diana menghulurkan tangan bagi bersalaman. Eryka menyambut tangan Diana dan pasangan . Megat, Danial dan Ezril turut disalam. Mereka duduk di tempat masing-masing. Majlis dimulakan.
****
"I tak sangka, dapat bersua muka dengan ES face to face." Eryka yang menyuapkan makan kemulut terus berhenti. "I pun tak sangka jumpa you." Jawab Eryka. Danial memerhati Ezril yang sedang berbual dengan Eryka. 'Ril kalau kau tahu lah tu bini kau, lagi kau tak sangka wei.' Bisik hati Danial.
"Hadirin yang di hormati, apa kata kita meriahkan majlis kita dengan sedikit persembahan. Nak tak. Semua hadirin bersorak. Kita nak jemput sape ya untuk buat persembahan." Ahli dalam dewan menyeru satu nama kumpulan tarian.
"BABYGIRL!!!!" Ya kumpulan tarian minah gedik. Lagu Lagi Syantik di mainkan. Apa lagi para jejaka bersorak lah. "Hidup lagi minah-minah ni." Pertanyaan Eryka menyentak semua orang di meja makan tersebut. Nasib Diana dan pasangan dia sudah meninggalkan meja tersebut.
"Well, masih hidup tu lah diorang boleh menari kat situ." Sahut Mia membuatkan Juliana dan Eryka tersenyum sinis. "Beb kau nak buat persembahan tak." Pertanyaan Juliana membuat Eryka tersenyum. "Memang tak lah, malas aku." Mereka bertiga tergelak bersama.
Teringat lagi apa yang telah dilakukan oleh Eryka masa belajar dulu. Kumpulan Babygirl akan sentiasa dikalahkan Eryka setiap kali Eryka memasuki pertandingan menari. Sehingga suatu hari mereka cuba mencederakan Eryka, tapi malangnya mereka yang terkena balik. Eryka melakar senyuman sinisnya bila mengingatkan kembali kisah lampaunya.
Tepukan gemuruh diberikan. "Wow, lama kita tak lihat Babygirl buat persembahan tarian mereka. So Girls, You ade pape nak cakap sebelum duduk." Mikrofon terus sambut oleh salah seorang ahli Babygirls. "I nak cabar ES dan rakan dia buat persembahan. I tahu ES, Mia dan Intan ada disini. I nak buat perhitungan dengan korang."
Dewan menjadi sunyi. Para tetamu terdiam seketika. Ibarat seperti ada pembunuh yang sedang menghalakan sejata pada mereka. Eryka tersenyum sinis. Wajah si pemanggil diperhati dengan penuh benci.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
БоевикEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...