Pukul 10 pagi. Terpacak sudah jejaka bernama Danial di depan pejabat Eryka. Tergelak Eryka melihat sahabatnya Juliana mengelabah dari tadi. "Beb nak suruh dia masuk ke." Juliana mundar mandir dalam pejabat Eryka sebaik sahaja Danial sampai depan meja dia tadi.
Eryka gelak. "Beb, aku tak suruh kau gelak. Tapi jawab soalan aku." Eryka berhenti ketawa. "Bawak dia masuk. Nanti Mia sampai kau ikut cakap dia." Juliana anggukkan kepala je. Tengah blur katakan. "Ok , tapi apa yang korang rancang ni."
Eryka angkat kening. Juliana geleng. 'Habis lah mamat tu nanti.'
"Danial masuklah. Sory malas nak formal. Plus hati-hati ya." Danial dah seram sejuk. Danial masuk pejabat Eryka. Duduk. Eryka bersuara dengan wajah bengis ditayangkannya. Danial duduk. Senyap sunyi.
Tok Tok Tok
"Beb diorang dah sampai." Eryka angkat muka apabila tetamu yang ditunggunya tiba. Bawa diorang masuk. Dua orang lelaki yang sedang memegang seorang perempuan membuat Danial menahan marah.
"Apa kau buat kat awek aku hah! Kau kata tak kan sentuh dia." Eryka tersenyum. "Aku cuma cakap aku takkan sentuh awek kau. Tapi aku tak cakapkan orang aku tak boleh sentuh dia." Danial mengempal penumbuk.
Aihh nasib pintu bilik tutup boleh lah nak berdrama jap. "Aw.. awak tolong saya." Danial memandang muka Eryka. "Lepaskan dia. Aku akan ikut cakap kau." Eryka mengangguk. "Betul ni." Danial mengangguk. Eryka mencapai pistol dalam laci meja dia.
"Apa kau nak buat dengan pistol tu. Jangan bunuh dia. Aku merayu." Danial terus berdiri di hadapan Mia. Mata Eryka bertukar warna merah. "Evil Red Eyes. Jadi kau lah orangnya. Aku merayu tolong lepaskan awek aku. Aku akan ikut cakap kau." Eryka tersenyum sinis. Matanya kembali berwarna perang.
"Aw..awak kalau saya tak ada nanti. Awak jaga diri ya." Juliana yang mendengar kata dari mulut gadis tersebut sedaya upaya menahan tawanya. Dua lelaki tadi turut menahan tawa mereka. "Mia, aku janji aku selamatkan kau. Aku cintakan kau. Aku janji kau akan selamat." Bergema bilik dengan tawa Eryka. Danial pelik melihat Eryka tertawa.
"CUT. Suka kau kenakan orang ya hari ni." Juliana bersuara. Tepukan diberikan oleh orang suruhan Eryka. Mia dilepaskan oleh dua orang lelaki tersebut. "Apa semua ni. Apa yang berlaku?" Mia menghampiri Danial yang sedang melutut. "Saya cintakan awak Danial." Mia meluahkan isi hatinya lalu memeluk Danial. "Erhmm." Mia melepaskan pelukannya.
"Belum sah oii" Sahut Juliana. Membahang muka diorang. "Korang berdua boleh keluar. Nanti aku bagi bonus." Eryka mengeluarkan arahannya. "Ok bos. Thank you." Eryka angguk je.
"Jom duduk kat sofa. Tak kan nak duduk kat lantai. Belum nak runtuh bangunan syarikat aku ni lagi." Semua memandang Eryka. Mereka semua duduk di sofa. "Mia ni kawan aku dengan Juliana. Merangkap doktor peribadi aku. So ada pertanyaan." Danial tercengang. Mia tunjuk dua jari tanda peace.
"So, aku kena bercerita lah sekarang ni kan." Pertanyaan Eryka mendapat anggukan mereka bertiga. Eryka mengeluh. "Ok."
![](https://img.wattpad.com/cover/217779530-288-k551778.jpg)
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
حركة (أكشن)Eryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...