BAB 26

6.2K 195 3
                                    

Danial dan Mia balik bersama. "Tak sangka kau nak kenakan aku kan." Mia tersenyum. "Ery yang suruh saya berlakon. Nak buat camne." Meletus tawa mereka dalam kereta. "Tak sangka hidup Eryka jadi camtu." Mia angguk. "Tu lah manusia. Nak kan sesuatu sanggup fitnah orang." Akhirnya mereka mendiamkan diri.

****

"Kau nak tahu sape aku kan. Aku lah ES yang dijadikan buah mulut dalam dunia koprat ni. Aku juga ERE a.k.a Evil Reds Eyes, yang korang kenal dalam dunia mafia." Danial tersentak. "Jadi betul lah kau memang penuh dengan misteri." Sampuk Danial. Eryka mengangguk.

"Aku tahu kau cuba godam untuk mencari maklumat aku. Hanya kau je yang hampir berjaya mengetahui maklumat aku. Tapi korang gagal. So aku bagi tahu kau, tapi kau kena rahsiakan. Ni demi keselamatan kita semua. Termasuk suami aku dan mak mentua aku." Danial mengangguk.

Eryka menceritakan dari awal hingga akhir. "Jadi kau dah lama dalam dunia mafia." Eryka mengangguk. "Almost 10 year. Selepas keluarga susuan aku terlibat dalam kemalangan jalan raya masa aku umur 15 tahun." Danial mengangguk tanda faham. "Aku tak sangka kau boleh jadi billionier pada usia 22 tahun. Sangat muda kut." Eryka tersenyum.

"Mulanya aku uruskan syarikat kawan aku, lepas tu aku jadi share partner dia. Lepas dia mati terbunuh. Aku terus amik alih kuasa. Sebab saham aku paling besar. Then aku majukan. Dua syarikat aku telah satukan menjadi satu nama. ES DIAMOND HOLDING. ES for me and Diamond for she. Why? Sebab dia suka benda berkilau." Mia tersenyum memandang Danial.

"So, kau dah tahu siapa aku. Jadi tutup mulut kau." Danial mengangguk. "Satu lagi. Sebab hari ni aku baik, dan kau dah lihat rupa aku yang sebenarnya. So apa permintaan kau. Aku akan tunaikan satu permintaan." Danial tersenyum penuh makna.

****

Kenangan di pejabat Eryka sebentar tadi lenyap sebaik sahaja ditegur oleh Mia. "Awak, betul ke Ezril nak kahwin dengan minah gedik tu." Danial mengangkat bahunya. "Entah lah. Aku pon tak tahu."

Mia mendiamkan diri. "Asal kau tanya." Mia memandang muka Danial. "Saya kesiankan Ery. Saya takut akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku kalau ada orang sakitkan hati Ery. Ery tu lain daripada lain. Kalau hati dia bertambah sakit, dia akan buat sesuatu di luar kawalan dia.

At the same time, saya kesiankan dia. Sudah lama dia tak merasai kasih sayang sebuah keluarga sejak kematian adik-adik angkatnya."

Ezril tersentak mendengar penjelasan Mia. "Aku rasa dia tak akan buat camtu. Aku yakin dia tabah orangnya." Mia mengagguk kepala. 'Mungkin betul cakap Danial. Aku ni banyak pikir lah.'

****

"Bro kau gi mana, malam baru nampak kau." Danial memandang muka sahabatnya. "Aku gi dating dengan Mia. Asal, ada pape ke berlaku." Megat geleng kepala.

"Oooooo. Gi dating tak ajak." Megat mempamerkan muka sedihnya. Danial membaling kusyen kecik ke muka Megat.

"Sakit lah bodoh." Danial gelak. "Kusyen je pun." Mengekek Danial. Pintu rumah ditutup dengan kasar. Megat dan Danial memandang perilaku kawannya yang tengah menahan amarah dia.

"Kau pahal babi. Tutup pintu macam nak runtuh rumah ni." Ezril menjeling Megat dan Danial dengan jelingan maut.

"Terdiam mereka berdua. Hah Danial. Kau dapat tak orang yang aku suruh cari tu." Megat memandang Danial dengan tanda tanya. Bukan dia tak faham maksud Ezril. Ezril mahukan orang yang cuba merogol bini dia tu.

"Kalau aku cakap, kau jangan nak marah lak." Sahut Danial dalam keadaan yang penuh hati-hati. Takut tersalah cakap, dia yang kena. "Apa dia, cakap jelah." Danial menghembus nafas.

"Semalam orang yang kau suruh aku cari tu. Mereka semua dah mati dibunuh. Apa yang aku dapat tahu, mereka dibunuh oleh kongsi gelap sebab tak mampu bayar hutang. Camtu lah kisahnya." Ezril dan Megat mendiamkan diri sebaik mendengar penjelasan Danial.

"Awal sangat diorang mati. Aku baru nak main dengan diorang." Tu sahaja yang mampu diluahakan Ezril dari mulutnya. "Ril kalau kau tahu lah, bini kau yang bunuh mereka. Aku dapat tahu, diorang cuba nak bunuh kau, tapi diorang nak bunuh bini kau lu. Tapi diorang tak tahu pun bini kau sebenarnya mafia yang kejam." Keluh Danial. Dia terpaksa menipu.

Ya dia tahu siapa yang lakukan. Eryka sendiri sudah menerangakn insiden yang berlaku semalam. Danial hanya mampu mendiamkan dirinya.

"Oii, kau pahal mengeluh hah. Ada masalah ke." Tegur Megat. Ezril memandang muka Danial. "Kau kenapa?" Danial memandang mereka berdua. "Wei aku nak tanya lah. Andai kata orang yang sayang kita,then kita khinati dia. Apa yang dia akan buat kat kita." Terkejut mereka mendengar persoalan Danial.

"Kau ade buat masalah ke." Tanya Megat. Danial geleng. "Habis tu. Asal kau tanya." Persoalan Ezril mendiamkan Danial. "Ok aku cerita. Tapi jangan korang bocorkan." Mereka mengangguk kepala.

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now