Eryka membuka matanya. Dia melihat kiri dan kanan. "Aku kat hospital lah." Eryka tersenyum sinis. "Sayang, mummy tahu kamu dah takde. Takpe sayang mummy akan tuntut keadilan untuk kamu." Eryka mengusap perutnya. Juliana dan Mia yang baru tersedar memandang perilaku Eryka. Eryka seperti seorang wanita psiko.
'Nampaknya sisi gelap Eryka akan muncul.' Bisik hati Juliana. "Mesti Eryka dah tahu yang bayinya tiada." Kata Mia perlahan. Juliana memandang Mia. Begitu juga Mia. Mereka menghampiri Eryka.
Mereka terkejut melihat mata Eryka. Matanya yang merah menyala. "Ery, aku mintak maaf. Aku tak dapat buat apa-apa." Eryka memeluk Mia dan Juliana. Mereka berdua menangis di bahu Eryka.
"Syhhhh, jangan nangis lagi. Aku ok. Aku cuma perlu rehat." Pelukkan dilepaskan. 'Eryka aku dapat rasa kau mesti akan buat sesuatu kan.' Desis Mia. Wajah Eryka ditatap dengan penuh makna. Eryka senyum pada mereka berdua.
"Mia, Juliana." Mereka berdua memandang muka Eryka. "Aku nak berpantang cara kampung. So aku akan tinggal dirumah kau Mia buat sementara waktu. Aku tahu Mak Tom boleh jaga aku. Dia kan bab ni pandai. Dia juga pandai mengurut kan."
Mia mengangguk. "Haah, aku ok je. Juliana kau tinggal dengan aku sekali." Juliana mengangguk. "Ju, kereta aku kat mana sekarang." Juliana memandang muka Eryka. 'Kereta yang dia fikir. Myvi je pun. Lain lah kereta Ferari yang dia bawak ke. Aku tak kisah lah. Sebab aku tahu dia sayang sangat Ferari tu.' Desis Juliana.
"Ada kat parking bawah. Aihh kereta yang kau pikir." Kata Juliana. Eryka gelak je. Telefon di tepi katilnya dicapai. Panggilan dibuat. "Ali, amik kereta aku kat hospital. Aku hantar location. Sekarang, kereta aku banyak darah. Bersihkan ya." Ali mengiyakan kata bos dia.
Ucapan takziah diberi kepada Eryka. Dia tahu Eryka keguguran. Tu pun Juliana yang beri tahu. Ali dah terasa seram sejuk dengan aura Eryka yang sekarang. "Aih, aku dengar suara dia macam dah lain macam. Makin seram lak aku rasa."
****
Sudah seminggu lebih dia berada di rumah Mia. Memang berpantang betul dia. Mak Tom memang pantangkan Eryka kaw-kaw. Mak Tom dah anggap Eryka macam anak dia. Kalau tak disebabkan Eryka yang selamatkan dia dari dibunuh Ah Long disebabkan hutang suaminya. Mesti dia dah tak ada di muka Bumi Allah ini.
"Ery, jalan tu hati-hati. Memang lah berpantang orang keguguran ni tak macam orang bersalin. Tapi kena berpantang juga Ery oii" Eryka gelak je. "Baik Mak Tom." Mia dan Juliana yang mendengar gelak sahaja.
"Hai Danial. Tak pergi majlis member you ke." Danial tersentak mendengar Eryka menyoal dia seperti itu. Ya, hari ini majlis nikah Ezril dan Suzana. "Malas. Aku takde masa nak kesana. Lagipun aku cakap dengan dia aku buzy. Sedangkan aku berkampung kat rumah ni." Tergelak Danial dan tiga wanita tersebut.
Sebaik sahaja Eryka pulang ke rumah Mia. Danial sudah menunggu dia di rumah Mia. "Well, dia nikah dengan orang yang bunuh keluarga dia sendiri." Eryka terus tergelak besar. "Apa maksud kau." Danial, Mia dan Juliana terkejut lantas bertanya.
Ya Danial dan Mia masih tidak tahu siapa Suzana sebenarnya. Misi yang dilakukan oleh mereka semasa memerhati Suzana adalah hanya memerhati dan mengambil gambar Suzana yang leka berpeluk dengan lelaki lain dalam kelab malam tersebut.
Eryka hanya gelak dan gelak. Sisi gelap Eryka dah muncul. Mia dah pucat lesi tengok muka Eryka. Juliana dah diam seribu bahasa. Danial tidak dapat bersuara, dia dapat rasa aura kegelapan dikeliling Eryka.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
ActionEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...