Aku bergegas membawa diri menuju ke destinasi. Dah menjadi kelaziman sebelum aku mula bekerja, aku perlu bersedia. Aku tinggalkan Charon dan Raymond di belakang, sebaik sahaja Puan Regina selesai menyampaikan kisahnya.
Dan sebaik sahaja aku keluar, aku disambut dengan pemandangan sama yang aku lalui hari-hari. Betullah seperti kata Raymond, tak ada benda yang baik pun boleh dilihat di Bandar Kersani.
Bandarnya besar, dengan bangunan tinggi sehingga mencecah langit. Dihiasi dengan lampu neon berbagai warna, berserta hologram besar yang memenuhi serata pemandangan.
Pun begitu, walaupun dengan lampu dan hologram berwarna-warni, Kersani masih lagi nampak suram pada pandangan.
Setiap sudut memaparkan kekotoran,kehinaan yang terhasil dari kesempitan hidup. Di setiap sudut yang sempit ada sahaja kepapaan yang menanti. Kalau tak ada yang papa pun, yang terdesak masih ada.
Menunggu saat dan peluang yang sesuai untuk merebut cebisan kekayaan yang sekadar angan-angan. Biar apa pun yang perlu mereka lakukan. Apalah nilai kemanusiaan jika nak dibandingkan dengan kepapaan yang mencengkam.
Aku melajukan langkah aku, menelusuri lorong gelap di bawah lapisan berbumbung. Setiap langkah yang aku ambil hanya mengundang tolehan, tapi tu jelah yang mereka mampu, menoleh dan menjeling.
Semua orang di sini kenal siapa aku. Azrahel si Penjejak Kubur. Tak ada siapa yang berani cuba untuk melakukan apa-apa pada aku. Lebih-lebih lagi bila melihat pistol yang sentiasa ada di sisi.
Kat tempat macam ni, hormat sangat sinonim dengan takut.
Walaupun di bawah laluan berbumbung, aku tetap merasa bahang yang amat panas. Masakan tidak, suhu hari ni dah pun mencecah 49 darjah. Lantas aku menghidupkan sistem penyejuk pada bajuku. Sedikit sebanyak kemewahan yang aku ada sepanjang menjadi Penjejak Kubur.
Dan tanpa dipinta, Q-bit aku memancarkan hologram di depan.
" Hei, Azrahel, lama tak nampak kau," tutur suara dari hologram itu. Yang memaparkan seorang lelaki dengan sut dan jaket hitam. Wajah putihnya kelihatan bersih dalam hologram, dengan rambut hitam yang diikat kemas.
" Vincent, aku nak jalanlah, tak nampak," tuturku memprotes.
" Kau macam tak biasa pulak lalu sini," balas Vincent kembali.
" Kau nak apa?"soalku kembali, sambil meneruskan perjalanan. Hologram itu hanya mengikutku dari belakang.
" Aku dengar kau ada dapat kerja baru?"
" Kau curi dengar Q-bit aku ke?"
" Azrahel, kau ni macam baru hidup pulak," balas Vincent. Kelihatan jelas senyuman di wajahnya walaupun aku melihat di sebalik hologram.
Aku menggelengkan kepala. "Dasar kapitalis," monologku sendirian dalam hati.
" Jadi, kau nak apa? Aku ada senjata baru, nihah kau tengok ni, RENTAKA PT-130," tutur Vincent sambil memaparkan hologram sepucuk pistol dengan ukiran kayu pada badannya.
Ada dua mod tembakan, peluru biasa, dan peluru penjejak. Memang sesuai bila nak berhadapan dron angkasa. Macam mana? 1 juta kredit je...." tutur Vincent, bersemangat. Gigih dia memujukku untuk membeli barangnya.
" Sorry bro, kalau aku nak apa-apa aku memang aku cari Razak je," aku membalas, sambil menepis hologram pistol itu ke tepi.
" Ala barang Razak tak baguslah. Lainlah macam aku ni, jual barang PERMATA, " Barang kami seperti nama kami, berharga," tutur Vincent, sambil mendepangkan tangan menyampaikan cogan kata syarikatnya.
YOU ARE READING
Penjejak Kubur
Science FictionTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...