Malam itu aku,Juliana dan semua ahli skuad Jentayu duduk mengelilingi unggun api. Ya,ianya unggun api yang betul. Yang memang dibakar di atas ranting-ranting kayu dan daun kering.
Bukannya hologram yang sering menggantikan unggun api sebenar,kerana peraturan Kersani yang tidak membenarkan sebarang pembakaran terbuka.
Tapi tak bermakna api itu dibiarkan terbakar tanpa lindungan. Ada dron di atas,yang memancarkan laser pantulan,memastikan sebarang cahaya dari dalam tidak dapat dilihat orang di luar kem.
" Azrahel. Pelik jugak nama kau eh?" tutur Zailee,bersuara,sebaik sahaja aku dan Juliana duduk selepas memperkenalkan diri.
" Woi!!" jerit skuad Jentayu serentak. Mereka masing-masing sedang duduk di depan unggun api. Di atas kerusi,dalam satu bulatan. Semuanya ada di sini,termasuklah Helmi, kapten Jentayu.
" Maafkan si Zailee ni. Mulut dia memang macam tu sikit. Katanya sebab dia ni keturunan Hang Jebat," bicara Syahir.
" Eh,tak apa. Nama tu aku yang pilih sendiri. Sebab ambik inspirasi dari cerita nenek aku," balasku.
" Cerita apa?" soal Matt dan Brody
" Cerita tentang malaikat Izrail," balasku,pendek.
Entah kenapa Juliana pula yang tersenyum mendengar jawapan balasku.
" Aku ingat cerita tu," tutur Juliana.
" Eh,eh. Dia tersenyum pulak. Ada apa-apa ke cerita tu?" soal Razor,mengusik. Disambut gelak ketawa yang lain.
" Ni je ke semua ahli skuad Jentayu?" soal Juliana.
" Tak,ada lebih kurang 10 orang lagi. Tapi mereka semua dah lama menyusup masuk," balas Helmi.
" Dulu masa aku berkhidmat memang selalu dengar cerita pasal skuad Jentayu ni. Gempak-gempak kisahnya. Masa tu memang kami semua tabiklah Jentayu ni," tuturku.
" Tu dulu. Masa zaman-zaman keemasan dulu. Dulu kami ni ramai. Lebih dari 50 orang. Tapi makin lama,pegawai atasan makin lupa,tinggal jelah 20 orang yang ada sekarang ni," jelas Fuad.
" Mana pergi yang lain?" soalku,walaupun tahu soalan itu bodoh.
" Dah mati. Termasuklah aku," balas Brody.
" Huh?" soalku,baru perasan ada sesuatu yang...pelik sedang berlaku.
" Kau lupa ke? Aku dah mati kan?" sambung Brody lagi.
" Aku... Aku....,"
" Sebab kaulah kan aku mati," balas Brody,tersembur darah dari mulutnya. Dia kini berdiri memandangku diikuti oleh ahli skuad Jentayu yang lain.
Aku menggelengkan kepala, " Bukan...bukan...aku tak sengaja,' tuturku,bercelaru.
" Sengaja atau tak,aku dah pun mati," balas Brody,memandangku dengan mata yang sudahpun bertukar merah. Kulitnya mula perlahan-lahan mengelupas,dan jatuh mencecah tanah dalam setiap langkah yang diambil.Mendedahkan otot dan tulang di sebalik wajah Brody yang mereput.
" Dan semuanya salah kau," tambah Brody lagi, membuatkan aku menjerit.
***
Jeritan membawaku keluar dari alam mimpi. Menyedarkan aku dari tidur yang jelas tidak selesa. Habis lencun seluruh badanku kerana berpeluh.
Bila sahaja aku membuka mata aku melihat Matt berdiri di depanku. Wajahnya bengis memandangku.
Aku yang tadi mendongak kini menundukkan wajah.
" Kau mimpi apa?" soalnya
" Mana ada aku mimpi," balasku,menipu.
" Kau tak payah nak menipulah. Aku dengar kau menjerit-jerit macam orang gila tadi. Nasib baik tak ada orang dengar kau tahu tak?" balas Matt kembali.

ANDA SEDANG MEMBACA
Penjejak Kubur
Ciencia FicciónTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...