Terpampang di depan mereka imej sesuatu yang kelihatan seperti pistol, tapi ada jarum panjang di hujungnya.
" Apa benda ni?" soalku
" Nampak macam picagari, tapi yang boleh ditembak dari jauh," balas Raqib dari luar.
" Picagari macam pistol?" soalku kembali
" Ya, betul. Ramai kaki-kaki dadah guna benda ni. Untuk suka-suka. Sebab masing-masing takut jarum, tapi nak jugak hisap dadah, jadi dia gunalah benda macam pistol ni, untuk tembak dari jauh," jelas Raqib
Aku menggelengkan kepala. "Peliklah mat pit zaman sekarang ni," monologku dalam hati.
" Tapi yang ni lain macam bentuknya," komen Noor pula.
" Lain? Apa yang lainnya?" soalku
" Tengok pada penembak dia,ada beberapa bahan kimia yang diapit kat pistol tu. Siap ada pemanas lagi," jelas Noor
" Maksud kau?"
" Maksud aku,pistol yang dia pakai ni direka khas untuk specialized chemical. Custom-made. Masa dia nak tembak baru dia adunkan semua bahan kimia tu. Barangkali untuk hasilkan dadah ataupun racun yang spesifik" jelas Noor.
" Apa yang kau cuba sampaikan?" soalku kembali.
" Yang benda ni bukan sebarangan picaragi. Satu dalam seribu. Yang memang direka khas untuk satu jenis dadah ni sahaja," jelas Noor lagi
" Jadi kalau kita cari picaragi macam ni,kita akan tahulah dadah jenis apa yang dia pakai?" soalku
" Ya betul," balas Juliana mengangguk.
" Jadi Noor,tunjukkanlah kehebatan kau," pintaku.
" Dah mula dah pun. Tapi bagilah aku sedikit masa eh. Bukan senang nak carik picagari macam ni," balas Noor.
" Tak ada masalah. Sementara tu,aku keluar dulu dari lobi program ni. Tok! Mintak tolong," pintaku.
Serentak dengan itu ruang pejabat yang putih itu ditelan ruang yang gelap,membawa aku keluar kembali ke dunia nyata. Aku membuka mata,melihat Raqib kini berdiri di sebelahku.
" Kau dengar tak semuanya tadi?" soalku,mengurut kepala. Rupanya berlayar dalam memori orang lain boleh membuatkan kita sakit kepala.
" Dengar,sekarang tunggu Noor jelah kan?" balas Raqib,sambil memangkuku bangun.
Aku sekadar mengangguk. Masih lagi terhoyong-hayang langkahku.
" Nah,minum air ni," tutur Tok Rintis,sambil menghulurkan segelas air masak padaku.
Aku meneguk air tu dengan pantas,sambil duduk kembali menghadap Tok Rintis dan Raqib.
" Boleh aku tahu tak,benda ni semua pasal apa?" soal Tok Rintis.
" Azrahel jumpa mayat hidup balik," balas Raqib.
" Mayat mana boleh..."
" Ye tahu,tapi itulah yang berlaku. Macam roh dia,kesedaran dia dah bertukar ke bentuk digital. Bentuk kod. Jadi ia bebas melompat dalam ruang Mayaloka. Dan berpindah dari satu tubuh ke tubuh yang lain. Selagi tubuh tu ada implan lah," jelasku.
" Tubuh bernyawa atau tubuh yang kosong?" soal Tok Rintis
" Tubuh yang dah mati," balasku.
" Maya-Atma,"balas Tok Rintis
" Huh?" Aku dengan Raqib kedua-duanya tercengang. Kemudian Raqib menambah " Apa tu?"
" Maya-Atma. Konsep yang pernah diusulkan Professor Eilham. Katanya kita ada cara untuk memindahkan roh seseorang itu secara digital ke dalam tubuh yang baru. Jadi secara teorinya,kalau mereka mampu buat benda ni, manusia boleh hidup selama-lamanya," jelas Tok Rintis
" Bukan kita pernah ada ke orang kaya yang transferkan fail-fail memori dia ke dalam robot?" soal Raqib.
" Tu lain. Yang tu robot. Dan yang dipindahkan tu hanya memori sahaja. Memori yang membentuk identiti orang tu. Tapi yang mengawal robot tu masih lagi komputer,bukannya roh orang itu"
" Tapi yang ni,dia pindahkan roh orang tu. Dalam tubuh yang baru," jelas Tok Rintis lagi.
" Macam susah nak buat je," soal Raqib kembali.
" Ya betul. Bayangkan nak menukar roh orang dalam bentuk digital. Bukan setakat memorinya sahaja. Perasaan dia,emosi dia,kebijaksanaan dia. Kemudian lepas tu nak diletakkan kembali dalam tubuh yang lain. Macam main sihir pulak bunyinya. Tak logik," balas Tok Rintis.
" Tapi nampaknya itulah yang berlaku kan? Nampaknya visi Professor Eilham dah jadi realiti," balasku.
" Tapi bagaimana?" soal Tok Rintis kembali.
" Ini yang kita cuba nak selesaikan. Macam mana dia boleh hidup balik? Macam mana roh dia boleh jadi digital. Mungkin dadah tu puncanya," balasku
Hologram Noor terpancar di tengah-tengah kami. Kali ini dia tidak lagi memakai baju pejabat,sebaliknya baju t-shirt berseluar jeans.
" Ok,aku dah jumpa. Picagari ni direka khas untuk beberapa jenis dadah. Rimbasukma,Meth-Max, dan juga ada satu jenis dadah yang dipanggil sebagai Type-A," jelas Noor.
" Ok,agaknya kat mana boleh dapat benda ni?" soalku
" Kalau ikut pada maklumat yang aku,benda ni dijual kat pasar gelap je. Dan kalau picagari jenis ni memang orang-orang King Shanggar je yang bekalkan," balas Noor lagi.
" Dan sekarang wilayah King Shanggar dah jadi wilayah polis," balasku sambil menggelengkan kepala.
" Jadi tempatnya dah tak ada ke?" soal Raqib pula.
" Bukan dah tak ada. Polis dah ambik alih," balas Tok Rintis.
" Owh,jadi polis dah ambil alih Yellow Dragon?" soalku
" Yellow Dragon dah tak ada lagi dah. Sekarang tinggal polis,Bayang Hitam,44 Hikmat dan juga Flash Devil. Semua wilayah milik Yellow Dragon sekarang dah jadi polis punya" balas Tok Rintis lagi.
" Tapi kalau polis dah ambil alih kita dah selamat masuk kan? Kalau pasar gelap tu masih ada lagi lah," soal Raqib lagi.
" Pasar gelap tu masih ada. Cuma aku nasihatkan kau janganlah masuk macam tu je," balas Tok Rintis
" Kenapa?" soal aku dan Raqib serentak
" Tahu tak kongsi gelap mana yang buat kerjasama dengan polis?" soal Tok Rintis
Raqib menggeleng. Aku pula macam boleh agak jasapannya. Tapi aku biarkan Tok Rintis meneruskan bicaranya.
" Flash Devil. Dan Azrahel,Flash Devil masih lagi cari kau. Sebab Vince Chin masih percaya kau yang bunuh bapak dia," jelas Tok Rintis.
Entah kenapa aku boleh tersengih. Barangkali melihat Vince Chin begitu obses membuatkan aku sedikit gembira. Tapi hakikatnya halangan masih lagi ada.
Aku ada idea. Tapi aku tak tahu Raqib akan terima ke tak,sebab ideaku ini sedikit gila.
" Apa kita kita tolong mereka bergabung nak?" tuturku
" Ha? Kau nak tolong siapa bergabung?" soal Raqib kembali.
" Tok Keramat dengan Megat. Apa kata kita gabungkan mereka dan mintak mereka serang wilayah polis," soalku
" Hah? Kau gila ke? Kenapa kau rasa diorang nak ikut cakap kau?" soal Raqib kembali
" Aku tak tahu. Aku lontarkan idea je. Aku cuma rasa itu je jalan yang terbaik," balasku.
Tok Rintis tersenyum mendengar jawapanku.
"Kalau kau nak,aku boleh beritahu kau rahsia Tok Keramat," tutur Tok Rintis,sambil menghampiri aku dan Raqib.
" Apa dia?"
YOU ARE READING
Penjejak Kubur
Science FictionTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...