" ANDA SEMUA DAH BERSEDIA??!!!!!!"
Pengumuman itu membuatkan seluruh arena bergema. Lampu-lampu neon berwarna ungu berkelip-kelip mengikut sorakan yang turun naik dari penonton.
Kalau tanya aku,aku belum bersedia. Tapi lawanku Raksa nampaknya sudah tidak sabar. Dia dulu yang memulakan langkah,melompat dengan implan apungan di kakinya. Merapatkan jurang,dan jatuh betul-betul di depanku.
Bergegar tanah yang ku pijak.
" Kau nak yang mana? Tangan kanan ke kiri?" Soal Raksa,sambil mengeluarkan bilah pepatungnya.
" Sini bukan tempat nak borak bro," tuturku,lalu terus menghayun batang paip di tangan.
Raksa menahan dengan tangan kirinya. Perisai tenaga terbentuk,membuatkan hayunanku lansung tak memberi kesan.
Aku dah boleh mengagak yang bilah pepatungnya akan menyerang,jadi dengan lebih pantas aku berlari,ke belakang Raksa.
Aku hayun batang paip itu ke kepalanya.
" Swoooop." Kena.
Raksa menoleh memandangku,tapi aku sudahpun tiada di sisi. Aku beralih ke belakangnya,dan kali ini mensasarkan belakang lututnya.
Aku menghayun pada bahagian yang masih lagi daging manusia.
" Arghhhh!!!" Jerit Raksa. Nampaknya berkesan. Terhenti sekejap langkah Raksa.
"WAHHHHH!!!!! AZRAHEL,SI PENGGALI KUBUR bergerak dengan cukup cekap dan pantas. Bagaikan harimau kumbang . Langkahnya tepat menyerang sendi Raksa. Barangkali refleks yang pantas ini datang dari implan di matanya?!!!!!"
" Mana ada," tuturku,tiada siapa yang mendengar. Tapi aku tak kisah,mataku masih lagi tertumpu pada Raksa di depan.
" IMPLAN AZRAHEL DI TAJA SEPENUHNYA OLEH ENCIK VINCE CHIN. IA MERUPAKAN IMPLAN OPTIKAL RATNA-53S. DIKELUARKAN OLEH SATEM CO!!!!!"
Aku melihat Raksa sudah mula mengatur langkah. Tapi kali ini,aku dah bersedia. Dengan senyuman yang terukir,aku berlari-lari anak,cuba merapatkan jurang.
Tapi belum beberapa langkah ke depan,mataku tiba-tiba diserang sakit yang amat sangat. Seperti ada jarum yang amat besar kini sedang perlahan menembusi kornea.
Aku menutup mata,menahan sakit. Hampir aku tak menyedari bilah pepatung yang kini sudah pun seinci dari kepalaku.
Mujurlah aku sempat mengelak,tapi bilah pepatung itu masih lagi sempat mencarik kulit belakangku.
Kesakitan yang datang,membuatkan aku hampir sahaja tersungkur ke depan,tapi mujurlah kaki ku masih mampu bertahan.
"OWHHH nampaknya penggunaan implan yang berterusan mendatangkan kesan buruk!!! Saraf Azrahel dah OVERLOADDD!!!!"
" Aku tak pakai pun implan bodoh kau ni," getus hati kecilku. Aku mengetap bibir, menahan rasa perit di belakang badanku. Sambil cuba bangun untuk berhadapan kembali dengan Raksa.
Tapi, belum sempat aku berbuat apa-apa, Raksa sudah terlebih dahulu menumbukku. Aku hanya mampu bertahan dengan batang paip besi. Tapi gelombang kejutan yang terhasil dari tumbukan itu terlalu kuat sehingga aku tercampak ke belakang.
Patah paip besi ku, menjadi dua. Tangan besi Raksa rupanya dilengkapi dengan pemancar gelombang.
" NAMPAKNYA RAKSA TELAH MEMBALAS!!!! BARU 2 MINIT BERLALU. ADAKAH INI SAAT-SAAT AKHIR AZRAHEL?"
Aku tersenyum. " Jauh sama sekali," getus hati kecilku. Dengan paip besi yang patah di kiri dan kananku,aku dah tahu apa yang patut aku lakukan.
Aku berlari dengan pantas, tekad menuju ke sasaran. Raksa melepaskan satu lagi tembakan gelombang, tapi aku sempat mengelak ke kiri. Kakiku hampir terjatuh ke tasik lava, tapi aku teguhkan juga langkah, meneruskan larian ke depan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Penjejak Kubur
Science FictionTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...
