Aku tersedar bila hujan rintik-rintik mengenai bumbung kereta. Cepat-cepat aku menghidupkan perisai,bagi melindungi kereta ku dari hakisan. Hujan asid sebegini merupakan sesuatu yang biasa di Kersani.
Aku kini sedang dalam perjalan pulang dari Terminal Sempadan. Melalui Kawasan Perindustrian Kersani yang luas terbentang. Penuh dengan kilang dan loji,merembeskan bahan kimia yang membentuk hujan yang kini sedang menghentam bumi.
" Kedai Raqib,15 minit" tutur ViCar membuat pengumuman. Aku sekadar mengangguk. Masih malas untuk bangun,hatta untuk memandu kereta sekalipun.
" Noor," tuturku lembut.
" Ya," balas Noor,muncul di tempat duduk sebelahku. Kali ini memakai T-shirt hitam,dengan rambut diikat belakang.
" AI ada mimpi tak? Soalku.
" Tu soalan falsafah tu," balas Noor.
" Kenapa pulak?"
" Sebab kami tak tidur,jadi tak mungkin kami boleh bermimpi," jelas Noor.
" Masa kau rehat,kau ke Mayaloka kan?"
" Ya,betul. Tapi Mayaloka sekadar satu tempat di mana kami AI semua berkumpul. Tempat kami simpan memori,buat pengubahsuaian ataupun upgrade," jelas Noor lagi.
" Samalah macam mimpi,"
" Macam tak je," kata Noor lagi.
" Orang tua-tua dulu cakap,masa kita tidur,roh kita akan keluar dari badan,dan dia akan merayau atas bumi. Saintis pulak cakap,masa kita tidur,tubuh badan kita akan berehat,dan otak kita akan proses segala maklumat yang kita dapat hari tu. Samalah macam yang korang buat kat Mayaloka," jelasku kembali.
" Azrahel," panggil Noor lagi, bertambah lembut suaranya.
" Kau nak kata kami ni,AI dengan roh,sama ke?" Soal Noor kembali,minta kepastian.
" Hmm,entahlah. Apa yang hidup, apa yang tak? Apa yang roh,apa yang sekadar baris kod yang boleh diprogramkan?"
" Macam falsafah,"
Aku sekadar tersenyum.
" Ni semua sebab apa yang berlaku kat Victor ke?"soal Noor kembali. Bijak dan tepat soalannya.
" Haah,dan aku perlukan jawapan,"
********************************************
Kereta ku menghampiri kedai Raqib,dan dengan perlahan memarkir pada ruang kosong di atasnya. Aku turun dan bergegas menuju ke dalam bangunan mengelak dari dilimpahi hujan asid.
Kehadiran ku disambut oleh Atid,yang seperti sudah lama menunggu kepulanganku.
" Selamat Pulang,Tuan Azrahel,"tutur Atid,yang membuatkan aku terkejut.
" Kau jangan ucap selamat pulang kat dia Atid,nanti dia selesa sangat selalu nak lepak sini," tutur Raqib yang keluar dari dalam biliknya berkain pelekat.
Aku kini di tingkat atas kedai Raqib. Tingkat yang menjadi seperti rumah Raqib.Tempat Raqib tidur dan beristirehat.
Ianya apartmen dua bilik,lengkap dengan perabot.Tapi sempit dan kotor. Sesuailah untuk orang bujang macam dia.
Aku memang dah biasa dalam rumah Raqib,jadi sampai-sampai je aku terus melabuhkan punggung di atas sofa.
" Lama kau pergi. Kenapa teruk sangat aku tengok kau ni?" tutur Raqib,menegurku.
" Ada benda jadilah,"
" Apa yang jadi?" Soal Raqib kembali
" Boleh tak,kau tengokkan dulu luka aku ni," aku membalas,sambil membuka baju dan menunjukkan luka peluru di bahu kananku.
YOU ARE READING
Penjejak Kubur
Ciencia FicciónTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...