" Masa tu kebetulan aku kat Melur City. Aku tak tahu lansung pasal Botak Chin hidup balik. Walaupun video dia bunuh perempuan korporat tu dah tersebar luas kat Mayaloka," jelas Megat.
" Tiger tak tahu?" soal Juliana
" Tiger? Heh," tutur Megat. " Tiger lembap. Masa Botak Chin mati aku awal-awal lagi dah suruh dia pergi runding dengan Vince,mintak sedikit bahagian dalam Kara Samudera. Tapi dia buat bodoh je. Katanya kena hormat kematian Botak Chin," sambung Megat lagi.
" Betullah apa dia cakap tu," tuturku,menyampuk.
" Kau diam budak,kau tak tahu apa-apa," marah Megat. Aku hanya membalas dengan senyuman sinis.
" Teruskan Megat," tutur Juliana meredakan keadaan.
" Masa tu aku memang tengah lepak kat Melur City. Dengan geng-geng aku. Tiba-tiba je keadaan jadi huru-hara. Orang semua lari cakap ada pengganas lepaskan bom COVID. Aku yang tahu benda tu mengarut gelak je lah," jelas Megat.
Aku menyambung senyuman. " Masa tu aku nampak dari jauh,Botak Chin lari ke arah aku. Tak pernah aku nampak orang tua tu cemas macam tu sekali. Sampai je depan aku dia terus cakap nak mintak tolong," jelas Megat lagi.
" Dia nak mintak tolong apa?" soal Juliana kembali.
" Dia nak masuk Bumantara," balas Megat.
Terbeliak mata Juliana. Aku pula tergelak sekuat mungkin.
" Kahkahkah. Kau percaya cakap Megat ni? Bumantara mana wujud bro. Mitos. Lagenda je," tuturku.
Megat tidak mempedulikan ejekanku,sebaliknya hanya memandang Juliana dengan wajah yang serius.
" Kau percaya cakap aku kan? Juliana?" tutur Megat.
Juliana menutup mulutnya yang dari tadi ternganga.
" Masa aku kecik,aku selalu terpengaruh dengan cerita Bumantara. Bandar di atas awan yang dikhaskan untuk golongan yang betul-betul elit sahaja di Kersani. Kat Bumantara tak ada siapa yang sakit,yang lapar,yang miskin. Semuanya indah. Bagaikan syurga dunia," tutur Juliana.
" Tapi bila aku dah besar,aku tak percaya tempat macam tu boleh wujud. Kau tengok jelah Kersani ni macam mana. Mana mungkin syurga dunia boleh wujud kat sini??!" soal Juliana kembali.
" Tapi kau tahu kan tempat tu wujud?" soal Megat kembali.
Juliana mengangguk, " Bila aku masuk korporat,ura-ura tentang kewujudan tempat tu makin kuat. Jadi aku percaya cakap kau," balas Juliana.
" Kalau betul pun tempat tu wujud,kenapa dia nak mintak tolong kau pulak nak masuk Bumantara? Kau ahli kongsi gelap,bukan elit Kersani," balasku memprotes.
" Sebab nama dia,Megat," balas Juliana.
" Kenapa dengan nama dia?" soalku kembali,tak faham dengan apa yang diutarakan.
" Megat tu nama yang dikhaskan untuk keturunan Bangsawan,keturunan Raja-Raja lama," balas Juliana lagi.
" Kalau kau keturunan bangsawan kenapa kau join kongsi gelap?" soalku kembali.
" Itu kau tak perlu tahu. Tapi betul cakap Juliana,aku memang keturunan bangsawan. Dan untuk masuk ke Bumantara,kau perlukan darah aku," balas Megat.
" Darah?" soalku
" Ya,Bumantara kawasan elit,kawasan rahsia. Jadi hanya DNA tertentu sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam," jelas Megat kembali.
" Jadi sebab tu Botak Chin mintak tolong kau?" soalku.
Megat mengangguk.
" Sekarang macam mana aku nak carik dia? Kau boleh bawak aku masuk Bumantara?" pinta Juliana.
ANDA SEDANG MEMBACA
Penjejak Kubur
Bilim KurguTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...
