Aku melangkah longlai menuju ke rumahku. Yang terletak di pinggir Gading Jaya. Terngiang-ngiang di telingaku jerkahan Juliana tadi.
" Kau dah dua kali kacau plan aku!! Kau ingat senang ke nak cari Victor? Lepas ni entah mayat siapalah dia ambik alih," jerkah Juliana.
" Aku cuma tak nak orang yang tak bersalah terlibat sama," jelasku.
" Kau memang tak berubah daripada dulu!!" jerkah Juliana lagi membuatkan aku terkedu.
Juliana terus melangkah meninggalkan aku.
" Kau nak ke mana?" soalku.
" Aku nak balik. Kau jangan ikut aku. Cari jalan balik kau sendiri," tutur Juliana.
" Habis tu mayat Botak Chin ni siapa nak uruskan?" soalku.
" Kau masih boleh fikir pasal orang lain? Kau ni yang sekarang tak ada jalan balik,kau tahu tak?" balas Juliana lagi lalu terus melangkah pergi.
Juliana terus melangkah menuju ke kereta. Kemudian enjin kereta dihidupkan,terus terbang ke angkasa,meninggalkan aku termangu-mangu sendirian.
Aku melihat sekeliling. Mencari akal untuk pulang. Mungkin aku boleh meminta bantuan Raqib. Tapi polis masih lagi mencari aku,dan aku tak nak susahkan dia.
Entahlah,mungkin berjalan kaki adalah langkah yang terbaik. Maka aku pun memulakan langkah merentas Tasik Chaldea ( yang mujurnya hampir kering).
Aku tiba berhampiran rumah bila hari menghampiri siang. Langkahku longlai,badanku berlengas. Aku hanya ingin mandi dan tidur selama mungkin.
Sewaktu menaiki lif segala apa yang berlaku 5 hari lepas menyerang kotak mindaku. Ada yang datang dengan jawapan,ada yang hanya membangkitkan lebih banyak persoalan.
Pun begitu sekarang bukan masanya untuk aku memikirkan jawapan. Sekarang masanya untuk aku berehat.
Dan aku mengharapkan rehat yang cukup sebaik sahaja tiba di rumah. Tetapi bila aku membuka pintu,lain pula jadinya.
Kelihatan Nair sedang menunggu kehadiranku dengan senyuman.
***
Aku menoleh menerhatikan ruang apartmen ku. Memastikan yang Nair memang berseorangan.Melihat reaksiku Nair bersuara," Kau jangan risau. Aku datang seorang. Polis semua tengah sibuk, tak ada masa nak layan kau."
" Sibuk dengan Tanah Kontang?" soalku kembali,sambil menghampiri peti ais.
" Antaranya," balas Nair
Aku mengeluarkan botol air sejuk dari peti ais dan terus menogak bagi menghilangkan haus.
" Kenapa kau tak join kawan-kawan kau yang lain?" soalku kembali sebaik sahaja menutup peti ais.
" Apa yang Kapten Faizal dengan orang-orang dia buat tu hal diorang sendiri. Aku malas nak masuk campur. Aku tak kotor macam tu," balas Nair kembali.
" Heh,kau pun sama kotor" balasku,sambil tersenyum sinis.
" Aku tahu aku memang korup. Tapi korup aku tak menyusahkan orang,tak sampai pergi membunuh sana sini," balas Nair mempertahankan dirinya.
" Korup tetap korup. Tak kisahlah besar ke kecik," balasku.
" Aku tahu. Tapi aku datang sini bukan nak berbincang falsafah,aku nakkan penjelasan," balas Nair sambil berdiri memandangku.
" Penjelasan? Penjelasan apa?" soalku kembali.
" Mazlan," panggil Nair.
Hologram Mazlan terpancar di depan. Kali ini dia memakai T-shirt dan seluar jeans,dengan rambut yang disikat kemas.

ANDA SEDANG MEMBACA
Penjejak Kubur
Fiksi IlmiahTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...