Mod Maksima

791 108 3
                                        

Juliana sempat memancarkan perisai tenaga di depan,sebelum peluru sempat mengena badannya.

Megat dan beberapa orang bawahannya berlindung di belakang Juliana. Mana yang tak sempat kini sudahpun berlubang badan mereka.

" Juliana," tegur Megat.

" Nanti dulu,kita kena pastikan semua selamat. Lepas tu,baru kita borak," balas Juliana.

Megat mengangguk. " Mana dron kau?"

" Atas tu," balas Juliana. Serentak dengan itu dron-dron tersebut melancarkan peluru berpandu tepat ke arah polis yang sedang berkumpul.

Beberapa orang anggota polis tersungkur serta merta. Tapi tidak Faizal. Dia dan dron-dron anjingnya sempat mengelak.

Kebanyakan ahli-ahli kongsi gelap sudahpun melarikan diri,dan ada juga yang berlindung di balik tiang dan tembok.

Kelihatan Tok Keramat sedang dipapah keluar dari Menara Tanah,barangkali cedera ditembak. Dan Vince Chin serta konco-konconya sudahpun lesap,hilang entah ke mana.

Menjadikan petanding yang masih bertarung di gelanggang,hanya tinggal Juliana dan Faizal sahaja.

Faizal dengan pantas mengarahkan anjing-anjingnya untuk mengelilingi Juliana. Memastikan gadis itu kini dikepung.

Tapi Juliana tenang, mengarahkan dronnya agar menembak anjing-anjing tersebut. Tiga kali tembak,tiga kali tidak mengena.

Anjing-anjing itu terlalu tangkas. Mereka sudahpun berada pada kedudukan masing-masing dan mula menembak.

Juliana menolak Megat ke tepi,dan melepaskan bom perisai ke bawah. Satu kubah perisai terbentuk membolehkan Juliana berlindung dari peluru yang dimuntahkan.

" 30 saat," tutur Remy,memberi amaran kepada Juliana.

Juliana mengangguk,cuba mencari jalan keluar. Kelihatan Megat sudahpun selamat berlindung di bawah meja bulat.

Belum sempat Juliana berbuat apa-apa kelihatan satu daripada anjing tersebut datang menghampiri. Giginya yang tadi besi kini sudah dipenuhi plasma,dan mula dibenamkan pada kubah perisai Juliana.

" Integriti perisai kau jatuh," tutur Remy sekali lagi.

" Berapa peratus?" soal Juliana kembali.

" 60," balas Remy.

" Pantasnya. Remy,aktifkan mod MAKSIMA," arah Juliana.

" Kau pasti? Biasanya lepas mod maksima kau akan pengsan," balas Remy kembali.

" Kurangkan injection adrenalin pada tahap 70%. Kurangkan sekali injection RIMBASUKMA pada tahap 50%. Lepas kau dah hidupkan mod maksima,matikan perisai tenaga," arah Juliana lagi.

" Baik,sedia?" balas Remy.

Juliana mengangguk. Dan mula berada dalam posisi menyerang.

" Integriti perisai,30%. Mod Maksima kini diaktifkan. Ingat,kau ada seminit je" umum Remy.

Serentak dengan itu pandangan mata Juliana semua bertukar merah. Degupan jantungnya bertambah kencang.

Pun begitu pandangan kiri dan kanannya kini menjadi perlahan,seolah-olah masa kini di bawah kawalannya.

Semua sasaran yang ada sudah dikenalpasti. Jalan terbaik untuk mara ke depan sudahpun ditemui. Kini tiba masa untuk membuka langkah.

Juliana memecut ke depan,serentak dengan itu terus melibas kepala anjing yang pertama.

Anjing yang kedua menembak ke arah Juliana,tapi Juliana sempat mengelak. Dron di atas menembak ke arah anjing tersebut,tapi anjing itu berjaya mengelak.

Penjejak KuburCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang