Antara Dua Neraka

1.1K 133 14
                                    

Di Kersani,suasana seperti mana di Dali ini memang biasa kelihatan.

Ramai anak-anak muda akan duduk di kedai mamak seperti ini, menikmati pratha putar serta boba tarik,sambil menonton pertarungan BioTempur.

Dulu orang tengok bola je. Tapi sejak manusia dah jumpa implan,perlawanan bola dah jadi sesuatu yang membosankan.

Yelah,masing-masing dah boleh tendang lebih jauh dari pemain bola professional. FIFA pulak,masih lagi berkeras nak pemain mereka terdiri dari manusia yang sejati.

Berbeza dengan BioTempur. Di sini kebanyakan yang bertempur akan menunjukkan kemampuan implan yang mereka ada.
Jadi ramai yang lebih suka menonton perlawanan BioTempur berbanding bola.

Dan kedai mamak pula menjadi seperti satu hub ekonomi kecil ketika perlawanan BioTempur.
Di kedai mamak seperti Dali,satu papan elektronik akan dipasang,menunjukkan nama-nama Kesatria Tempur yang bertarung. Mana yang mahu,akan mula bertaruh,memilih Kesatria Tempur pilihan mereka.

Dah tentulah ianya bukan sesuatu yang sah. Sebab tulah malam ini,di Mamak Dali ini, tiada lansung papan elektronik yang diletakkan di depan. Siapa yang berani? Polis kan ada.

Kelihatan 3 kereta polis berparkir di Mamak Dali. 2 orang anggota mereka sedang berkawal berdekatan dengan menara Pejabat SAKA.

2 orang anggota lagi sedang menonton perlawanan BioTempur manakala 2 orang lagi sedang berbincang dengan mamak pemilik Dali. Barangkali ingin mengutip sedikit duit perlindungan.

Nair pula sedang duduk bersandar di keretanya. Menantikan kehadiran kawan yang sepatutnya sudahpun lama tiba.

" Tuan,lambat lagi ke?" Tutur seorang anggota yang baru sahaja berbincang dengan pemilik mamak. Kelihatan dia sedang tersenyum mengira hasil yang diperoleh.

" Tak tahulah,tadi dia kata nak pergi tempat Raqib dulu. Banyak kau dapat tu?" Tutur Nair

" Adalah sikit,dalam 200,000 kredit. Cukuplah buat belanja awek makan kat Perasing," balas anak buahnya sambil tersenyum.

" Sekejap,aku mintak tolong Mazlan," tutur Nair,tanpa dipinta

"Mazlan,"

" Ya," terpancar hologram Mazlan di depan. Mazlan memerhatikan anggota yang sedang mengira hasil yang diperoleh,dengan pandangan yang jelik.

" Mana kau dapat duit tu?" Soal Mazlan

" Kau tak payah nak sibuk!" Balas anggota tersebut.

" Dah! Mazlan,kau tolong tanyakan kawan kau si Atid,Azrahel ada lagi tak kat sana?" Arah Nair

" Sekejap" balas Mazlan

" Apa kau ni,dengan AI pun nak bergaduh? " Nair pula menegur anak buahnya.

" Maaf Tuan,"

" Kau pergi panggilkan orang kita kat HQ Saka tu. Aku dah mula rasa tak sedap hati" arah Nair lagi.

" Baik tuan," balas anak buahnya yang bergegas menurut perintah.

" Raqib kata Azrahel baru je bergerak dari kedai,on the way ke sini," tutur Mazlan

" Aku tak percaya. Dah lebih dari setengah jam dah ni. Kau tolong tengokkan orang kita kat rumah  Regina sekejap,"arah Nair kembali.

Mazlan patuh,dan membuat beberapa panggilan.

" Tuan! Kenapa?" Kelihatan beberapa orang anak buahnya sudahpun pulang dari HQ SAKA menghadapnya.

" Bersedia untuk bergerak,aku rasa tak sedap hati," balas Nair,memberi arahan.

" Ada berita buruk Nair," tutur Mazlan yang muncul kembali.

Penjejak KuburWhere stories live. Discover now