Kalau bab merancang,kami memang serahkan sahaja pada Juliana. Walaupun baru berusia 15 tahun,tapi pemikiran dan kematangan Juliana mengatasi umurnya.
Tu sebab Parjo,Lucas dan Rahim tak pernah lansung mempersoalkan Juliana. Kecuali aku, yang sering sahaja bertekak dengannya.
" Kau biar betul nak biar Parjo seorang-seorang paling belakang? Kita tengah berhadapan dengan korporat kau tahu tak," tuturku, beberapa jam sebelum mereka sepatutnya mencuri implan SRIKANDI.
" Sebab tu lah aku tak nak ramai-ramai orang dengan Parjo. Aku tak nak tarik perhatian orang," balas Juliana.
" Tapi kita cakap pasal korporat kau tahu tak? Pengawal dia orang bukan polis, tapi pengawal bersenjata. Penuh implan kat badan. Aku dengar sampai dah ada yang dah diubah genetik," balasku lagi.
" Lah, kerja Parjo senang je. Dia cuma kena perhatikan sahaja, kalau ada pengawal ataupun drone perasan ,kena inform kat kita," balas Juliana
" Tapi bahaya!!" jeritku memprotes.
" Bro, aku boleh buatlah," kali ini Parjo yang sejak dari tadi mendiamkan diri, mula bersuara.
Dia mula berdiri di tengah,di antara aku dan Juliana.
" Tapi..." Aku masih lagi tak berpuas hati.
" Kau tak percaya aku boleh ke?" Soal Parjo kembali.
Belum sempat aku menjawab,seorang lelaki masuk ke kabin kami.
" Apa yang bising-bising ni?" Soal Megat. Lantang suaranya,seperti hendak menggertak kami semua.
Masing-masing tak menjawab. Hanya memandang antara satu sama lain.
Megat memandang wajahku sambil menggelengkan kepala. " Kau ni tak habis-habis nak buat hal-lah. Ketua kau tu dah cakap ok tu,kau ikut jelah!"
" Tak ada apa-apalah. Kita orang berbincang je," balas Juliana.
" Dah,pakej dah makin dekat. Aku nak kau orang bersedia," arah Megat.
Juliana mengangguk, lalu terus memimpin kami semua keluar dari kabin. Di luar,kami melihat beberapa buah kereta sudahpun berkumpul di depan. Kelihatan salah satunya adalah kereta mewah,barangkali milik eksekutif korporat.
" Weh,tu DELIMA wei,DELIMA baru. Perghhhhhh," tutur Lucas,teruja melihat kereta mewah di depannya.
" Diam!!! Orang besar tu! " Gertak Rahmat. Kami semua patuh,dan memerhati sahaja lelaki yang keluar dari kereta DELIMA itu.
Orangnya tinggi,berdada bidang. Rambutnya hitam,bermisai dan berjanggut kemas. Memakai sut yang lengkap,uniform rasmi eksekutif korporat.
" En Rizman Razali. Selamat Datang. Tak sangka encik sudi nak datang tengok operasi kami," tutur Megat,gayanya seperti menyambut seorang VIP.
" Aku tak percaya bila kau cakap budak-budak yang buat kerja aku," balas Rizman.
Megat terdiam. Hanya menoleh memandang kami semua. Kami semua pun sama,hanya menunduk ke bawah. Cuma Juliana sahaja yang berani melangkah ke depan.
" Sebab yang tua tak berani nak buat," balas Juliana. Rizman tersenyum.
" Ni ke budaknye?" Soal Rizman kembali.
" En Rizman, kejap lagi train tu akan lalu dekat platform bawah ni. Disebabkan train tu selalu kena rampas, jadi mereka pasang pengesan kat setiap bumbung gerabak. Jadi dari stesen Indera sampailah ke Kersani,kereta-api ni indestructible. Tak boleh disentuh," tutur Megat.
" Ya,aku dah tahu tu. Jadi apa kaitannya dengan budak ni?" Soal Rizman kembali.
"Tapi kami jumpa satu loophole. Pengesan tu tak boleh kesan kalau berat bawah 50 kg," sambung Megat lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Penjejak Kubur
Science FictionTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...