Hakikat AI

562 69 4
                                    

Mataku masih lagi menatap wajah Noor. Wajah yang selama ini penuh dengan senyuman kini berkerut penuh amarah.

Tanganku masih lagi memegang tombol pintu. Dari tadi aku cuba untuk membukanya, tapi masih tak berjaya. Noor sudahpun memerangkap aku sepenuhnya.

"Noor, bagi aku pergi," pintaku sekali lagi.

"Untuk apa??!!!" jerit Noor, bergema suaranya, sehingga menusuk ke telingaku.

"Aku ada misi yang perlu diselesaikan," balasku kembali.

"Kau tipu!!!!! Kau buat semua ni sebab perempuan tu!!!!" balas Noor. Kali ini jeritannya lebih kuat, sehingga bergegar isi rumah.

"Noor...." balasku perlahan.

"Selama ni aku ingat, kau lelaki yang berbeza. Kau tak gunakan aku untuk melampiaskan nafsu kau. Kau anggap aku sebagai orang yang penting. Tapi rupanya kau sama sahaja. Habis madu, sepah dibuang!" jerit Noor kembali.

"Kau salah faham Noor. Tolonglah dengar cakap aku," balasku lagi, merayu.

"Aku nak dengar apa lagi? Dah jelas depan mata aku. Kau sanggup campak aku ke tepi semata-mata nak kejar perempuan tu!" jerit Noor lagi.

"Tak! Aku tak campak kau. Aku perlukan kau. Aku buat semua ni demi Kersani. Aku nak tebus kesalahan aku. Bukan sebab perempuan tu."

"Kau tipu!!!!" bentak Noor. Kali ini gegarannya cukup kuat sehingga aku hampir-hampir sahaja tersungkur. Serentak dengan jeritan Noor seekor robot anjing muncul tiba-tiba di udara, melompat, cuba menerkamku.

Aku melompat ke kiri, mengelak. Aku meraba di sisi seluarku, mencari Lela dan Rentaka. Kedua-duanya tiada. Tak pelik, kerana ruang ini dikuasai sepenuhnya oleh Noor.

Anjing itu kini berpaling, cuba untuk membahamku. Aku mengambil kerusi kayu yang paling dekat denganku, dan menghayun sekuat mungkin.

Hayunanku tak mengena. Malah, kerusi kayu itu kini hilang dari tanganku.

"Ini ruang aku Azrahel. Kau tak ada kuasa kat sini. Hanya aku sahaja yang berkuasa," tutur Noor.

Serentak dengan itu anjing itu mula membaham tanganku.

"Arghhhhhh!!!!" jeritanku mengukir senyuman di wajah Noor.

"Aku dah cakap tadi Azrahel. Aku tak akan lepaskan kau," tutur Noor.

Aku mengerang sambil terbaring di lantai. Dengan tanganku masih lagi dibaham anjing besi.

"Kau nak bunuh aku ke apa sial?" jeritku.

"Eh tak. Anjing ini tak akan bunuh kau. Dia hanya akan makan kau. Dan apa yang dia makan akan bertukar menjadi data. Data yang sepenuhnya akan jadi milik aku," jelas Noor. Kali ini senyuman sangat lebar. Seperti menyeringai sahaja lagaknya.

Mataku mula terbeliak, dan aku mula menendang anjing itu dengan kakiku. Tapi rahang anjing itu masih lagi di tanganku. Membaham sedikit demi sedikit. Sakitnya tak terhingga.

Aku meronta-ronta menarik tanganku, sambil menghela nafas yang panjang. Dengan kuatnya kakiku menendang anjing itu, sehingga dia tercampak ke dinding. Dengan tangan-tangan aku sekali terpisah dari badan.

Aku menjerit lagi, kali ini terlalu kuat sehingga telingaku sendiri yang pekak mendengarnya. Tapi sekurang-kurangnya jeritan aku dapat mengurangkan rasa sakit yang kini terasa di seluruh badanku.

Hampir pitam aku menahan sakit.

***

Raqib sedang mengemudi ruang dalam pasar gelap ( yang entah kenapa masih lagi dipenuhi penjual dan pembeli) dengan penuh berhati-hati. Ruangnya dipenuhi dengan rumah-rumah kedai yang kecil, diapit oleh lorong-lorong gelap, dibawah lindungan Jambatan Besar Kersani.

Penjejak KuburWhere stories live. Discover now