Kami membuat keputusan untuk menaiki kereta Juliana menuju ke destinasi. Keretanya dilengkapi dengan mod halimunan, dan walaupun ia masih boleh dikesan dengan infrared, ia sudah mencukupi untuk membawa kami melepasi sistem pertahanan primitif kongsi gelap yang mungkin masih lagi memburu kami.
Kami menghampiri sektor 45 melalu ZIM (Zon Industri Mengelembu). Ia membawa kami melepasi kompleks loji penapisan minyak yang terbesar di Asia Pasifik satu ketika dulu, yang kini terbiar sepi menjadi tempat sementara kongsi gelap melakukan urusniaga.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam. Sebaik sahaja tiba kami dijamu dengan pemandangan Terminal Sempadan Selatan.
Tidak seperti Terminal Sempadan Utama yang dibina dengan tembok besar,Terminal Sempadan Selatan hanyalah terdiri daripada beberapa blok bangunan.
Setiap daripadanya menempatkan pejabat kastam dan juga kuarters tentera.Juliana menurunkan keretanya betul-betul berdekatan dengan pejabat kastam utama.
Kami turun,sambil membawa kelengkapan dan melangkah menuju ke pejabat kastam.
" Aku tak ada contact kat sini taw," tuturku. Kebiasaannya proses untuk melepasi sempadan memakan masa 12-24 jam. Disebabkan aku mendapat bantuan Tinie di Terminal Sempadan Utama,maka proses ku dipercepatkan.
Tapi di sini,aku tak mempunyai sebarang kenalan.
" Jangan risau,wakil PERMATA ada," balas Juliana.
Aku mengangguk. Bagus jugak kerja dengan korporat ni.
" Kenapa kau beria sangat nak AI tu jugak?" soal Juliana.
" Owh,Noor eh? Sebab Noor bagus. Semua perisian yang aku ada dia sync," balasku.
" Termasuklah godaman dan pemantauan kan?" soal Juliana kembali.
Aku tidak menjawab,sebaliknya hanya tersenyum.
Kami memasuki pejabat kastam dan disambut oleh ruang lobi yang besar. Kelihatan beberapa orang berpakaian kot sudahpun menghampiri kami. Juliana menghampiri lelaki yang barangkali wakil PERMATA itu.
" Noor,siapa tu?" soalku.
" Kenapa tanya?" balas Noor dalam Q-lens ku. Dah pandai membalas AI aku ni.
" Yelah,nak kenal gak siapa yang segak sangat tu," balasku.
" Matthew Liew,Pegawai Diplomatik PERMATA," balas Noor.
" Pegawai Diplomatik? Kenapa syarikat korporat perlukan pegawai diplomatik?" soalku kembali.
" Kau tak tahu ke Virsago beli senjata dari PERMATA?" soal Noor kembali.
" Biar betul. Tak akan tak ada siapa yang perasan?" balasku.
" Kerajaan tahu. Tapi PERMATA kan antara syarikat terbesar di dunia. Faham sendirilah," balas Noor.
Aku mengeluh dan menggelengkan kepala. Aku ingin bertanya lagi pada Noor,tapi hasratku terbantut bila Juliana menghampiri.
" Azrahel,kenalkan ni..."
" En Matthew, " balasku sambil menyambut tangannya.
" Oook. En Matthew kata kita dah boleh seberang. Cuma dia nasihat kita untuk tunggu sahaja kat menara pemerhati," balas Juliana.
" Ya,rasanya sia-sia je kalau korang pergi cross ke sempadan sekarang. Platform tu pun dalam setengah jam lagi akan sampai di sempadan. Masa tu kita boleh fikir macam mana nak seberang ke platform," balas Matthew memintas.
Aku mengangguk. Ada betulnya jugak. Lebih baik kita tunggu dan nilai dulu setiap laluan yang kita ada. Dari kita terus melompat tanpa sebarang perancangan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Penjejak Kubur
Science FictionTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...
