" Inilah dia misi kami," umum Helmi. Di depannya terpampang imej 12 platform bergerak. Masing-masing dengan bentuk dan kod nama yang tersendiri.
" Sejak 2 tahun lepas,Virsago menggunakan 12 platform ni sebagai satu strategi serangan kilat ke arah sempadan kita. Dengan saiz yang besar dan pergerakan pantas,ia bergerak melalui Selat Empayar dan Selat Melaka,melancarkan tentera dan juga bedilan ke setiap ceruk sempadan kita," terang Helmi.
" Mulanya benda ni macam gigit nyamuk je. Tapi kalau 2 tahun berturut-turut kena serang macam ni,siapa tak sakit kan? Jadi sebab tu pihak tertinggi dah setuju untuk lancarkan Operasi Lembayung. Fuad,jelaskan," arah Helmi lagi.
Lelaki bernama Fuad itu berjalan ke depan,dan mula menukar paparan hologram. Di depan terpampang besar nombor tiga dan perkataan Operasi Lembayung.
" Operasi Lembayung ada tiga fasa. Fasa pertama adalah serangan dari udara. Tapi seperti yang dijangka tak berkesanlah," terang Fuad.
" Kita guna macam-macam Cenderawasih X10,Garuda PJT-7, Helang Berantai X13. Tapi semuanya tak dapat tembus perisai diorang," terang Helmi pula.
" Tapi tujuan utama kau orang bedil tu bukan sebab nak hancurkan beting pasir tu kan? Lebih kepada nak kawal pola pergerakan,betul tak?" tutur Juliana mencelah.
Helmi tersenyum ," As expected dari pelajar paling cemerlang akademi."
" Ya betul. Pergerakan Beting Pasir ni rawak. Susah nak dijangka. Ia berubah arah setiap jam. Tapi bila kami dah serang sekata,mereka terpaksa ikut pola pergerakan yang terancang," jelas Fuad lagi.
" Kenapa kena paksa mereka ikut pola?" soalku,kurang mengerti dengan strategi perang.
" Supaya kia senang nak lancarkan fasa kedua. Serangan dari laut," balas Fuad.
" Yep,bila kita dah tahu pola mereka senang kapal-kapal kita nak buat blockade. Dan kita hantar sekali tentera kita untuk menyelinap,selain kita membedil dengan kapal perang," terang Helmi.
" Dan masa ni lah Ronnie Martin terkorban kan?" soalku kembali.
" Ya, Batallion Ke-4 antara batallion yang dikerahkan dalam Operasi Lembayung ni. Tapi sebenarnya tugas mereka bukan untuk musnahkan platform tu. Tugas mereka sekadar untuk rosakkan platform tu sebanyak yang boleh. Dan larikan diri bila keadaan jadi bahaya," jelas Helmi.
" Tapi tetap ada yang terkorban," balasku,sambil menundukkan wajah.
" Aku faham,tapi itulah realiti perang," balas Helmi kembali. Hilang senyuman di wajahnya.
Masing-masing kemudian diam. Bagaikan merenung realiti perang yang perlu mereka hadap. Sehingga Juliana bertanyakan soalan,memecah kesunyian.
" Fasa ketiga. Apa dia?"
" Fasa ketiga adalah fasa infiltrasi. Bila platform ni rosak,mereka perlu berlabuh untuk diperbaiki. Dan ketika itulah orang kita menyusup masuk," balas Fuad.
" Dan benda ni dah berjalan lebih dari sebulan. Orang-orang aku semua dah menyelinap masuk dalam 7 beting pasir. 5 je lagi belum,sebab mereka belum berlabuh. Dan Barracuda adalah salah satu darinya," jelas Helmi.
" Jadi,secara ringkasnya tugas kami esok adalah infiltrate Barracuda,betul?" soal Juliana.
Helmi dan Fuad mengangguk serentak. " Menyusup masuk,bila Barracuda berlabuh," tutur mereka lagi.
" Sekejap,lepas kitorang dah menyusup masuk,nak buat apa?" soalku pula.
" Letupkan," balas Juliana bersahaja.
" Bukan setakat letupkan. Kita kena letupkan serentak," balas Helmi
" Sebab kalau letupkan satu-satu,mereka ada masa untuk bina balik platform tu. Tapi kalau kita letupkan serentak,besar kesannya pada diorang," jelas Fuad.
" Yep,kita pun boleh bersedia dengan tentera kat sempadan. Untuk serangan besar-besaran," sambung Helmi kembali.
Aku memandang Juliana. Pada fikiranku operasi ni besar. Bakal menentukan masa depan perang di sempadan Kersani. Mungkin sekali boleh menjadi permulaan kepada penamat perang.
Juliana pula tampaknya macam bersedia untuk menerima tawaran Helmi. Bersedia untuk menawarkan khidmatnya. Dan kalau Juliana terlibat,aku pun akan terpalit sama.
" Terima kasih Kapten Helmi dan Korporal Fuad atas penerangan yang lengkap ni. Saya tak tahulah Juliana rasa macam mana. Tapi pada saya,saya rasa semua ni di luar kemampuan saya," tuturku.
" Kau tak boleh lari Azrahel. Macam yang bos aku cakap,kau dah terpalit dalam lumpur," pintas Juliana.
" Ya,tapi misi kita adalah mengutip mayat Ronnie kat Barracuda. Bukannya terlibat dalam operasi perang," balasku.
Juliana terdiam. Dan memalingkan wajahnya. Barangkali kata-kataku itu ada benarnya. Aku berharaplah.
" Boleh aku komen sikit?" tiba-tiba sahaja Helmi mencelah.
Terangkat keningku memandang Helmi.
" Aku nampak kau ni macam walking contradiction lah Azrahel. Kau kata kau tak suka dengan realiti perang. Kau tak suka bila ada yang terkorban di medan perang. Tapi kau buat duit dari perang," jelas Helmi.
Aku menggenggam penumbukku,menahan marah. " Aku ada sebab aku yang tersendiri," balasku.
" Apa Azrahel cakap tu betul Helmi. Sekarang kami dah tahu macam mana nak ke Barracuda,kami boleh menyusup sendiri. Kami tak perlu pun sertai misi kamu semua," balas Juliana.
" Tapi kau dapat info ni pun dari kami. Kenalah ada bayaran sikit kan. Aku tak kisah penjejak kubur ni join ke tak,yang aku nak kau. Aku perlukan kepakaran kau,dan segala resource yang kau ada di PERMATA," pinta Helmi.
Juliana mengeluh," Bagi kami masa untuk berfikir dulu. Lagipun misi korang bila? Esok kan?"
Helmi mengangguk. " Kalau macam tu,malam ni kau tidur dulu kat kem kami. Karen,bawak diorang ke khemah C," arah Helmi.
Aku dan Juliana mula bergerak mengikut Karen. Aku perhatikan Juliana sempat melirik matanya pada Helmi dan mengangguk. Entah kenapalah adengan itu membuatkan aku bertambah marah.
***
" Nama aku Victor,Victor Kohler," monolog ku sendirian dalam hati.
Dan itu sahaja yang aku masih mampu ingat. Selebihnya bercerai dalam cebisan memori.
Ia datang dalam bentuk imej yang kabur. Yang kadang-kadang membawa erti,kadang-kadang sukar untuk aku huraikan.
Antaranya imej seorang perempuan. Berambut merah dengan kalung permata di lehernya. Aku pada mulanya keliru. Tidak kenal siapa perempuan itu.
Kerana inej itu bersiloh ganti. Kadangkala perempuan itu tersenyum memandangku. Kadangkala pula ia terbaring dengan darah mengalir dari kepalanya.
Barangkali perempuan ini...
Ah,aku baru ingat. Namanya Regina,isteriku. Kini rasa sedih pulak datang menyerang diri. Kerana Regina teekorban di tanganku sendiri.
Semuanya kerana...
Kali ini imej yang lain pula muncul. Aku di tengah tanah yang kering kontang. Peluru bersimpang siur di sekelilingku. bunyi letupan bergegar,tidak berhenti,memenuhi gegendang telingaku.
Medan perang barangkali. Di kiri dan kananku wajah yang ku kenal,turut sama berlari bersamaku.
Itu Ronnie. Di sebelahnya Rahman. Di sebelah kiriku...Ah,aku tak ingat namanya. Tapi mereka semua adalah orang di bawahku.
Dan mereka jugalah yang...
Ah,baru aku ingat. Barulah aku faham. Merekalah yang menjadikanku begini. Terperangkap antara langit dan bumi. Dalam dunia maya yang tak sesuai untuk manusia sepertiku.
Mereka jugalah penyebab kematian Regina. Kali ini rasa marah pula meluap-luap dalam diri. Membuatkan aku akhirnya membuka mata.
Aku rupanya kini sedang terkapai-kapai dalam lautan data. Tak ada tubuh badan. Yang ada hanyalah perkumpulan data yang bergabung membentuk memori. Aku kini sedang mencari kembali identiti dan memoriku yang hanyut di bawa arus data.
Dan semua yang aku lihat tadi memberikan aku gambaran yang jelas. Memberitahu aku yang misi aku masih belum selesai.
Aku tahu apa yang perlu aku lakukan. Aku perlu ke Bumantara.
ANDA SEDANG MEMBACA
Penjejak Kubur
Fiksi IlmiahTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...
