Bunyi penggera yang berdetik berulangkali membuatkan tidurku terganggu. Di balik bunyi penggera itu aku mendengar suara seseorang yang cukup lunak memanggilku.
" Azrahel,Azrahel," panggil Noor,lembut.
Aku bingkas bangun,dan melihat AI itu bersimpuh di sebelah. Dengan wajah yang penuh kerisauan. Aku mematikan bunyi penggera yang datang dari Q-bit.
Penggera yang berbunyi itu menandakan tempoh 2 hari aku telahpun tamat.
" Dah berapa lama aku pengsan?" Soalku.
" Total 40 jam, bermakna kau dah lebih 2 jam dari waktu yang dibenarkan imigresen." Balas Noor.
Aku mengurut-urut kepalaku. Pening dan sakit sedang berlegar-legar di atasnya.
" Apa yang dah jadi?" Soalku pada Noor.
" Perempuan tu tembak kau dengan peluru pegun. Jenis yang heavy pulak tu," balas Noor.
" Kenapa kau tak sedarkan aku?
" Aku pun kena,dia freeze aku dengan EMP. Aku terpaksa bersembunyi sekejap dalam mayaloka,"balas Noor.
" Siapa perempuan tu?" Soalku dalam hati. Lagak dan gayanya nampak seperti seorang yang professional. Tapi wajahnya kelihatan muda,putih dan berseri,tak kena lansung dengan kerjanya.
Dan apa yang perempuan tu buat kat situ? Kenapa dia perlu bunuh Victor? Dan siapa yang nak bunuh orang yang dah mati?
Ah,makin pening aku rasa. Memikirkan soalan yang bertimpa-timpa jatuh dalam kotak mindaku.
Aku menoleh ke kiri dan kanan. Seolah-olah mencari sesuatu yang boleh menjelaskan apa yang dah berlaku.
Jauh di satu sudut kelihatan satu bungkusan yang memanjang. Terlentang dan diikat kemas.
Aku cuba untuk bangun,dan menghampiri bungkusan itu. Hampir sahaja aku tersungkur,kerana rasa pening yang menguasai diri. Tapi aku gagahkan jua langkah.
" Apa tu?" Soalku kepada Noor.
" Nampaknya mayat Victor," balas Noor
" Huh?"
" Ya. Nampaknya perempuan tu tinggalkan mayat Victor untuk kau," balas Noor lagi.
Aku menghampiri bungkusan itu,yang jelas kelihatan seperti sekujur tubuh. Aku membuka zip,dan terlihat wajah Victor yang kaku,dan mata yang terbeliak. Kesan tembakan di kepala Victor jelas kelihatan,dan sudah dibersihkan.
Aku menutup kembali zip tersebut. Memerhatikan pula kertas yang ditampal di atas beg mayat.
"-Khas untuk kau Penjejak Kubur. Aku dah siapkan kerja kau- - XoXo-"
" Tapi aku dah hilang 15 juta sebab kau," monologku sendirian.
" Xoxo ni bukan hugs and kisses ke? Kau kenal ke perempuan tu?" Soal Noor
Aku menggeleng. " Ni lebih kepada perli."
Kedengaran seseorang memanggilku melalui Q-bit. Aku menekan butang jawab.
" Kau kat mana?" Soal Tinie.
" Aku pun tak pasti. Kat mana kita Noor?"
" Seksyen 7,kita dah dekat dah dengan Terminal Sempadan," balas Noor.
" Pelik" Soalku dalam hati.
" Kau dah lebih tempoh masa,kau tahu tak ni?" Soal Tinie lagi.
" Tahu,aku kena serang tadi,"
" Kena serang?" Soal Tinie kembali.
" Haah,nanti aku cerita. Jumpa kau kat terminal," balasku.
" Ok. Baik kau cepat. Aku dah cover untuk kau,tapi kalau penyelia aku tahu kau lebih tempoh masa dibenarkan,silap-silap kau kena saman nanti," balas Tinie lalu menamatkan panggilan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Penjejak Kubur
Science FictionTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...