Merentas Mayaloka

515 63 2
                                    

"Korang nak buat apa?!" soal Gempita, separa terkejut. Masakan tidak, di depannya kini adalah orang yang baru sahaja beberapa jam dikenali ( tambah seorang yang lansung tak dikenali), tiba-tiba sahaja meminta bantuan darinya.

Aku, Raqib dan Juliana saling berpandangan. Mencari jalan untuk menyusun ayat, memastikan mesej kami sampai tanpa sebarang salah faham.

"Boleh tak kau masukkan aku ke dalam Mayaloka?" soalku sekali lagi.

"Tak, aku faham apa yang kau nak. Aku cuma nak tahu kenapa? Untuk apa aku pergi tolong kau? Dan yang ketiga aku nak tanya kau sendiri, kau faham tak apa maksudnya masuk ke Mayaloka ni?" soal Gempita kembali.

"Kalau susah untuk kau tak apa. Aku boleh mintak tolong hacker lain," balasku kembali.

"Dia bukan pasal tu. Dia senang je nak masukkan orang dalam Mayaloka. Masalahnya bila kau kat dalam tu. Dalam tu semuanya AI. Payah nak jumpa manusia.Ada AI yang baik, ada AI yang jahat. Tapi ramai daripada mereka tak suka sangat dengan manusia. Kau rasa apa akan jadi dekat kau kat Mayaloka? Kau boleh nampak tak apa yang aku cuba sampaikan ni?" jelas Gempita

" Maksud kau, bahaya?" soalku, untuk kepastian.

"Ya, betul. Memang bahaya. Dan sejak AI Ulung ambik alih ni, kalau kau mati kat Mayaloka, kau boleh brain-dead kat dunia nyata. Jadi tu yang aku tanya kau, kau berani tak ambik risiko? Untuk aku, aku tak ada masalah. Cuma aku tak naklah timbul rasa bersalah, bunuh orang, walaupun secara tak sengaja," bebel Gempita lagi.

"Jangan risau, aku tak pergi seorang. Aku bawak AI aku sekali. Dia boleh lindung aku," tururku, dengan yakin.

"Ok, kalau macam tu, kau pergi buat persiapan. Aku pergi siapkan mesin neural," balas Gempita.

Selepas Gempita beredar Juliana menghampiri aku.

"Terima kasih sebab masih boleh bagi aku peluang," tutur Juliana.

"Aku tak buat ni untuk kau," balasku.

"Ok, aku tahu. Aku gerak dulu. Aku nak jumpa Megat, nak mintak kunci ke Bumantara. Aku dah masuk sana sini aku beritahu kau. Ingat Azrahel, kita kena buat semua ni serentak," jelas Juliana.

Aku sekadar mengangguk, sambil memerhatikan Juliana melangkah pergi.

"Raqib, kau boleh tolong aku tak? Aku betul-betul berharap pada kau ni," pintaku.

"Apa dia?" soal Raqib kembali

"Kau tolong siasat sampai ke lubang cacing. Cari picagari tu dan pembuatnya sampai dapat. Aku nak tahu apa yang sebenarnya berlaku pada Victor," tuturku

"Ok. Aku boleh tolong kau. Tapi, sebagai balasannya, kau kena hati-hati kat Mayaloka," balas Raqib kembali

"Jangan risau Raqib. Aku tak akan mengalah selagi  semuanya tak selesai," balasku.

***

Megat sedang sibuk menguruskan kuncu-kuncunya bila Juliana tiba.

"Aku tahu apa kau nak Juliana. Tunggu sekejap, biar aku uruskan orang-orang aku dulu," tutur Megar tanpa lansung menoleh memandang Juliana.

Megat meneruskan kerjanya, mengarahkan orang-orangnya menyusun semua kelengkapan dan senjata. Sambil membahagikan pasukan-pasukan tempur.

"Pukul berapa serangan?" soal Juliana

"Kalau ikut Tok Keramat, lagi sejam. Selepas sahaja azan subuh," balas Megat.

"Aku harap idea pakwe kau ni boleh pakailah. Dah ramai dah orang aku mampus dalam perang ni. Aku tak nak jadi ketua tanpa kuncu," sambung Megat lagi

Penjejak KuburWhere stories live. Discover now