Aku ingatkan nak keluar sebelum huru-hara bertambah teruk. Tapi dah terlambat. Berpusu-pusu orang kini melarikan diri dari dalam arena. Cuba melepaskan diri dari tembak menembak yang berlaku di dalam.
Aku dan Juliana berlari-lari merentas manusia yang berkerumun melarikan diri. Disebabkan oleh suasana yang hiruk pikuk itu,tiada siapa pun yang ambil kisah dengan kami berdua.
Kami secara automatiknya menjadi halimunan.
Tapi tak jauh di sudut koridor,kelihatan sekumpulan kuncu Bayang Hitam sedang berkumpul,melepaskan tembakan rambang.
" Tak ada siapa yang boleh lepaskan diri!!!" Laung mereka semua.
Juliana melangkah ke depan. Kelihatan tekad untuk melakukan sesuatu. Serta merta satu perisai tenaga terbentuk di tangan kirinya. Melindung kami berdua dari peluru yang tak mengenal kawan atau lawan.
" Implan eh. Dah maju sekarang," tuturku.
" Ada lagi. Sekejap," tutur Juliana. Serta merta belakang badan Juliana terbuka,mendedahkan dua dron di belakangnya. Dron itu terbang di atas kepala Juliana, mengapit kiri dan kanannya.
" Remy,set semua serangan kepada mod pegun. Berikan kejutan terkuat pada mereka semua," tutur Juliana.
" Ni dah berlagak namanya," tuturku,sambil tersenyum.
Dron-dron Juliana mara ke depan dengan pantas,meleraikan kuncu-kuncu Bayang Hitam. Satu demi satu tumbang,memberikan laluan selamat untuk kami melangkah.
Aku berlari-lari anak mengikut di belakang Juliana. Aku simpan Lela dengan rapi di tali pinggangku. Rasanya tak perlu lansung untuk digunakan,bila ada kereta kebal di depan.
Dengan mudahnya,langkah kami ke depan tak banyak masalah. Dalam beberapa minit sahaja,kami sudahpun tiba di depan ruang parkir. Kelihatan sebuah hoverbike sedang menunggu kedatangan kami.
Aku menghentikan langkah,bila ternampak hoverbike di depan.
" Jom,Azrahel!!" Ajak Juliana.
" Takkan aku nak naik hoverbike ni dengan kau?" soalku.
" Kenapa pulak?" Soal Juliana kembali.
" Tak kenalah,bukan muhrim." Aku membalas,memberi alasan. Jatuhlah imej aku kalau jadi pembonceng kepada seorang perempuan.
" Kau serius ke ni?" Soal Juliana kembali.
Aku mengangguk. " Tak apa,aku naik kereta ni. Kau boleh pergi dengan motor tu," tuturku lagi sambil menghampiri sebuah kereta berwarna biru berkilat.
NILAM namanya. Salah satu kereta mewah yang ada di Kersani. Hanya dikeluarkan dalam warna biru,ia disertakan dengan lampu neon yang bersinar mengikut keadaan cuaca.
" Erghhhh! Lelaki semua sama! Hidung tinggi!" tutur Juliana lalu terus menghampiri pintu kereta.
" Remy,tolong hack kereta ni. Transfer semua interface Q-bit aku dalam sistem ViCar," tutur Juliana,sambil membuka pintu kereta.
" Jom,aku yang drive," arah Juliana.
Aku terpaksa akur.
***
Melihat kembali Juliana selepas 15 tahun tak berjumpa? Entahlah,perasaanku bercampur baur.
Suka ada,marah pun ada,pelik pun ada,rasa ingin tahu pun ada. Pertama sekali wajah Juliana betul-betul berubah. Tak sama macam yang diingatku sewaktu kecil dulu.
Selain dari mata yang merah,wajahnya kini putih berseri,dengan lesung pipit di pipi. Menambahkan lagi seri pada senyuman yang dah sedia manis.
" Kau ni dah kenapa tenung aku macam tu?" soal Juliana.
ANDA SEDANG MEMBACA
Penjejak Kubur
Science-FictionTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...
