Tragedi Bumantara

574 74 0
                                        

" Sekarang kita nak pergi mana?" soal Raqib. Aku dan Raqib baru sahaja meninggalkan kawasan loji minyak. Kereta kami sudahpun tidak kelihatan, barangkali angkara Raymond.

" Kalau aku jumpa Raymond nanti memang kena dia. Siallah!" tuturku,tidak menjawab soalan.

Dah hampir setengah jam kami berjalan. Tanpa arah tujuan. Di bawah terik panas matahari yang membakar kulit dan juga hatiku.

" Raymond memang sampai bila-bila pun perangai dia macam tu. Gila duit. Tak apa,nanti kita mesti dapat dia punya. Sekarang ni yang paling penting kita nak pergi ke mana ni?" soal Raqib kembali.

Aku menghentikan langkah sebentar. Mengambil nafas yang panjang. Kami kini berada di lereng bukit.

Di atasnya terbentang rumput dan lalang yang tinggi mencecah paras pinggang. Nak merentasnya merupakan sesuatu yang leceh. Yelah,takut ular ke,dron liar ke.

Tapi itu je jalan yang paling dekat ke pusat bandar. Kalau nak ke Serendah perlu masuk balik ke dalam loji.

Merentas kawasan perindustrian. Kemudian kena merentas kawasan padang pasir. Dalam keadaan panas terik macam ni,ia bukanlah satu langkah yang bijak.

Melainkan...

" Tadi kau cakap ada dua pilihan kan? Sama ada ke Tok Keramat atau ke pusat bandar," tuturku.

" Yep,betul," balas Raqib.

" Aku ada pilihan lain,"

" Apa dia?"

" Kita pergi ke KEGARA," balasku.

" Persatuan Penjejak Kubur? Mereka ada ke mesin macam tu?" soal Raqib kembali.

" Aku rasa macam ada. Sebab aku pernah nampak KEGARA pakai,"

" Kalau kau cakap macam tu aku ikut jelah. Lagipun KEGARA dekat je," balas Raqib.

Aku mengangguk. " Jom," tuturku ringkas sambil melangkah kembali ke dalam ZIM,menuju ke tempat semua penjejak kubur berkumpul.

***

Selepas mencampak mayat Luke ke dalam laut,Juliana meneruskan perjalanannya ke darat. Ketibaannya disambut oleh Matthew,tapi bila ditanya di mana Luke,Juliana tidak menjawab.

" Aku penat. Aku nak tidur sini dulu malam ni boleh?" pinta Juliana.

Matthew hanya mengangguk. Dan menguruskan satu bilik kosong di Terminal Selatan untuk Juliana.

Juliana melangkah longlai masuk ke dalam biliknya. Sebuah bilik kuarters dengan dua biji katil, dengan penghawa dingin. Cukuplah ni untuk beristirehat.

Juliana terus membaringkan dirinya di atas katil. Cuba untuk melelapkan mati. Tapi tidur lansung tak datang bersinggah.

Semuanya kerana apa yang dituturkan Azrahel tadi. Ya,dia ada banyak bermuslihat. Dia ada banyak berahsia. Tapi dia buat semua tu bersebab.

Haih,pening memikirkannya. Bunyi Q-bit yang bergema membawanya keluar dari lamunan.

Dia tak ada tenaga untuk membalas panggilan itu. Dia hanya ingin tidur,walaupun tahu tidur sendiri tak mahu bertemu dengannya.

" Remy,tolong tutup panggilan tu. Aku nak tidur," arah Juliana

" Tak boleh. Itu bos yang panggil," balas Remy.

Juliana mengeluh panjang,dan mengangguk. Mengisyaratkan Remy agar menyambungkan panggilan.

" Mana Luke?" Soalan pertama yang ditanya Rizman dah tentulah tentang status pengawal peribadi dia.

Penjejak KuburCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang