Huru-Hara

947 122 4
                                        

Dunia Bawah Tanah kini berada di ambang perang. Semuanya bermula dengan kematian Botak Chin,ketua Flash Devil.

Bila Vince mengumumkan kematian bapaknya,semua ketua kongsi gelap yang lain menawarkan simpati. Tapi di sebalik itu,mereka juga nampak satu peluang sudahpun terbuka.

Ada 4 kongsi gelap utama di Kersani. Flash Devil,Bayang Hitam,44 Hikmat, dan juga Yellow Dragon. Mereka masing-masing menguasai wilayah yang dibahagikan sama rata di Tanah Kontang.

Cuma Flash Devil sahaja yang ditolak ke Kara Samudera. Mulanya nampak macam Flash Devil yang tertindas.

Kerana Kara Samudera tak punya apa-apa. Tak ada siapa tinggal di sana. Tak ada setinggan,tak ada pasar haram,tak ada pusat judi,mahupun tempat pelacuran.

Yang ada hanyalah bangunan-bangunan tinggal,yang sudahpun ditenggelami air. Tapi tak ramai yang tahu,dia bangunan-bangunan lama inilah,banyak harta karun menanti.

Sampah-sampah elektronik yang berharga terkumpul banyak di Kara Samudera. Menjadikan Kara Samudera lombong emas,menanti untuk diteroka.

Dan Botak Chin bijak. Dia nampak nilai sebenar Kara Samudera. Dengan sumber nadir bumi yang sangat terhad,setiap sampah elektronik yang boleh dikitar semula,amatlah berharga.

Botak Chin menawarkan Kara Samudera dan sumbernya kepada syarikat korporat. Dan KERAMAT merebut peluang terssebut.

Maka wujudlah perjanjian lumayan antara syarikat korporat,30% keuntungan jualan hasil nadir bumi di Kara Samudera dibayar balik kepada Flash Devil.

Maka kongsi gelap yang lain pun melopong. Sangka mereka Flash Devil akan tersungkur. Makin kuat jadinya. Dan dengan sokongan korporat,Flash Devil menjadi kongsi gelap terkuat di Kersani.

Tapi semua itu bakal berubah..

***
" Apa bukti kau aku tipu?" Soal Vince. Dia kini dikelilingi oleh kuncu-kuncu Tiger Sammy yang masing-masing sedang mengacukan senjata ke arahnya.

Ini bukan masa untuk mengalah dan berundur fikirnya. Ini masa untuk membuktikan kemampuannya sebagai anak Botak Chin.

" Shanggar! Tunjukkan video tu" Jerit Tiger.

Terpampang di skrin arena,video Botak Chin mencuri emas Regina Kohler,dan membunuh perempuan itu.

Hilang darah di muka Vince. Pucat. Tersebar juga apa yang ditakutinya selama ini.

" Tu bukan Botak Chin.Gambar tu kabur, macam mana kau boleh pasti tu bapak aku?" Soal Vince kembali.

" Macam mana pula dengan video ni?" balas Tiger kembali.

Kali ini adengan dalam video itu bertukar pula ke suasana dalam Melur City. Ketika Azrahel berbalas kata dengan Botak Chin.

" Jelas kan gambar tu?" Soal Tiger. Vince terdiam,ligat kepalanya mencari jalan keluar.

Dia menoleh kiri dan kanan,menilai risiko yang sedang dihadapi. Tiger dan kuncunya ada lebih dari 10 orang. Masing-masing sekurangnya-kurangnya dengan raifal di tangan.

Dia pula ada 3 orang sahaja pengawal. Masing-masing hanya bersenjatakan pistol. Pengikut-pengikutnya yang lain dah pun melarikan diri,sebaik sahaja Tiger Sammy muncul. Tak boleh pakai.

Maka Vince kini tersepit. Tiada jalan keluar.

" Dia sebut nama bapak aku pun salah," tutur Vince,mencuba langkah terakhir.

" Siapa?" Soal Tiger Sammy,keliru dengan apa yang dituturkan Vince.

" Penjejak Kubur tu,Azrahel. Kau dengar tu,dia panggil bapak aku Victor," balas Vince

Penjejak KuburTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang