Terdampar

541 73 0
                                        

Sebaik sahaja tembakan dilepaskan, bumbung pesawat terus berlubang. Luke sempat mengelak untuk melakukan serangan balas.

Tapi belum sempat dia berbuat apa-apa,pesawat telahpun menjunam laju ke bawah. Kami berdua terumbang-ambing. Setiap dinding pesawat bertemu dan bertembung dengan tubuh kami.

Aku perlu cepat bertindak,sebelum pesawat ini menjadi kerandaki. Aku mula meraba pintu kecemasan, cuba untuk menarik tuilnya yang berwarna merah.

Aku menarik sekali. Tak berjaya. aku tercampak kembali ke dinding belakang. Luke cuba untuk menghampiri,menghalangku dari cuba untuk membuka pintu kecemasan.

Tapi gerakanku lebih pantas. Aku berjaya mencapai tuil itu,dan cuba untuk menarik,buat kali ketiga. Masih lagi tidak berjaya.

Tapi aku tidak berganjak. Aku masih lagi di situ,cuba untuk menarik,buat kali ketiga. Kali ini aku menarik sekuat hati,dan akhirnya pintu kecemasan terbuka luas.

Angin menderu masuk,dan pada masa yang sama menarikku dengan kuat,seperti vakum. Aku melepaskan tangan,dan melompat keluar dari pesawat yang sedang terhempas.

Hanya beberapa meter sahaja jarakku dari laut di bawah.

" Noor,tolong panggil....!!!!"

Launganku terhenti bila tubuhku menjunam ke dalam laut.

***
" Juliana kau tak rasa penat ke mencuri macam ni?" soalku satu hari.

Ingat lagi,ketika itu aku dan Juliana sedang melepak di tempat pengumpulan sampah Bentala. Kami berdua sedang berbaring di atas timbunan sampah yang tinggi, memerhatikan Perasing Square yang penuh gilang gemilang itu dari jauh.

" Penat. Tapi aku rasa mengemis lagi penat. Kerja lain lagi penat," balas Juliana.

" Tapi sampai bila nak macam ni? " soalku kembali.

" Sampai kita boleh hidup macam tu," balas Juliana,sambil menjuihkan bibirnya,melihat ke arah Perasing Square.

" Kalau nak hidup macam tu sampai kiamat pun belum tentu," balasku

" Kalau macam tu,kita hiduplah panjang sampai kiamat," balas Juliana kembali.

" Mana ada manusia boleh hidup lama macam tu."

" Pertama. Kita bukan tahu pun bila kiamat tu. Dan kedua,ada je makhluk Tuhan yang boleh hidup selama tu," jelas Juliana

" Apa dia?"

" Azrahel."

" Huh?"

" Maksud aku,malaikat Azrahel."

" Tu malaikat,bukan manusia," protesku

" Dan aku nak jadi seperti malaikat Azrahel. Aku nak jadi manusia terakhir yang hidup kat muka bumi ni."

" Untuk apa?" soalku kembali.

" Untuk wang,untuk kemewahan,untuk kuasa,untuk darjat. Kau sebut jelah apa sahaja,aku nak semua tu. Bukan setakat untuk aku,aku nak untuk kita semua. Aku tak nak kita semua hidup mengemis kat Bentala,"

" Tapi tu semua untuk dunia je Juliana. Macam mana dengan hidup lepas mati?" balasku.

" Kau percaya ke ada hidup selepas mati?" soal Juliana kembali.

***
Hentakan kuat di dadaku membuat aku tersedar. Rasa sakit yang amat sangat itu membangungkan aku dan membuatkan aku memuntahkan air masin dari tekakku.

Aku menoleh ke kiri,cuba melihat siapa yang menghentam dadaku tadi. Barangkali perbuatannya itu telah menyelamatkan nyawaku.

Di sebelahku seorang lelaki dengan seluar pendek yang koyak,tindik di hidung dan tatu unicorn di kepalanya sedang duduk mencangkung di sebelahku.

Penjejak KuburTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang