Aku hanya mampu menahan dengan tangan,sambil menutup mata. Bila bunyi tembakan itu kedengaran,aku sudah menerima sepenuhnya takdirku.
Tapi nampaknya Tuhan masih sayangkan aku. Bila sahaja aku membuka mata dua beradik kembar itu sudahpun berdiri di depanku.
Matt memasakkan perisai besinya di depan. Menjadi benteng bagi peluru yang sedang menghujani kami. Brody pula membalas dengan tembakan rambang,bagi mengelirukan lawan.
" Azrahel,kau boleh bergerak tak?" bergema suara Juliana dalam telingaku. Aku sekadar mengangguk. Kerana dari sana,Juliana dapat melihat keadaanku.
" Ok,bergerak ke sini perlahan-lahan. Aku akan tengokkan sut limunan kau," arah Juliana.
" Matt,Brody. Hapuskan mereka bertiga. Kita tak nak ada saksi," suara Helmi pula berkumandang dalam alat pendengar kami.
Matt dan Brody masing-masing mengangguk. Mereka mula membidik dan menembak. Aku pula berlari menuju ke tembok besi.
Di depanku ku lihat Juliana dan yang lain semua sudahpun mematikan sut limunan mereka. Mereka pada mulanya memandangku,tapi tiba-tiba sahaja mereka mengalihkan perhatian,seperti ada sesuatu yang sedang berlaku di belakangku.
Aku menoleh ke belakang. Pada mulanya aku tak faham apa yang berlaku. Ku lihat seperti Brody melompat ke belakang, tapi rupanya dia yang tercampak kerana peluru yang menghentam dada.
" Brody!!!" jerit mereka semua. Razor terus menjerit sekuat hati dan menembak secara rambang. Raifal yang dipegangnya memuntahkan peluru berkaliber tinggi. Dan dalam sekelip mata 3 kepala pecah berderai.
Seluruh skuad Jentayu menghampiri tubuh Brody yang terbaring atas peha Matt. Darah mengalir perlahan dari dalam mulutnya.
" Peluru berimpak tinggi. Hancur paru-paru dia," bisik Syahir kepada Helmi. Aku tergamam mendengar kata-kata Syahir.
Aku ingin bertanya pada Syahir,apa yang aku boleh lakukan. Aku melihat pada Matt yang dari tadi tidak mengangkat wajahnya. Aku ingin katakan padanya yang aku sanggup korbankan apa sahaja,untuk menyelamatkan Brody.
Tapi aku hanya terdiam kaku di situ. Dan tak sampai beberapa saat,Brody sudahpun menghembuskan nafas yang terakhir.
Masing-masing kemudiannya diam. Mungkin cuba untuk menghadam apa yang sedang berlaku. Cuma Helmi sahaja yang bersuara.
" Zailee,hapuskan bukti. Pastikan mayat diorang tak dapat dikesan," arah Helmi. Zailee mengangguk lalu bergerak ke arah mayat musuh.
" Dia buat apa tu?" bisikku pada Juliana.
" Taburkan mesin nano. Yang ni memang direka khas untuk makan daging mayat dan bangkai,sampai tak ada kesan," jelas Juliana.
" Matt. Say your prayers. Tapi kau pun kena hapuskan mayat Brody," arah Helmi,sambil memegang bahu Matt.
Matt mengangguk,dan mula mengeluarkan bekas mesin nano. Aku yang melihat adengan di depanku mula memprotes.
" Jangan,aku boleh bawak balik mayat dia!"
" Kau nak simpan dia kat mana?!!!" bentak Helmi.
" Aku...aku..."
" Dah kau jangan bagi idea yang bukan-bukan. Baik kau ketepi," balas Helmi kembali.
" Matt,jangan! Dia ada peluang untuk pulang ke pangkuan kau. Balik ke keluarga kau!" protesku lagi.
Matt memandangku dengan wajah yang berang. Lalu dia menolakku ke tepi.
" Kau tak perlu sibuk! Kau orang luar! Aku tahu apa yang aku buat," balas Matt lalu terus mencurahkan mesin nano itu pada tubuh Brody yang kaku.
Aku yang masih lagi terbaring di atas tanah hanya mampu melihat sahaja tubuh Brody yang dimamah sehingga lesap dari pandangan mata.
ANDA SEDANG MEMBACA
Penjejak Kubur
Science FictionTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...
