Marabahaya

659 78 0
                                        

Dah lama rasanya aku berjalan. Kaki dah naik lenguh. Peluh dah membasahi ketiak. Mujurlah destinasiku kini sudah terbentang di depanku.

Terbentang tapi berjaga. Kelihatan beratus orang tentera sedang berdiri di depan. Menjadi penghadang ke arah objektif utamaku.

" Noor,analisa," pintaku,sambil memfokuskan Q-lens ku pada gerombolan tentera di depan.

" Ada lebih kurang 200 orang tentera kat depan kita. Mereka nampaknya macam sedang melakukan latihan ketenteraan," balas Noor.

Betul juga kata Noor. Kelihatan gerombolan tentera ini terpisah dalam beberapa kumpulan. Ada yang berkawat,ada yang melalui laluan penghadang. Maksudnya mereka sedang berlatih sebelum menggempur sempadan Kersani.

" Boleh nampak tak laluan yang selamat?" soalku kembali.

" Sekejap," balas Noor.

Sementara aku menunggu Noor melakukan analisa aku berjalan lagi ke depan. Merapatkan lagi jurang. Aku lihat ada rimbunan pokok di depanku. Sesuai sebagai tempatku berlindung.

" Kalau dari sini kau kena melalui kawasan kereta berperisai tu. Nampak macam kurang kawalan kat situ. Tapi aku sarankan kau tunggu dulu,dan bergerak waktu malam," saran Noor.

Aku memerhatikan kawasan yang dikatakan Noor. Bukan sahaja ada kereta berperisai,malah ada kereta kebal sekali.

Buat masa sekarang memanglah ia kelihatan tidak digunakan,tapi siapa tahu apa akan berlaku nanti. Aku tak berani nak memperjudikan nasib.

" Aku tak setuju Noor. Lagipun mereka semua akan letupkan bom tu 3 jam dari sekarang. Aku tak ada masa nak tunggu sampai malam," balasku.

" Ok,ikut kau. Tapi kau kena hati-hati dan
sebaiknya kau guna perisai limunan,"
cadang Noor.

Aku mengangguk. Bersetuju dengan cadangan Noor. Aku menyarungkan perisai limunan dan mula membuka langkah.

***

Lebih kurang 50 batu nautika dari Azrahel, di atas Amberjack, kelihatan Helmi dan Juliana sudahpun tiba ke tengah platform bergerak.

Di depan mereka kelihatan beberapa kompleks bangunan yang menempatkan ruang kawalan,dan juga fasiliti sistem sokongan bagi platform bergerak ini.

Tidak seperti Matt dan Azrahel yang mrmilih untuk berehat dulu di hujung platform sebaik sahaja mendarat,Helmi dan Juliana pula terus menuju ke sasaran.

Dan akhirnya,pagi ini mereka berdua sudahpun tiba di destinasi. Bersama dengan bom yang mereka bawa. Kelihatan mereka sedang berlindung di balik bukit batu, memerhatikan kompleks bangunan di depan mereka.

Helmi sedang berkawal,menilai dan mencari ruang serangan yang sesuai. Juliana pula kelihatan sedang membuat panggilan.

" Macam mana dengan plan kita?" soal Rizman di balik Q-bit Juliana.

Juliana menoleh ke belakang,bila pasti yang Helmi sedang sibuk dan tidak mendengar perbualannya barulah dia menjawab.

" Setakat ni ok," balas Juliana.

" Dan bom yang lain?"

" Semuanya sudah berada di posisi masing-masing."

" Bagus,ingat Juliana misi kau ni penting untuk kemandirian syarikat kita. Pastikan ia berjaya," tutur Rizman.

Juliana sekadar mengangguk dan menamatkan panggilan. Dia kemudiannya mengalihkan perhatiannya pada Helmi yang masih lagi sedang fokus pada sasaran di depannya.

" Macam mana? Ada cara tak untuk kita nak masuk?" soal Juliana sebaik sahaja menghampiri Helmi.

" Ada. Tu hujung tu," balas Helmi,sambil menunjuk ke arah yang dimaksudkan.

Penjejak KuburTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang