Pelanggan

795 97 2
                                        

Juliana membawa aku menaiki keretanya menelusuri ruang angkasa Kersani. Dari gayanya nampak macam dia nak bawak aku ke Gading Jaya. Barangkali ke HQ PERMATA.

Dan betullah seperti disangka. Menara PERMATA kini tersergam megah dihadapan kami. Bila Menara PERMATA sudahpun kelihatan di ufuk,Juliana mula menaikkan keretanya ke altitud yang lebih tinggi.

Menara PERMATA merupakan gabungan 3 buah menara tinggi yang masing-masing dihubungkan dengan platform di setiap 10 tingkat.

Keseluruhannya menara ini berketinggian 400 tingkat. Tinggi mencecah awan.

Ianya  juga dikenali sebagai Menara Tempur,kerana dilengkapi dengan pelbagai sistem pertahanan. Mengalahkan pejabat kerajaan pulak gayanya.Dron-dron tempur pelbagai jenis setia mengelilingi menara itu dari tingkat teratas.

Biasanya untuk orang awam macam aku,nak ke Menara PERMATA perlu melalui ruang bawah tanah. Menaiki tren yang membawa aku terus ke pusat beli belah di tingkat terbawah Menara PERMATA.

Tapi mungkin disebabkan Juliana pekerja maka kami menghampiri Menara Tempur dari tingkat teratas.

" Menara kawalan ke XJ-335. Sila umumkan identiti anda," umum satu suara dari speaker kereta Juliana.

" Juliana. No pendaftaran 211215," balas Juliana tenang.

" Siapa bersama anda?" soal suara itu lagi.

" Azrahel. Tetamu. Bos nak jumpa dia," balas Juliana kembali. Kelihatan beberapa buah dron kini datang menghampiri dan mengiringi kereta Juliana.

" Sekejap," balas suara itu.

Drron-dron tempur  yang mengelilingi itu kini mula mempamerkan senjata mereka. Seperti bersedia untuk menyerang,jika diberi arahan.

Aku memandang Juliana meminta penjelasan. Juliana hanya mengangkat tangannya,mengisyaratkan padaku agar tenang.

" Ok,bos bagi kebenaran. Sila mendarat di tingkat 350,Platform J," umum suara itu lagi.

Serentak dengan itu semua dron itu kini beredar sebaik sahaja kebenaran diberikan. Aku melepaskan nafas lega.

Juliana terus membawa kereta ke tingkat 350. Sebuah platform sudahpun terbentang luas,seperti menantikan kehadiran mereka.

Juliana menurunkan kereta ke bawah,dan kami disambut oleh beberapa pegawai PERMATA.

" Selamat kembali Juliana. Bos tengah tunggu kau,kat ofis dia," tutur pegawai itu sebaik sahaja Juliana keluar dari kereta.

" Jom Azrahel. Selamat Datang ke Menara Tempur," ajak Juliana sambil tersenyum.

Aku turun,membetulkan kemeja dan tie yang aku pakai. Entah mengapalah Juliana mengajak aku ke sini. Aku hanya mampu mengikut sahaja kerana mengenangkan kesalahanku ke atasnya semalam.

Akku mengikut Juliana dari belakang,melangkah buat pertama kalinya ke dunia korporat.

***
Tingkat 350 sehingga tingkat 400 menempatkan pejabat eksekutif PERMATA. Di mana kebanyakan pengurus dan juga eksekutif besar PERMATA bersemayam.

Ia tak macam pejabat. Ia ruang legar yang besar,tanpa sebarang kubikel mahupun bilik,di mana setiap eksekutif bebas bertemu dengan sesiapa sahaja. Kononnya untuk menggalakkan kerjasama.

Walaupun begitu,jelas wujud hierarki di ruang legar ini Eksekutif bawahan semua duduk di tingkat paling bawah. Para pengurus di platform teratas sedikit. Dan pihan pengurusan tertinggi terletak di platform atas mereka.

Jika tengok dari jauh,tak ubah seperti sebuah piramid sahaja bentuknya. Dan Juliana membawa aku ke platform paling tinggi,menaiki tangga yang tak berapa curam,melepasi beberapa ruang terbuka yang menjadi tempat diskusi sehinggalah sampai ke satu pintu gerbang.

Penjejak KuburTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang