Kami menaiki hoverkraf menuju ke titik A. Luke menghidupkan mod limunan dan membawa kami merentas hutan,bagi mengelakkan bertembung dengan tentera Virsago.
" Juliana,kau ok ke?" soalku,bila melihat kawanku itu dari tadi senyap.
Juliana memandangku,dan seperti memaksa dirinya untuk mengukir senyuman.
" Owh,aku lupa cerita kat kau kan, semua ni pasal apa," tutur Juliana, mengalihkan topik.
" Ah..bukan pasal tu..." tuturku. Tapi apa yang aku tuturkan tidak didengari oleh Juliana yang terus bersuara memberi penjelasan tanpa diminta.
" Semalam aku dah contact dengan boss aku,Rizman dan beritahu dia pasal permintaan Helmi. Jadi setelah berbincang panjang,mereka dah setuju untuk bagi bom ni," tutur Juliana.
" Apa yang istimewanya bom ni? soalku kembali.
Sebelum Juliana menjawab,Luke menyampuk, " Boleh diledakkan serentak dari jauh. Jadi senang untuk kita kawal letupan. Ada 5 bom di sini,untuk 5 platform."
" Macam mana dengan7 platform yang lain?" soalku.
" Yang lain akan diserang serentak guna satelit taktikal. Tapi orang kau perlu matikan dulu perisai dia," tutur Juliana sambil memandang Helmi.
" Yep,itu plan asalnya. Tapi satelit taktikal kita tak mampu nak serang semua platform ni serentak. Itulah sebabnya kita perlukan bom-bom ni," balas Helmi kembali.
" Kita dah sampai," tutur Luke,sambil memberhentikan hoverkrafnya. Kami tiba di sebuah lereng bukit, terlindung dari pandangan orang.
Kelihatan Skuad Jentayu yang lain sudahpun berkumpul di lereng bukit,melihat Terminal Pelabuhan Nadim,lokasi sasaran utama,sambil menantikan kehadiran mereka.
Selepas semalaman berborak dengan mereka di depan unggun api,nama mereka semua dah tersemat dalam kotak mindaku.
Yang paling hujung sekali yang berkepala botak dan berbadan seperti juara bina badan namanya Zailee. Tapi orang semua memanggilnya Botak.
Yang di sebelah Zailee pendek sahaja orangnya. Namanya Syahir.Sentiasa memakai cermin mata hitam ke mana sahaja dia pergi.
Cermin mata itu tak berfungsi pun,tak ada sebarang paparan skrin di situ.
Bila ditanya kenapa memakai cermin mata tak ada fungsi,dijawabnya kerana nostalgia.
Di sebelah Syahir adalah seorang perempuan. Tinggi dan tegap badannya,lebih besar dari Syahir. Namanya Melur tapi mahu diri dipanggil sebagai Razor.
Sebelah Razor ada dua beradik kembar. Matt dan juga Brody. Seorang berambut perang,seorang lagi berambut hitam. Masing-masing sering tersengih seperti kerang busuk.
Dan di hujung sekali,Karen dan juga Fuad. Masing-masing dengan wajah yang serius. Bersedia untuk misi yang menanti.
Inilah dia ahli Skuad Jentayu. Yang mana yang masih ada. Selebihnya sudah lama menyusup ke dalam platform yang kini sedang berlayar di lautan.
Sebaik sahaja turun dari hoverkraf,Helmi mendapatkan ahli skuadnya.
" Macam mana misi? Ada sesiapa yang tercedera?"
" Tak ada kapten. Kalau ada pun Syahir ni,dia kecederaan masa," balas Razor.
" Kau tahu kan kecederaan masa tu bukan kecederaan fizikal kan?" Zailee pula yang bersuara mempertahankan kawannya
" Lah,rileklah. Melur bergurau je. Semua nak serius," tutur Matt dan Brody serentak.
" Aku dah kata kan jangan panggil aku Melur??!!" balas Razor dengan wajah yang berang.
ANDA SEDANG MEMBACA
Penjejak Kubur
Science FictionTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...
