Setelah hampir seminggu cuaca panas melanda,kini Kersani kembali ditimpa hujan. Pun begitu ianya hujan asid yang tidak mendatangkan ketenangan lansung kepada penghuni di bawahnya.
Aku dan Raqib cepat-cepat menyarung baju hujan,yang direka khas untuk saat-saat macam ni. Walaupun dah terlindung,aku masih mengeluh,sebab hujan ini hanya menjejaskan pemerhatian.
Kami sedang memerhati ruang pasar gelap dari jauh. Dari atas bumbung bangunan. Iklan hologram yang besar yang memaparkan seorang wanita yang sedang galak menari menjadi pelindung bagi kami. Pelindung dari berpuluh-puluh polis yang sedang berkawal di pintu masuk pasar gelap.
Noor sedang berdiri di sebelahku,bersama dengan Atid. Mereka berdua sedang rancak melakukan simulasi,mencari kelemahan dalam pertahanan yang melampau di bawah. Aku pula sedang memerhatikan dengan implan ( Raqib dengan teropong),mencari jalan masuk yang selamat,untuk menghampiri pasar dengan lebih dekat.
" Susah ni," keluh Raqib.
Aku mengangguk,bersetuju dengannya.
" Kalau setakat ada pengawal tak apa. Ni siap ada drone lagi kat atas. Ada dron anjing lagi. Siap ada kereta tempur lagi," tambah Raqib.
" Kita buat takat yang mana bolehlah. Kita rekodkan segala sistem pertahanan yang dia ada. Pola pergerakan dia,corak dia,kelemahan yang ada,dan kita bagilah semua maklumat ni kat mereka," balasku.
" Tak cukup Azrahel. Kau nak mintak diorang tolong kau serang pasar gelap. Bila mereka tengok tempat ni dijaga dengan begitu ketat,diorang tak berani serang punya. Kau kena sekurang-kurangnya bagi jalan penyelesaian kat diorang."
Aku terdiam. Ada betulnya jugak cakap Raqib. Melihatkan polis cukup menjaga rapi kawasan ni,macam tentera pulak lagaknya, membuatkan menyerangnya seperti satu kerja bodoh.
Dron ada berpuluh-puluh.Kereta tempur penuh automasi pun ada. Setiap polis siap dibekalkan dengan rig,dan baju tempur. Melampau-lampau pulak pertahanannya.
Tapi melihatkan terlalu banyak dron ni yang berkawal ni, memberikan aku sedikit idea.
" Noor,tolong tunjukkan jumlah kekuatan mereka,setakat yang kau tahu," pintaku,sambil berpusing menghadap Noor.
Noor akur dan mula memancarkan hologram dengan nombor di depan. Disenaraikan segala macam kelengkapan yang ada di tangan polis ketika itu.
Raqib pun turut sama menoleh. Berminat dengan apa yang aku sedang lakukan.
" Noor,tolong bandingkan nisbah tentera dengan pertahanan automasi,kita tengok mana lebih banyak," arahku.
" Automasi lebih banyak. 5 nisbah 1 bezanya," balas Noor
" Nampaknya mereka tak ikut asas pertahan," komen Raqib.
Aku mengangguk. Sepatutnya dalam mempertahankan kawasan, mereka sepatutnya meletakkan lebih ramai pengawal manusia,berbanding dengan dron. Lebih-lebih lagi dron polis,yang encryption dia lebih lemah berbanding dron tentera.
" Kalau kita matikan semua dron ni serentak, pertahanan dia tak adalah kuat mana," tuturku.
" Yep,kalau ikut pada simulasi, kekuatan pertahanan dia akan jatuh mendadak. Lebih dari 80 peratus," komen Atid pula.
" Ok,ada idea tak macam mana?" soalku kembali
" EMP?" cadang Raqib.
" Kebanyakan dron ni pasti akan ada pelindung EMP. Takut tak cukup berkesan nanti," balasku.
" Hm,kalau kita godam? " cadang Raqib lagi.
" Aku pun ingat macam tu jugak. Tapi nak godam serentak semua bukan senang. Macam mana Noor?" tanyaku pula.
YOU ARE READING
Penjejak Kubur
Science FictionTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...