Menara Tanah

870 107 0
                                        

Walaupun namanya Menara Tanah, ia dibina dari konkrit, batu dan besi. Berdiri tinggi di tengah-tengah Serendah yang mendatar. Luarnya suram, seperti mana juga dalamnya. Tapi di sinilah 'pusat' Serendah. Di mana semuanya berlaku.

Hari ni, ia menjadi saksi untuk pertemuan semua ketua Kongsi Gelap Kersani. Kerana apa yang berlaku beberapa hari lepas. Kematian Botak Chin aman, tidak menimbulkan sebarang konflik mahupun tragedi.

Sepatutnya ada peralihan kuasa yang jelas, dari ayah ke anak.

Tapi bila kematian pun boleh dipersoalkan, maka ia menimbulkan konflik. Membawa ke arah peperangan. Dan Serendah dah lama tak bermandian darah. Kali terakhir Kongsi Gelap di Kersani berperang adalah 5 tahun yang lalu.

Keamanan yang ada perlu dikekalkan. Kalau tak, nak buat urusniaga pun susah.

Itulah yang diinginkan Tok Keramat.  Tok Keramat hidup di zaman keemasan kongsi gelap. Zaman ketika mereka masih lagi menguasai Kersani. Zaman ketika mereka berperang dengan korporat.

Sebagai antara segelintir kongsi gelap yang terselamat,pengalaman yang ada menjadikan dia dihormati.

Pun begitu di sebalik puluh tahun pengalaman yang tersimpan,apa yang berlaku di depannya masih lagi mampu mengejutkan orang tua itu.

Belum pernah lagi sepanjang hidupnya Tok Keramat mendengar mayat hidup kembali. Dia ada ketika Botak Chin mati. Dia nampak dengan matanya sendiri mayat Botak Chin tersimpan kemas di bawah Menara Tanah.

Tapi apabila dia turun ke bawah,ke ruang bilik mayat,mayat sahabatnya itu hilang. Lesap entah ke mana. Tak ada pula tanda-tanda ia dicuri.

Seperti ia berjalan sendiri dalam keadaan berbogel,keluar dari Menara Tanah tanpa disedari sesiapa.

Maka Tok Keramat memanggil perjumpaan ini. Untuk mengesahkan apa yang sebenarnya terjadi. Memburukkan lagi keadaan bilamana ketua-ketua kongsi gelap mula membawa ' Botak Chin' mereka sendiri.

Tok Keramat hanya boleh menggelengkan kepala.

" Tok," tutur Vince Chin hormat,sebaik sahaja menghampiri.

Kelihatan Megat dan King Shanggar masing-masing menjeling.

" Semua dah ada? Bagus. Mari kita masuk," ajak Tok Keramat.

Tok Keramat sendiri mengemudi ketua-ketua kongsi gelap memasuki ruang Menara Tanah yang besar. Sambil diapit oleh orang-orang kuat kongsi gelap,dan juga para-para ' dayang' yang sepatutnya menjadi penyeri perbincangan.

Di tengah terbentang meja bulat yang besar. Dengan 4 biji kerusi. Menjadi tempat tetap untuk setiap Ketua Kongsi Gelap.

Masing-masing duduk mengambil tempat mereka,didahului oleh Tok Keramat. Orang-orang kuat berdiri di belakang ketua. Termasuklah ' Botak Chin-Botak Chin' mereka.
Dalam kesibukan,mereka lansung tak menyedari kehadiran Juliana di tingkat atas.

" Selamat datang semua,para ketua yang terhormat. Dari Bayang Hitam,Megat. Dari Yellow Dragon,King Shanggar. Dan dari Flash Devil,Vince...,"

" Dia belum jadi ketua lagi," tutur King Shanggar,memotong.

" Kau ada masalah apa dengan aku King?" balas Vince.

" Diamlah. Tok Keramat tengah bercakap kan?" Megat pula yang bersuara kali ini.

" Kau pun belum jadi ketua lagi," balas King.

" Habis tu?" balas Megat,dengan wajah sedikit bengang.

" Nampak macam kat meja ni,hanya aku dengan Tok Keramat je yang betul-betul ketua," balas King dengan muka yang bangga.

" Betul. Ada betul cakap kau tu King. Tu sebab aku panggil perjumpaan kali ini. Biar jelas semuanya. Siapa ketua, siapa yang tak. Siapa yang tipu, siapa yang betul," jelas Tok Keramat sambil tersenyum.

Penjejak KuburCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang