Juliana akhirnya mengangkat muka memandangku. Di sebalik mata yang merah itu aku boleh nampak yang matanya sedikit berkaca.
" Aku lansung tak pernah lupakan kawan-kawan aku kat Bentala. Terutamanya kau," balas Juliana sambil merenung tepat ke wajahku.
" Habis tu kenapa kau boleh kerja dengan PERMATA? Kau lupa ke,sebab dioranglah kawan-kawan kita mati?" soalku kembali.
" Kau takkan faham," balas Juliana.
" Jelaskanlah kat aku," pintaku lagi.
" Sekarang bukan masanya,lagipun kau nak keluar dari sini kan?" soal Juliana kembali.
Aku terkedu. Ada benarnya kata-kata Juliana itu. Aku mengangguk lalu mengambil tempat duduk ku di bucu katil.
Juliana melepaskan nafas lega.
" Vincent,ceritakan,apa yang dah jadi. Kongsi gelap dah start perang eh?' soal Juliana.
Vincent bangun,bersandar sebentar sambil mengurut lehernya,lalu berkata,
" Sekejap je. Kat arena Kara Samudera Tiger Sammy datang dengan konco-konco dia. Hampir-hampir dia orang berjaya nak bunuh Vince Chin. Tapi dua orang kuat dia datang tolong,"
" Harut dan Marut ke?" soalku.
" Haah,mana kau kenal?" soal Vincent kembali.
Aku tak menjawab. Hanya mendengus.
" Lepas tu apa jadi?" soal Juliana,memotong.
" Vince Chin selamat. Tiger Sammy cedera teruk. Sepatutnya dia selamat sampai ke hospital,tapi sebab...."
" Ada orang curi kereta dia," balas Juliana sambil menoleh memandangku. Seolah-olah ingin mengatakan yang ini semua salahku.
" Dia mati ke?" soalku kembali.
" Ya," balas Vincent pendek.
" Manalah aku tahu boleh jadi macam ni," balasku kembali,memberi alasan.
" Patutlah bukan main marah lagi dia orang. Sampai hantar Boom Rider kejar kita," tutur Juliana.
" Bukan tu je. Ada 10 juta bounty atas nama kau orang. Dia orang tak kenal pun kau J,tapi dia orang kenal Azrahel,si Penggali Kubur,"tambah Vincent lagi.
" Penjejaklah bodoh!!" jeritku membetulkan.
Vincent sekadar menepuk dua belah tangannya,membuat gaya meminta maaf.
" Siapa ganti Tiger Sammy?" soal Juliana kembali.
" Tak tahu lagi. Barangkali Megat.Tapi 44 Hikmat dah panggil rapat. Semua ketua kongsi gelap kena ada kat Menara Tanah malam ni," balas Vincent.
" Botak Chin ada tak?" soal Juliana.
" Ha,ini yang menarik ni. Sekarang semua ketua kongsi gelap claim yang Botak Chin ada dengan dia orang," balas Vincent.
" Termasuk Vince Chin?" soalku.
" Yep,termasuk Vince Chin. Tu sebab Tok Keramat panggil semua ketua kongsi gelap berkumpul. Nak tahu siapa yang cakap betul,siapa yang tipu," balas Vincent sambil tersenyum.
" Remy,tolong periksa kat Mayaloka. Cuba pastikan yang mana satu betul," arah Juliana.
Remy terpancar di depan,menyampaikan analisanya.
" Setakat ni tak senang nak buat kesimpulan. Mungkin salah seorang dari mereka betul,"tutur Remy.
" Atau mungkin sekali,semua menipu," balasku.
ANDA SEDANG MEMBACA
Penjejak Kubur
Ciencia FicciónTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...
