" Azrahel,macam mana? Kau terima tak tugasan ni?" soal Rizman.
Aku terdiam. Kemudian bangun dan menapak perlahan-lahan mengelilingi Juliana dan juga Rizman.
Satu soalan kini menerpa kotak mindaku " Macam mana mereka tahu pasal Yassir?" Aku ingin bertanya,tapi soalan Rizman masih lagi tidak berjawab.
Setelah lama berpusing-pusing seperti tawaf sahaja lagaknya aku akhirnya memandang Rizman dan berkata," Maaf,kalau boleh aku tak nak terlibat."
Rizman ketawa,sambil menepuk tangan. Juliana pula memandangku sambil membalas, " Kau dah terlibat dah pun Azrahel. Kau dah jauh terpalit dalam hal ni."
Rizman yang masih tersenyum,bangun mengambil botol wain dari atas rak. Rizman menuangkan wain tersebut ke dalam cawan,dan kemudian menghulurkan cawan tersebut kepadaku.
Aku mengambil cawan tu. Ni wain berkualiti tinggi.
" Kau pernah dengar peribahasa Melayu lama? Kerbau bawa lumpur,semua terpalit?" soal Rizman.
Aku menghirup wain sambil mengangguk. " Ya,lebih kurang macam kerana nila setitik,rosak susu sebelanga," balasku.
" Yep,tapi aku lebih suka menggunakan peribahasa kerbau. Sebab kerbau itu bergerak. Kerbau itu sendiri yang memilih untuk membawa lumpur itu kepada kawan-kawannya yang lain. Tak seperti nila," balas Rizman.
" Jadi apa kena mengenanya misi ni dengan kerbau?" soalku lagi.
" Kau macam kerbau tu. Kau sendiri yang memilih untuk bergelumang dalam lumpur. Kau sendiri yang memilih untuk mengejar Botak Chin sehingga ke Tanah Kontang," jelas Rizman.
" Kejar?? Aku tak ada pilihan lain!!" balasku. Tinggi suara. Berang dipanggil kerbau.
" Kau ada. Di rumah Regina,kenapa kau sanggup perdayakan polis? Kenapa kau sanggup cederakan polis hanya semata-mata kerana nak fahamkan mesej terakhir Regina?" soal Rizman kembali.
" Aku sangka ada emas. Aku nakkan duit Regina," balasku.
" Kau nakkan duit,ataupun kau curiga?" soal Rizman lagi.
Untuk itu,aku tiada jawapan. Aku hanya mendiamkan diri dan menunduk memandang lantai.
Rizman tersenyum. Juliana pula bersuara dari belakang, " Suka ataupun tak Azrahel,kau dahpun terpalit. Susah untuk kau lepaskan diri,lebih-lebih lagi semua kongsi gelap dah tahu nama kau."
Aku mengeluh." Sebelum aku terima kerja kau,aku ada beberapa permintaan."
***
Aku tersedar di atas pasir. Kakiku basah. Mulanya aku tak sedar aku di mana. Tapi bunyi ombak itu membawa aku keluar dari dunia memori.Aku bangun,menoleh ke kiri dan kananku. Rupanya aku kini berada di pesisir pantai. Ombak kuat menghempas tubuhku.
" Puas tidur?" laung Juliana dari belakang. Aku yang mendengar suara yang dikenali bingkas bangun dan cuba mendapatkan Juliana. Sakit seluruh badanku dihempas ombak.
Kelihatan Juliana sudahpun menanggalkan jetpaknya. Di sebelahnya kelihatan satu lagi jetpak,barangkali milikku.
" Kenapa kau biarkan aku kat situ?" soalku.
" Entahlah. Seronok pulak tengok kau dihempas ombak," balas Juliana.
Aku menggelengkan kepala,dan melabuhkan punggungku di sebelah Juliana.
" Apa yang jadi?" soalku.
Juliana mengeluh, " EMP. Agaknya mereka lancarkan gelombang EMP bila kita hampir. Habis hancur terus jetpak. Mujurlah implan badan aku kalis EMP," jelas Juliana.
YOU ARE READING
Penjejak Kubur
Science FictionTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...