Menghampiri Dasar

571 77 0
                                        

Sejuk. Itu benda pertama yang aku rasa. Aku memang jarang merendamkan badanku dalam air.

Kalau mandi pun aku akan mandi di bawah air pancut. Tak pernah aku berendan dalam baldi mahupun tab mandi.

Kenapa? Sebab bila aku merendamkan badanku dalam air aku rasa sedikit gementar. Mana taknya,kau meletakkan tubuh badan dalam suasana yang tak biasa baginya. Lebih teruk lagi,suasana yang boleh membunuh.

Jadi dah tentulah aku rasa gementar. Tapi misi tetap misi. Kerja tetap kerja. Lebih-lebih lagi bila aku dah ada motivasi untuk menyelam sampai ke dasar.

Aku perlu bongkar apa yang sebenarnya berlaku ke atas Victor. Dan untuk itu,aku kini menghampiri dasar tasik,ke arah mayat Ronnie Martin. Kawan Victor dalam Batallion ke-4.

Mungkin mayatnya boleh memberi sedikit penjelasan apa yang sebenarnya berlaku. Dan untuk itu,aku menyelam.

Dengan jaket dan tiub bernafas,aku mengemudi dasar tasik yang kelam itu. Mujurlah ada lampu yang terpancar dari Q-bit ku,menyuluh laluan.

Mayat Ronnie Martin kelihatan jelas dari sini,walaupun dalam suasana yang kelam. Ia terbiar di dasar yang lapang,tak ada sebarang batu mahupun tumbuhan yang tumbuh di sekelilingnya. Tak pelik,memandangkan ini hanyalah tasik buatan.

Aku menghampiri Ronnie. Mendekati mayat yang sudahpun cengkung itu. Sebahagian dari badannya sudahpun dimamah masa dan hanya tinggal tulang.

Mayat ini ke sepatutnya meleraikan segala kekusutan?

Entahlah. Fikirkan banyak pun tak ada guna. Aku dengan pantasnya mula melilitkan tag RFID,dan mengeluarkan tali pendek untuk diikat pada badan mayat.

Walaupun aku bukan doktor,pengalamanku sebagai penjejak kubur mengajarku yang mayat dalam air tawar akan lebih cepat mereput. Jika aku lambat,barangkali implan yang diperlukan akan mereput sama.

Selepas mengikat mayat,aku menyangkutkan tali tersebut pada jaketku. Aku menggunakan pengimbang berat yang ada,agar beban itu tak terasa bila aku hendak naik ke permukaan.

Setelah pasti semuanya sedia,aku menekan satu lagi butang pada jaketku. Serta merta jaketku mengelembung,menjadi pelampung, membawa aku terapung semula ke permukaan.

***

Sebaik sahaja aku tiba di permukaan aku disambut dengan pemandangan yang sama sebelum aku menyelam.

Setiap ahli tentera Virsago yang berada berdekatan denganku terlalu fokus dengan latihan di depan. Masing-masing bersemangat tinggi untuk turun berperang.

Aku pula bila melihat yang kehadiranku masih lagi tidak disedari,dengan perlahan menarik mayat Ronnie ke permukaan. Aku dan Ronnie berselindung di balik pokok dan batu,memastikan kami tak dikesan musuh.

" Noor,analisa," pintaku sebaik sahaja membaringkan mayat Ronnie.

Selepas beberapa ketika Noor keluar,terpancar sebagai hologram dari Q-bitku.

" Yep,ini memang betul mayat Ronnie Martin. Ping pada implannya selari dengan apa yang kita jejak selama ini," balas Noor.

Aku melepaskan nafas lega. Satu bahagian dah selesai. Tapi ada sesuatu terdetik dalam kotak fikiranku. Bagaimana aku nak bawak keluar mayat Ronnie ni?

" Noor, Juliana kata mereka ada cara macam mana nak ekstrak maklumat dari mayat Ronnie ni," tuturku.

" Ok,jadi?'

" Kau rasa ada cara untuk kita gunakan benda yang sama?" soalku kembali.

" Maksud kau?" soal Noor pula,kurang faham dengan apa yang aku cakapkan.

Penjejak KuburCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang