Ordinan

641 79 3
                                        

Aku menghidupkan Q-bit dan memancarkan Noor di depan. Noor muncul di depanku dengan wajah yang masam,sambil berpeluk tubuh.

" Wah,seronok eh borak dengan perempuan lain," tutur Noor.

" Lah,kawan lama aku lah Noor. Takkan kau cemburu," balasku,cuba memujuk Noor.

" Hmph. Ni panggil keluar ni kenapa?" soal Noor kembali.

" Hari ini hari bertempur. Jadi aku nak bantuan kau untuk sync semua kelengkapan dengan implan aku,"

" Kenapa kau tak mintak tolong awek kau?"

" Siapa? Juliana? Dia mana pandai benda-benda macam ni. Benda ni elok ditanya pada perempuan yang betul-betul bijak," balasku.

Tersenyum Noor mendengar jawapanku. " Hmm,yelah. Sekejap,aku tengok."

Aku mula mengeluarkan senjata aku,dan meletakkannya di atas katil khemah. Lela dan Rentaka. Aku kini punyai pistol berkembar,tapi aku belum lagi gunakannya.

" Alright,sync selesai," tutur Noor.

Serentak dengan itu,kedua-dua sistem sasaran Lela dan Rentaka muncul di implan mataku. Selain dari membidik,aku kini boleh mengetahui status Lela dan Rentaka,termasuklah halaju tembakan,dan haba yang terhasil.

" Tahu tak Lela dan Rentaka ni sebenarnya boleh digabungkan?" tutur Noor.

" Ha? Yeke?"

" Yep,bila digabungkan kedua larasnya,ia boleh jadi sebuah meriam," balas Noor kembali.

Aku mengangkat Lela dan Rentaka. Ya,kalau dilihat dengan teliti memang ada bahagian untuk disambungkan. Aku ingin mencuba ketika itu,tapi bunyi panggilan di luar khemah membantutkan hasratku.

" Azrahel!!" panggil Juliana.

" Kacau lah dia tu," balas Noor memberi komen.

Aku tidak membalas,sebaliknya hanya menutup Q-bit dan melangkah ke luar khemah.

" Mereka dah bergerak," tutur Juliana sebaik sahaja aku memunculkan kepala di balik khemah.

" Ha? Kata O-eight hundred hours."

" Ya,ada perubahan waktu sikit. Masalah logistik," balas Juliana sambil tersenyum.

" Maksud kau?"

" Nanti aku jelaskan. Yang penting sekarang,kita kena bergerak jugak. Kita ada destinasi lain," balas Juliana.

" Ke mana?"  balasku.

" Balik ke jambatan tambak. Ambik barang dari PERMATA," balas Juliana.

***

Aku berlari-lari anak mengikut Juliana dari belakang. Merentas hutan menuju kembali ke sempadan.Dari jauh kedengaran bunyi dentuman bertalu-talu,seperti ada pertarungan yang sedang berlaku.

" Pertempuran dah mula ke?" soalku.

" Bukan,mereka serang pos sekuriti tu," balas Juliana.

Aku ada banyak lagi yang nak tanya. Tapi aku matikan hasratku bila Juliana melajukan langkahnya.

Ranting pokok yang melanggar mukanya lansung tidak dihiraukan. Tergesa-gesa Juliana mengejar untuk sampai ke sempadan secepat mungkin.

Selepas beberapa minit kami akhirnya hampir tiba di sempadan. Kelihatan seorang lelaki sedang membongkok di balik pokok,menantikan kehadiran kami. Helmi.

" Dah mula ke? " soal Juliana sebaik sahaja menghampiri Helmi.

Helmi mengangguk. " Tapi orang-orang aku masih belum sampai ke menara uplink. Ingat,bila menara uplink tu dah musnah kau ada..."

Penjejak KuburTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang