Dunia Bawah Tanah

1.1K 130 12
                                    

Aku kini di persimpangan. Antara dua neraka. Tak ada pilihan yang lebih baik buatku,kerana kedua-duanya hanya membawa derita.

Nair dan anggota polis. Si Tangan dan Si Kaki Besi. Kedua-duanya sedang berdiri berhadapan antara satu sama lain. Masing-masing menunggu jawapan.

Aku pula kini sedang mencari akal. Untuk melepaskan diri. Aku meraba-raba dalam jaketku,dan terjumpa bom asap yang sudahpun rosak.

" Baik ada,daripada tak ada," getus hati kecilku.

Aku terus melepaskan bom asap itu ke lantai. Sebaik sahaja ia sampai ke kaki Nair,ia mengeluarkan asap dengan cukup perlahan,bagai melepaskan kentut yang dah lama terpendam.

" Apa ni Azrahel, kau melawak ke?" Soal Nair.

Yang sedang mencekak leherku pun nampaknya seperti sudah meleraikan cengkamannya. Mungkin terpaku dengan apa yang sedang berlaku di depan.

Tapi ia masih belum cukup untuk aku melepaskan diri. Aku perlu memikirkan sesuatu.

" Bomb Covid!!! "

Suara aku yang keluar dari pembesar suara itu membuatkan semua orang menoleh. Mereka melihat asap yang perlahan-lahan naik melitupi semua yang ada berdekatan.

Cukup untuk menimbulkan rasa takut pada virus yang hampir melumpuhkan ekonomi dunia, satu ketika dahulu.

" Virus Covid dah terlepas!!" Jeritku lebih kuat.

Maka bertempiaranlah semua orang yang ada di situ,melarikan diri dari bahaya yang tidak nampak.

" Woi!! Mana ada virus!!" Jerit Nair. Tapi semuanya sudah terlambat. Suasana hiruk pikuk itu memberi peluang kepada ku untuk bertindak.

Aku mengambil Lela dan melepaskan tembakan rambang. Disebabkan terkejut,Si Tangan dan Si Kaki Besi seperti hilang punca,membolehkan aku melarikan diri.

Aku mengemudi ruang legar Melur City,berlari di balik lindungan manusia yang masing-masing ketakutan. Terus menghampiri satu sudut gelap.

Tapi belum sempat aku meneruskan langkah,satu renjatan elektrik menimpaku,membuatkan aku tersungkur ke lantai.

Perlahan-lahan aku nampak seorang lelaki menghampiriku. Dengan pistol pemegun di tangan. Aku sempat melihat bola matanya yang tirus itu,sebelum mata aku sendiri tertutup rapat.

" Selamat Datang Penjejak Kubur,ke Dunia Bawah Tanah Kersani,"

***
Kersani,satu bandar yang cukup luas sekali. Ia gabungan 3 bandar utama di Semenanjung Emas. Bandar teragung di selatan Empayar Aglican.

Pun begitu,walau bagaimana hebat pun bandar ini,ia tetap tak boleh lari dari kuasa alam. Di bahagian paling selatan Kersani, betul-betul di sempadan Tanah Kontang, berpuluh-puluh kilometer persegi bandar itu,kini telahpun ditenggelami oleh paras air yang meningkat.

Berpuluh-puluh bangunan tinggi kini terbiar usang,dimamah oleh air laut yang makin lama makin menghakis badannya. Kawasan yang pernah menjadi tempat berkumpulnya manusia, kini kontang ditenggelami air.

Di sinilah, di kawasan yang dipanggil sebagai Kara Samudera ini aku dibawa. Dalam keadaan separa sedar, aku dicampak di atas salah satu bangunan yang tertinggi di sini, berikat kaki dan tanganku.

Aku tak kenal siapa yang membawa aku ke sini. Tapi berdasarkan pada perlakuan mereka, aku dah boleh agak yang aku kini sudahpun tiba di dunia bawah tanah Kersani.

Seperti mana bandar lain, Kersani ada dunia bawah tanahnya sendiri. Yang dipenuhi oleh samseng dan kumpulan kongsi gelap yang bermaharajalela dengan segala macam dosa dan kekejaman yang boleh difikirkan imaginasi manusia.

Penjejak KuburWhere stories live. Discover now